CHAPTER 1

2.5K 109 15
                                    

WARNING
contained cursing words , dark theme ,
tragedy , violence and child abuse

! before you read !
this whole story contains cursing words ( sial , siot and ect ) and i will not put the warning for it unless there was strong language ( bitch , shit and etc ) i will only put the warning for dark theme.

「 TRAUMA 2 」
Our story will never end until the moment we die

Chapter 1: Dream

❃ ════ • ❤️ • ════ ❃

"Hahahaha! Kejarlah Aunty Rose!" Jerit seorang budak lelaki yang kecil sambil ketawa riang. Dia berlari ke sana sini untuk mengelak dari ditangkap.

"Tunggulah! Aunty ni dah tua. Mana larat nak main kejar mengejar dengan kamu!" Rungut seorang wanita.

Tetapi dia masih mengejar budak itu dengan senyuman di wajahnya.

Budak itu berlari dan lari sehingga tidak sedar ke mana dia menuju. Secara tidak sedar, dia sudah berada di jalan.

Wanita itu yang perasan sebuah kereta sedang laju bergerak ke arah budak itu segera menolaknya ke tepi.

"Auch!" Budak itu terjatuh. Lengannya dan lutut kakinya berdarah akibat bergesel dengan tanah semasa dia ditolak.

Budak itu memandang ke arah jalan dan melihat wanita tadi terbaring lemah dengan cecair merah yang dia pasti ianya adalah darah yang mengelilingi wanita itu.

Budak itu seger berlari ke arahnya dan meletakkan kepala wanita itu di atas pehanya. Dia menangis sekuat hati, meminta wanita itu untuk bangun.

Namun, tubuh wanita itu sudah pun tidak bernyawa. Budak itu menjerit meminta tolong dan tidak lama kemudian ambulans pun datang membawa wanita itu ke hospital bersana budak itu.

Setibanya keluarga dia di sana, mereka mendapat berita bahawa wanita itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Krak

Maka, matilah hati budak itu dari segala kegembiraan dari memorinya bersama wanita itu. Tiada satu titis pun air mara yang mengalir.

Hatinya bagaikan kosong saat itu.

"Haru?"

"Haru!"

"Haruka!"

Zap

"Haruka! Kau dengar tak aku panggil kau ni?!" Jerit Adam.

Mata Haruka perlahan-lahan terbuka. Dia bangun sambil mengosoknya.

"Hah, bangun pun. Turun bawah. Nanti naya kita dibuat rendang dengan ayah Gem nanti," bebel Adam. Dia pun turun dari katil Haruka dan berjalan keluar dari bilik itu.

Haruka memandang siling. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembus nafasnya perlahan.

Dia termenung seketika.

"Mimpi..."

"....."

"Mimpi yang sebenarnya realiti..."

Haruka bangun dan memuka pintunya yang secara tiba-tiba—

Splash

Sebuah baldi jatuh ke atasnya yang dipenuhi air berwarna hijau. Haruka mengetap giginya kuat.

"ADAM!!! FAIQ!!!"

Manakala di ruang dapur, suara—ops silap, jeritan Haruka yang bergema satu rumah cukup membuatkan Adam dan Faiq yang sedang makan tersembur.

"Aik? Tersembur aje? Asal tak mati sebab tak tersedak?" Perli Taufan.

"Ha'ah. Nanti kematian korang jadi salah satu kematian yang epik sebab mati tersedak alibat mendengar jeritan seseorang," kata Thorn dengan muka innocentnya.

Adam dan Faiq hanya menjeling dua ekor babun biru dan hijau yang berada di hadapan mereka.

"Haih... Apalah yang korang buat lagi..." Erisya memutarkan bebola matanya.

Bam!

Haruka yang baru sahaja turun ke dapur memandang tajam ke arah Adam dan Faiq.

"SINI KAU AKU BUAT GULAI MASAK MANUSIA!!!"

"AMPUN!!! TOLONG AYAH GEM!!!"

Chapter 1: Dream
- Tamat -

[ new conversation ]

macam apa yang ditulis di awal chapter , warning untuk cursing words takkan diletak melainkan jika chapter tersebut mempunyai strong language. warning untuk dark theme juga akan diletakkan.

Published: 23.10.2019
Edited: 20.11.2020

©quexnlatte

TRAUMA 2 | BOBOIBOY HALILINTARTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang