Part 6

532 28 0
                                    

   Kathryn duduk di tempatnya setelah meletakkan begnya di atas meja. Dia membuka zip beg lantas mengeluarkan buku sketchnya. Dia menoleh ke sebelah kanannya. Tempat duduk Theffany kosong. Hanya ada beg berwarna ungu miliknya. Lama dia tidak berbual dengan Theffany, dia asyik mengelakkan diri setiap kali berjumpa. Di dalam kelas pun dia hanya berdiam diri. Kini sudah sebulan Theffany bercinta dengan Dennish. Kathryn menarik nafas panjang. Dia mesti lupakan Dennish! Terima kenyataan, Dennish dah gembira, Dennish takkan pernah pandang dia!

   

   Pada masa yang sama, Luke sedang memerhati ke arah Kathryn melalui tingkap di sebelahnya. Dia nampak Kathryn sedang termenung. 'Aku kena luahkan perasaan aku dekat dia.' bisik hati Luke. Tapi, dia tak tahu bila masa yang tepat. Takkan sampai bila-bila dia nak pendam perasaan itu.

   

Waktu rehat....

Luke memandang ke arah padang di hadapannya. Riuh rendah suara pelajar lelaki bermain bola langsung tidak menganggu konsentrasi dirinya. Sampailah Dennish duduk di sebelahnya. Luke menghela nafas lega. Terkejut dengan kedatangan rakan seperjuangannya, Dennish.

"Asal?" tanya Luke yang sedang melihat Dennish sudah tersengih-sengih di sebelahnya.

"Aku ada tulis satu lagu ni. Nak dengar tak?" soal Dennish dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibirnya. 'Patutlah Rin suka dia,' getus hati Luke.

"Boleh jugak. Nyanyilah." kata Luke. Sejak bercinta ni, makin banyak pula idea dia eh?

"Aku cuma ada idea untuk korus dia je..." keluh Dennish.

"That's good for you. For the first step. Kau nak aku tolong?" tanya Luke. Dia tak kisah. Selama ni memang dia yang menulis lirik. Dennish dan Joshua hanya memberi cadangan. Namun, dia tak pernah nak suruh Dennish beritahu orang lain.

"Kalau boleh. Hujung minggu depan ada live band. Kita dijemput." ucap Dennish. Luke tersenyum sahaja.

            Tiba-tiba bola yang disepak oleh seorang pelajar junior menuju ke arah mereka. Luke menolak Dennish ke tepi namun tangan kirinya terkena bola itu. Luke mengaduh kesakitan. Dennish segera bangun. Dia merenung tajam ke arah pelajar tersebut namun Luke hanya tersenyum. Cuba menenangkan Dennish.

"Aku okeylah. Sikit je ni. Janganlah marah dia." ujar Luke lalu mengambil bola itu menggunakan tangan kanannya lantas menyerahkannya kepada budak itu.

"Maaf. Saya tak sengaja." ucap budak tersebut. Dia kelihatan takut-takut. Luke hanya menganggukkan kepalanya. Budak itu lantas tersenyum lega, menyedari dia berada dalam keadaan selamat.

"Kau ni!" Dennish kadang-kadang tak suka dengan sikap tolak ansur Luke. Bagi Luke, walaupun perkara itu boleh memudaratkannya, dia tetap bersikap tenang dan baik dengan semua orang. "Tangan kau okey tak?" Dennish kembali bertanya. Bukan apa, dia cuma risau. Sudahlah Luke pemain gitar mereka. Tambahan pula dia merupakan seorang kidal.

"Terseliuh sikit je." jawab Luke bersahaja.

"Kau jangan main-mainlah. Kau main gitar kan? Pergi tuam tangan kau tu." arah Dennish.

"Aku nak pergi tuamlah ni. Kau okey tak?" tanya Luke kepada Dennish.

"Aku okey." balas Dennish. Dia membawa Luke ke bilik sakit.

   Semasa dalam perjalanan ke bilik sakit, mereka bertembung dengan Theffany dan Jessica di hadapan pintu bilik rawatan. Theffany tersenyum kecil sebelum perasan akan sesuatu. Jessica hanya memerhati. Dia melihat Luke sedang memegang tangan kirinya sambil mengetap bibir.

"Awak, kenapa ni?" soal Theffany dengan prihatin kepada Dennish. Dennish memegang tengkuknya dengan tangan kanan lantas tersenyum.

