Setelah sebulan selepas hari pemergian Theffany, Dennish kembali menerima kenyataan. Dia tahu, Theffany tak akan kembali kepadanya. Kumpulan dia juga telah berjaya masuk ke pusingan akhir dalam pertandingan live band. Malam ini adalah penentuannya.
Dennish menarik kertas lirik yang ditulis olehnya dan dibantu oleh Luke. Lagu itu sebenarnya untuk Theffany, dia ingin nyanyikannya semasa hari yang ke-100 mereka bersama. Hari itu adalah hari ini, jika theffany masih ada, dia akan berpeluang mendengar nyanyiannya. Walaupun bukan sepenuhnya digubah olehnya, namun dia tetap mahu Theffany mendengarnya.
"Denny?" panggil Joshua yang sedari tadi hanya memerhati rakannya termenung jauh. Dia tahu, pasti Dennish teringat akan Theffany yang jauh di sana. Dennish mengangkat wajah. Memberikan senyuman kecil kepada Joshua.
"Luke mana?" tanya Dennish. Sepatutnya mereka ada practice terakhir pada petang ini.
"Entah, dia cakap dia keluar dengan Rin tadi." balas Joshua.
"Rin?" soal Dennish kembali. Joshua hanya mengangguk. Rin... Dennish membisikkan nama itu sekali lagi. Setelah pelaku yang melanggar Theffany diberkas, nama Kathryn kembali bersih. Semua meminta maaf kepadanya.
Rupa-rupanya orang yang melanggar Theffany sebenarnya sepupu Dennish, Sophea, yang telah dijodohkan dengannya oleh ibu bapanya sejak mereka kecil lagi. Memandangkan Dennish sudah ada pilihan sendiri, ibu bapa Dennish telah memutuskan pertunangan mereka berdua. Hanya kerana dendam, Sophea mengambil keputusan untuk melanggar Theffany. Rupa-rupanya dia mengambil kesempatan di atas pergaduhan yang berlaku di antara Theffany dengan Kathryn dulu. Dan, satu lagi... Dia tahu yang Kathryn pernah menyimpan perasaan kepadanya sewaktu dulu. Cuma dia tidak tahu sama ada perasaannya masih sama seperti dulu. Dennish tersenyum. Dia akan cari Kathryn esok, bertanya akan hal itu.
Kathryn dan Luke sedang berjalan beriringan selepas membeli barang di kedai serbaneka. Masing-masing memegang kon aiskrim Cornetto di tangan. Kathryn dengan perisa Blackforestnya manakala Luke pula dengan perisa Vanila.
"Luke, semalam Rin terima satu nota tau? Pagi tadi pun ada." Kathryn memulakan perbualan. Hubungan mereka sudah semakin rapat. Mula-mula dia dan Luke membahasakan diri sebagai 'saya' dan 'awak' kini mereka berdua menggunakan nama panggilan sendiri sebagai ganti nama diri. Kathryn berterima kasih kepada Luke atas pertolongannya untuk melupakan Dennish. Dan kini, ia berjaya.
"Oh ya? Nota apa? Siapa bagi? Secret admirer, eh?" usik Luke. Dia melihat Kathryn sudah tersipu-sipu.
"Entah. Tapi, Rin tak fahamlah. Dia tulis guna nombor." kata kathryn lagi.
"Nombor?" soal Luke kembali. Pelik.
"Ha'ah. Lepas tu, dia beri gambar sekali. Gambar Rin yang dia curi-curi ambil. Cantik sangat dia ambil gambar!" senyum Kathryn.
"Hah? Apalah Rin ni. Tu boleh di ambil kira sebagai mengganggu privasi orang tau? Itu pun Rin suka?" Luke memberikan wajah kurang percaya. Kathryn hanya tergelak.
"Nantilah, Rin tunjuk kat Luke. Luke kan pandai, mesti Luke dapat selesaikannya." kata Kathryn lagi.
"Tengoklah nanti." Luke tidak mahu memberi persetujuan. Takut dia tak dapat penuhi permintaan Kathryn. Dia merenung jam tangan. 2.30 petang.
"Eh, bukan Luke ada practise ke hari ni? Pukul dua kan?" tanya Kathryn.
"Alamak! Dah lambatlah! Rin lah ni." muncung Luke. Dia segera berlari. Kathryn hanya mampu ketawa. Luke sudah jauh ke hadapan. Lucu betul, bukannya jauh pun studio tu dari kedai serbaneka. Mesti takut kena marah dengan Dennish. Dennish? Serta merta senyumannya mati. Kenangan lama! Senyum kembali terukir.
YOU ARE READING
My Confessions || Malay Story [✔]
Romance•|| M A L A Y N O V E L ||• " I love you but you love someone else " My Confessions Book One Adaption of Manga into Novel alike. Can't get enough of 'LukErin' ? Read Book 2 ! ^^ :: The art in the cover is from @sinana_grim © bee_hwaney...