Seminggu berlalu....
Kathryn melangkah keluar dari biliknya dengan wajah yang sugul setelah dipaksa berkali-kali oleh Jessica. Jessica hanya mampu mengeluh apabila melihat diriku keluar dari bilik.
Kathryn... Dia masih dihantui oleh ego sendiri. Dia tidak mahu melawat Theffany. Biarlah kalau orang cakap dia yang sengaja nak bunuh rakan baik sendiri. Sudahlah Luke tuduh dia, pasti Dennish pun takkan pandang dia lagi. Dulu mungkin masih ada peluang, tapi sekarang... Dah tak ada lagi."Rin... Dah lah tu. Kau janganlah macam ni, aku tahu kau tak buat semua tu. Kawan baik aku tak akan pernah buat macam tu." Jessica tersenyum. Cuba memberikan semangat. Kathryn hanya tersenyum sinis.
"Macam mana kau tahu? Kau tak rasa ke, kalau betul-betul aku tolak dia?" tanya Kathryn. Jessica terpempam dengan pertanyaan Kathryn.
"Rin, muka kau dah cukup menjelaskan semuanya. Aku tahu kau tak buat. Aku kenal kawan aku." katanya lagi.
"Kau mungkin kenal aku. Tapi, bukan mereka. Kalaupun kau tahu aku tak buat, kau nak buat apa? Semua orang dah tuduh aku." balas Kathryn pula.
Di kolej, semua pelajar sudah tahu akan kejadian yang menimpa Theffany dan dirinya. Malah, tentang perasaannya kepada Dennish juga sudah sedia maklum. Semua mengatakan dia menolak Theffany kerana dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Dennish memilih Theffany dari dirinya. Dia malu setiap kali bersemuka dengan Dennish. Pasti Dennish sudah tahu akan hal itu. Dia memang cuba untuk lupakan Dennish, tapi dia tak mampu.
Nak buat macam mana kalau hati nak suka? Takkan nak bunuh diri pula, untuk mematikan perasaan tu? Dia perlukan sokongan pada saat ini.
"Theff dah seminggu tak sedarkan diri, Rin." beritahu Jessica.
"Habis tu, kau nak suruh aku buat apa? Meratap, merayu depan dia, suruh dia bangun? Jess, aku bukan Tuhan. Yang boleh bangunkan dia bila masa yang aku nak." katanya lagi.
"Rin! Kau sedar tak apa kau cakap ni? Aku bukan nak paksa kau, kalau betul kau sayang dia, macam yang cakap masa hari kejadian tu, tolonglah lawat dia. Don't you believe in miracle?" tegur Jessica. Kathryn terus terdiam. Dia mencebik sebelum berlalu ke biliknya semula.
"Kathryn... Kathryn..." Jessica menggelengkan kepalanya dengan perangai Kathryn yang kian berubah.
Keesokkan harinya...
Jessica menunggu kedatangan Luke di hadapan pintu kelasnya. Biar apa orang nak cakap sekalipun, dia berada di blok senior, dia tak kisah. Semua ni perlu diselesai sekarang. Kelibat Luke akhirnya kelihatan.
"Luke!" panggil Jessica apabila melihat Luke dan Joshua hanya melintasi dirinya tanpa bersuara.
"Luke! I'm talking to you. Are you deaf?" sindir Jessica membuatkan langkah Luke terhenti. Dia bercakap dengan Joshua sesuatu sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Jessica.
"Come." Luke menapak ke taman di belakang kafe sambil dituruti oleh Jessica.
"Luke, kita kena buat sesuatu." kata Jessica setelah lama mereka berdiam.
"Apa awak buat, Jess? Benda dah jadilah."kata Luke lagi. Ego!
"Luke, cuba awak buang sikit ego awak tu? Apa masalah awak, hah? Awak cakap, awak cintakan dia. Kalau awak cintakan dia, kenapa awak tak berusaha tolong dia? Kenapa? Kenapa awak biarkan dia kena cemuh macam tu?" Jessica menghela nafas panjang. Macam ni ke cara dia tunjukkan rasa sayang dia.
"Saya memang cintakan dia, tapi dia dah lebih. Dia buat semua benda ni, apa motif dia?" Luke masih tidak percaya.
"Awak percaya ke kata-kata orang sekeliling? Luke, cuba awak fikir... Tak payahlah, ada contoh terdekat. Kalaulah Dennish couple dengan Kathryn, dan awak suka Kathryn. Dennish tahu pasal tu. Mula-mula awak tak dapat nak terima, tapi lepas tu awak dah mula terima kenyataan. Awak nak terangkan pada Dennish, cuba pulihkan keadaan, tapi Dennish tak terima. Lepas tu, awak tengok Dennish hampir kena langgar, awak biarkan dia kena langgar ke awak selamatkan dia? Dia kawan baik awak walaupun awak ada masalah besar dengan dia. Apa yang awak akan buat?" panjang lebar kata-kata Jessica. Luke mula tersedar namun dia masih ragu-ragu.
YOU ARE READING
My Confessions || Malay Story [✔]
Romance•|| M A L A Y N O V E L ||• " I love you but you love someone else " My Confessions Book One Adaption of Manga into Novel alike. Can't get enough of 'LukErin' ? Read Book 2 ! ^^ :: The art in the cover is from @sinana_grim © bee_hwaney...