*Kathryn's P.O.V.*
Aku hanya berdiam selama duduk bersebelahan dengan Luke di dalam kereta. Jessica sudah pergi ke kafe untuk membeli minuman sebelum kami berangkat pulang. Aku mendengus kasar. 'Apasal Jess lambat sangat?'Awkward. Hanya itu yang mampu aku rasakan ketika ini. Mana pernah aku duduk sebegini rapat dengan lelaki. Sudahlah di dalam kereta. Tempatnya pula terpencil. Aku hairan kenapa Luke suka memarkirkan keretanya di sini. Aku memerhati sekeliling. Mungkin suasana yang tenang membuatkan Luke bertindak sebegitu.
"Feeling better?" suasana yang suram telah dipecahkan oleh pertanyaan dari bibir Luke yang sedari tadi hanya bersiul kecil mengikut irama muzik yang dimainkan. Aku tak sangka suaranya berbeza dari apa yang aku sangkakan. Suara yang menjadi kegilaanku pada seseorang lelaki, a bit husky but it has it's own harmony.
"Huh?" aku menoleh ke arahnya namun segera menunduk kembali. Aku takut dia akan melihat mataku yang sembab ini. Memang, kalau aku sudah menangis pasti sembab di mataku sukar untuk hilang. Walaupun aku hanya menangis sedikit sahaja.
"Hmm.. saya tanya, awak dah okey ke? Tak payah nak mengelaklah. Tadi pun saya dah tengok mata awak tu." Dia tersenyum kepadaku.
"Hmmm." hanya itu yang mampu aku luahkan. 'Oh my God, Jess... Where are you?!' sambungku di dalam hati.
"Mesti susahkan kalau orang yang kita suka tak pernah tahu perasaan kita. Malah, dia suka dengan orang lain. Paling menyakitkan kalau orang tu rapat dengan kita." Luke masih mencari peluang untuk berbicara. Damn Luke, you are just the same.
"Are you kidding me? Huhh... nevermindlah!" kemarahanku hampir meletus namun setelah melihat kelibat Jessica, aku kembali diam. Boleh tahan jugak mulut mamat ni.
"Sorry, I'm late. Kafe full sangat tadi. Sorry okay, guys?" pinta Jessica berkali-kali.
"It's okay, Jess." balas Luke. Aku mengerling ke arahnya kemudian ke arah Jessica.
"So, bila nak gerak?" tanyaku pula apabila melihat Luke masih menyandarkan badannya di kerusi sambil membuka tin coke lantas meneguknya.
"Rin, sabar sikit boleh? Kita ni menumpang." tegur Jessica. Aku mengeluh.
"Fine." balasku. Kedengaran malas.
"Okay, girls.. Kita gerak sekarang." Luke akhirnya mengalah. Aku mencebik kegeraman. Jessica pula hanya mengeluh. Buat penat dia je duduk lama-lama kat kafe tadi. Bukannya ramai pun orang, cuma dia je saja nak biarkan dia orang berdua-duaan. Bukan dia tak tahu, Luke dah lama menaruh hati pada sahabat baiknya itu. Jessica faham kalau Kathryn masih tak dapat nak lupakan Dennish. Benda tu baru je berlaku petang tadi.
"You guys balik rumah sewa tu ke?" tanya Luke yang sudah menghidupkan enjin kereta.
"I nak balik rumah parents I." jawabku tanpa nada ceria. Jessica melopong.
"Wei, takkan nak biar aku sorang dengan Theff?" tanya Jessica.
"Why? Macam kau tak biasa. Aku malas nak menghadap muka dialah!" balasku. Geram dengan pertanyaan Si Jessica.
"Okay, okay! Decide first! Kathryn?" Luke memandang ke dalam anak mataku. Aku terus mengalih pandangan ke luar tingkap.
"I cakap, I nak balik rumah parents I." kataku tanpa mengubah jawapan sebentar tadi.
"Okaylah, Luke. Hantar kat rumah parents dia je lah." putus Jessica. Ada riak rajuk dalam nada suaranya.
"Sure?" Luke masih bertanya.
"Yes!" serentak aku dan Jessica menjawab.
*P.O.V. end*
Di rumah sewa...
Theffany menanti kedatangan dua orang sahabat baiknya namun sehingga kini masih belum ditemui. Dia masih memikirkan jawapan yang perlu dia berikan untuk Dennish. Bukan dia tak suka Dennish tapi bila mengenangkan Kathryn turut meminati lelaki pujaannya itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti turut meminati lelaki pujaan ramai itu. Dia masih tahu untuk menjaga perasaan orang lain. Namun apabila lelaki yang diminati sekian lama turut menyimpan perasaan yang sama, dia tidak mampu untuk menolak. Dia perlu berhadapan dengan Kathryn. Jessica memulas tombol pintu dengan cermat supaya tidak mengganggu Theffany yang berkemungkinan sudah pulang ke rumah dan tidur. Jessica dan Theffany berpandangan sesama sendiri buat seketika.
"Jess?" panggil Theffany. Jessica hanya tersenyum kecil. Dia mengerling jam tangan di sebelah tangan kirinya. 11 malam.
"Belum tidur lagi ke?" tanya Jessica. Masih rasa lain atas perkara yang terjadi.
"Belum. Aku tunggu kau orang balik." jawab Theffany lagi.
"Oh... By the way, Rin balik rumah parents dia." beritahu Jessica. Dia menuju ke arah dapur setelah meletakkan beg galasnya di atas meja.
"Dia masih... marah kat aku ke?" tanya Theffany sambil menunjukkan wajah simpati. Jessica tergelak kecil.
"Rin tak macam tu lah. Maybe dia dah lama tak balik rumah. Kau bukan tak tahu, dia asyik busy je semenjak dua menjak ni." jawab Jessica untuk menyedapkan hati sahabatnya yang seorang itu. Ketika ini, secara tidak langsung dia sudah menjadi orang tengah dia antara mereka berdua.
"Kau dengan Dennish macam mana?" Jessica kembali bertanya. Dia meneguk air kosong yang sudah dituang ke dalam gelas yang dia ambil tadi.
"Aku belum beri jawapan lagi..." jawab Theffany lemah.
"Kau suka kat dia kan?" uji Jessica. Theffany hanya mengangguk.
"Eh, aku suka dia macam-macam tu je." sengih Theffany. Setelah menyedari dia sudah terlanjur.
"Kau tak payah risaulah pasal Rin. Lama-lama dia okey lah. Kalau kau dah suka Dennish, terima jelah." usul Jessica.
"Aku takut." balas Theffany. Menyatakan isi hatinya.
"Apa yang kau takutkan?" tanya Jessica pula.
YOU ARE READING
My Confessions || Malay Story [✔]
Romance•|| M A L A Y N O V E L ||• " I love you but you love someone else " My Confessions Book One Adaption of Manga into Novel alike. Can't get enough of 'LukErin' ? Read Book 2 ! ^^ :: The art in the cover is from @sinana_grim © bee_hwaney...