"Oh, saya hantar Luke. Tangan dia terseliuh." terang Dennish. Theffany memerhati lengan kanan kekasihnya. Calar dan berdarah.

"Habis, ni kenapa tangan awak?" Theffany memegang lengan tersebut. Dennish tersentak. Terkejut. Dia sendiri tidak perasan lengannya turut terluka. Luke merenung ke arah Dennish.

"Kau cakap kau tak apa-apa tadi?" marah Luke. Kurang senang dengan sikap Dennish yang sedikit lalai itu.

"Aku sendiri pun tak sedar." jawab Dennish.

"Jomlah. Saya tolong awak rawat tangan awak ni. Jess, kau balik kelas dululah." kata Theffany kepada Jessica, Jessica hanya mengangguk lantas bergegas pergi. Dia mesti beritahu Rin.

            Luke memerhati Theffany yang sedang merawat luka Dennish. Dia menunggu ahli PBSM yang bertugas pada hari ini untuk membawa ais kepadanya. Luke bergerak ke luar bilik.

"Aku pergi ambil air kejap." katanya. Dennish hanya mengangguk.

              Kathryn bergegas ke bilik sakit untuk melihat keadaan Dennish. Tadi, Jessica memberitahunya bahawa tangan kanan Dennish terluka. Dia masih ingat kata-kata Jessica tadi sebelum berhenti di hadapan pintu masuk bilik sakit.

'Rin, kau tahu. Dennish ada kat bilik sakit,tangan kanan di terluka. Oh ya, Luke pun...'

   Belum sempat Jessica menghabiskan ayatnya, Kathryn sudah berlari ke luar kelas. Langkah kakinya terhenti di situ. Dia melihat Theffany sedang membalut luka di tangan Dennish. Kathryn hanya mampu tertawa kecil. Tertawa mengejek kepada diri sendiri. Macam mana dia boleh lupa, yang Dennish dah ada Theffany untuk jaga dia.

   

     Luke yang sedang mengambil air terkejut mendengar tapak kaki yang sedang berlari ke arah bilik sakit. Dia menoleh ke arah pintu bilik itu. Betapa dia tersentak melihat Kathryn sedang tercegat di hadapan pintu itu. Dia memberikan wajah hairan sambil berjalan menuju ke arah Kathryn. Turut melihat apa yang membuatkan Kathryn terpaku di situ. Dia melihat Dennish sedang mencium pipi Theffany. Pada saat itu, dia hanya ingin berbuat satu perkara pada Kathryn. Tangannya lantas menutup mata Kathryn dari arah belakang. Kathryn tersentak. Dia menepis tangannya yang menutup matanya itu.

"Ouch..." Luke mengerang kesakitan sambil memegang tangan kirinya. Kathryn mengigit bibir bawahnya. Rasa bersalah.

"Apa you buat kat sini?" soal Kathryn dengan suara mendatar. Cuba menutup perasaan bersalahnya. Luke memberikan pandangan geram.

"Sepatutnya, saya yang tanya. Awak buat apa kat sini? Dah sakitkan tangan orang, bukan nak mintak maaf." marah Luke. Geram pula dia melihat wajah selamba milik Kathryn. Kathryn mencebik.

"Bukannya sakit mana pun. Meh sini, nak tengok." Kathryn memberikan tangannya kepada Luke. Cuba untuk melihat kondusi tangan jejaka tersebut. Luke enggan memberikan tangannya.

"Degil!" Kathryn menarik tangan itu. Dia menekup mulut dengan tangan kirinya yang bebas, terkejut melihat tangan Luke yang sedikit berwarna kebiruan serta kembang.

"Err..." Kathryn memandang wajah Luke yang sudah tertunduk.

"Tak ada apalah ni. Jatuh masa main bola keranjang tadi. Bukan salah awak pun." helah Luke. Kathryn seakan teringat sesuatu. Kata-kata Jessica sebentar tadi. Seingat dia, dia terus berlari ke sini tanpa sempat Jessica menghabiskan ayatnya dan... Dia kembali merenung tangan Luke yang berada dalam genggamannya.

Luke kan kidal! Macam mana dia nak main gitar nanti?

"Jom, pergi tuam tangan aw.. awak." dia menarik Luke ke bilik bersebelahan. Luke tersenyum lebar. 'Awak buat macam ni, buatkan saya makin sayang kat awak.' getus hati Luke.

My Confessions || Malay Story [✔]Where stories live. Discover now