*Luke's P.O.V.*
Rin. Kathryn Diandra. Nama yang sangat unik. Sama unik seperti tuan punya badan.
Aku tersenyum lebar melihat gambar-gambar dia yang aku curi-curi ambil semasa kelas dia sedang berlangsung. Kerja senang, sebab dia duduk tepi tingkap. Blok bangunan dia, sebelah blok bangunan aku je. Tapi, dia suka orang lain. Aku mengeluh perlahan.
Cinta memang tak adil.
Ada sedikit perasaan kecewa bila dapat tahu perkara tu. Tapi, tak apa. Aku bahagia bila tengok dia bahagia. Aku tahu, ayat ini klise tapi aku turut tahu, walaupun hanya tengok dari jauh, itu sudah cukup memadai bagiku. Lagipun, aku pun selalu terserempak dengan dia. Cuma... Pandangan dia bukan pada aku. Tapi, orang lain. Orang yang sangat rapat dengan aku. Teman rapat sendiri. Dennish Alvin Lee. Aku perasan semua tu.
Memang betul kata orang, bila kita sudah mencintai seseorang, apa sahaja yang mereka lakukan tetap akan mendapat perhatian daripada kita, tak kira dari segi positif mahupun negatif. Setiap kali terserempak, mata dia tak lari dari memandang ke arah Dennish. Memang tak dinafikan perwatakan Dennish lebih hebat berbanding aku dan Joshua. Dia vokalis utama, imej utama kumpulan kami. Kadang-kadang aku mencemburuinya... Kerana berjaya mendapat tempat yang istimewa di dalam hati gadis pujaanku.
"Luke!" panggil seseorang. Aku lantas menutup buku skrip yang aku tenung sedari tadi dan menyimpannya di laci meja. Tanganku pantas mengunci laci tersebut.
"Denny... Josh mana?" aku tersenyum kecil ke arah teman rapatku itu. Cuba untuk menutup gugup.
"Macam biasa. Dia skip kelas lagilah tu." Dennish memasukkan jarinya ke dalam kocek sebelum berdiri di sebelah tempat dudukku.
"Kau buat apa berdiri macam ni? Duduklah." aku hanya menggeleng kepala melihat telatahnya.
"Kau tak jemput, aku tak duduklah." Cehh! Dennish menarik kerusi di sebelahku. Tempat duduk Joshua. Dennish melontar pandangan ke blok sebelah kemudian tersenyum.
"Rin..." bisiknya perlahan namun dapat didengari olehku. Rin? Aku turut menoleh ke arah yang sama. Ya, memang ada Rin.
"Aku tak sangka pulak dia duduk tepi tingkap. Rugi. Kelas aku kat sebelah. Mana boleh tengok dia. Lagipun, aku duduk dekat tengah-tengah kelas." ujar Dennish.
Aku dan Joshua memang tidak sekelas dengan Dennish sejak tahun pertama di highschool lagi. Malah, semasa di middle highschool, hanya Joshua yang berkesempatan untuk berkongsi kelas dengannya, walaupun hanya untuk setahun, sebelum berpindah ke kelasku.
"Kau suka dia ke?" aku bertanya kepada Dennish. Aku perlu tahu perkara yang sebenar. Dia tersenyum.
"Taklah. Aku cuma suka tengok bila dia tengah malu. Comel betul! Perangai sama macam adik aku." jawab Dennish.
"Adik kau? Lama aku tak dengar berita dia. Dia apa khabar?" aku teringat adik perempuan Dennish, Sonia.
"Dia okey je. Dah sihat sikit. Tapi, dia selalu tanya pasal kau dengan Josh sebab dah jarang jumpa korang. Oh ya, dia pun selalu tanya pasal ex kau."
Sonia, dia ada penyakit. Tapi tak tahu, penyakit apa. Cuma selalu dengar dia selalu keluar masuk wad. Dennish jarang nak bercerita tentang family dia walaupun kami sudah berkawan lama. Aku memandang wajah Dennish yang turut memandang ke arah aku.
"Dia selalu tanya pasal Amy? Kenapa?" Aku teringat pula dengan Amy. Girlfriend aku yang baru je break dengan aku dua minggu lepas. Aku bercinta dengan Amy pun sebab dare dari Joshua. Tapi, Dennish tak tahu hal ni. Aku tak pernah suka orang lain macam aku suka Rin.
"Entah. Dia apa cerita eh? Lepas break dengan kau, aku langsung tak jumpa dia lagi." Dennish menongkat dagunya.
"Dia dah pindahlah. Kau tak tahu ke? Parents dia transfer kerja." balasku perlahan. Dia menoleh ke arahku dengan wajah terkejut.
"Sebab tu ke dia break dengan kau?" tanya Dennish secara tiba- tiba.
"Mungkin." jawabku sepatah. Selamba.
"Esok ada show tau? Jangan tak datang pulak." pesan Dennish. Aku memandang wajah Dennish dengan pandangan hairan.
"Wait... Aku tak pernah tahu pun? Selama ni, kau mesti bagitau aku awal-awal." aku kebingungan.
"Aku ada surprise nak buat. Ingat tak lagu yang kau buat hari tu, aku ingatkan nak nyanyi lagu tu esok." Dennish tersenyum penuh makna.
"Are you sure?" soalku lagi. Dennish hanya mengangguk sebelum beredar dari kelasku.
YOU ARE READING
My Confessions || Malay Story [✔]
Romance•|| M A L A Y N O V E L ||• " I love you but you love someone else " My Confessions Book One Adaption of Manga into Novel alike. Can't get enough of 'LukErin' ? Read Book 2 ! ^^ :: The art in the cover is from @sinana_grim © bee_hwaney...