Hello! Cerita kali ni dah habis. Tapi nampak pelik kan, kenapa cerita yang kedua lebih cepat habis dari cerita pertama yang saya post? Haha..(awkward) Saya pun tak tahu kenapa benda tu boleh terjadi. Saya bercadang nak sambung tulis cerita ' Tetap Bersama' itu waktu cuti sekolah ni. Saya ingat lepas habis tulis cerita tu, baru saya akan post. Malas nak buat korang tertunggu-tunggu macam sekarang. Lagipun cerita tu memang dah lama, sejak form 1 lagi. Baru ingat nak post sekarang. Haha, sedangkan next year nak masuk form 4. Dan pastinya busy sikit. (sikit ke? Maca banyak je?) Tak akan ada masa nak buat cerita baru. Semua cerita yang saya tulis terbengkalai macam tu je sekarang. Tak ada idea + masa + mood nak sambung tulis. Balik kepada cerita ni, saya tak terfikir nak buat sambungan sebab ia meletihkan. Membaca tak sama dengan menulis. Cerita ni ambil masa saya tulis seharian (setiap dua bab) Sebab saya bukan pro macam penulis yang ternyata dah terkenal kat luar sana. Mungkin bila practice banyak-banyak lagi, bolehlah setanding dia orang kot? Haha, akan cuba.
Saya dapat idea tulis cerita ni lepas baca sebuah komik ni. Cerita dia best sangat sampailah saya tulis cerita ni. Dia mengisahkan Anna mempunyai perasaan kepada Komi yang sudah mempunyai pasangan. Eji, teman rapat Komi pula menaruh perasaan pada Anna. Dia suka cara Anna pandang Komi, tapi dia tak nak Anna pandang dia macam Anna pandang Komi. Eji tak nak berharap. Dalam cerita tu tak ada watak yang mati, si Theffany, watak drumer, si Joshua, kakak Theffany, si Thannea dan rakan baik Rin, Jessica. Saya cuma mengembangkan lagi cerita itulah kiranya. Tentang lokar, binary code, sepupu Dennish, buku skrip, bangunan sebelah dan pertandingan live band itu saya tambah sendiri. Tak ada kena mengena dengan hidup dan yang mati. Ceh, ayat take boleh blah 😹 Oh ya, semua lirik lagu itu... Some of them are EXO's lyrics, from random songs saya gabungkan jadi satu (With You), yang lain tu saya main tulis je. Mungkin sebab itu ada mengarut sikit. Haha, sebab saya belajar lagi nak menulis lirik lagu macam watak si Dennish ni. Ok,bye! Panjang pula celoteh ni, hai behind the story pun panjang macam cerita dia jugak. \^_^/
Mencintai tak seharusnya memiliki dan kita bukanlah orang yang mampu memaksa sesuatu bernama CINTA kerana hanya CINTA yang mampu memaksa kita. Kekeke... APA AKU MEREPEK NI?????!!
(Sorry dekat nak ending tu, aku lebih-lebih sikit)
YOU ARE READING
My Confessions || Malay Story [✔]
Romansa•|| M A L A Y N O V E L ||• " I love you but you love someone else " My Confessions Book One Adaption of Manga into Novel alike. Can't get enough of 'LukErin' ? Read Book 2 ! ^^ :: The art in the cover is from @sinana_grim © bee_hwaney...