Bab 1

2.8K 93 1
                                    


SAAT melihat wajah tetamu yang muncul di muka pintu apartmentnya, Arissa hela nafas berat. Demam yang tadinya hampir kebah sepertinya kembali menyerang.

"Kenapa tak balik?" Soalan dulu yang diterjah.

Arissa tidak menjawab sebaliknya daun pintu dikuak lebar, memberi kebenaran si tetamu melangkah dengan dia mendahului masuk ke dalam rumah.

Hanya beberapa langkah, telefon bimbit yang dia letakkan di atas meja kabinet berdering. Melihat nama si pemanggil, lambat-lambat dia mencapainya.

Kalau sendirian, harus panggilan tersebut tidak dijawab.

"Abang Zhariz dah sampai?" Tanpa salam, soalan tersebut menerjah ke telinga Arissa sebaik talian disambungkan.

"Akak call dia banyak kali tak dapat."

Perlahan Arissa berpusing pada lelaki yang dicari oleh si pemanggil dan telefon di tangan dihulurkan.

"Your fiance."

Telefon bertukar tangan dan Arissa terus bawa diri masuk ke bilik, meninggalkan tetamu yang baru sampai. Dia tidak ke kuliah hari ini akibat demam dan selsema. Kepala sejak malam tadi terasa memberat akibat hidung tersumbat.

Dan lagi dia mengantuk kerana baru saja telan ubat selsema yang diberikan doktor.

Tubuh dibaringkan ke tilam. Mata dipejam rapat. Biarlah Zhariz di luar sana. Lagi pun, dua lagi rakan serumahnya belum pulang dari kuliah, tak ada sesiapa pun akan terganggu dengan kehadiran lelaki itu.

Kalau pun Hanim dan Irma ada, mereka tetap akan beri sejuta alasan untuk keluar jika Zhariz datang. Kononnya tak mahu mengganggu.

Nasib baik lagi di luar negara. Kalau kat Malaysia, harus sudah lama di tangkap khalwat sebab sering berduaan dalam satu rumah.

"Abang lapar, nak Rissa masak."

"Abang rindu, itu pasal datang cari Rissa."

"Abang nak baring kejap, penat."

"Abang nak beli kasut, nak Rissa pilihkan."

Itu antara alasan Zhariz apabila muncul di muka pintu apartment. Alasan yang tak logik untuk manusia bergelar adik-abang. Tapi itulah Zhariz Irfan, abang sepupu yang dia kenal sejak dia membuka mata melihat dunia.

Selalunya Zhariz datang ke London dengan pelbagai alasan. Urusan bisnes, menjadi 'utusan' daddy untuk melawat dia di sini kerana daddy tak berkesempatan dan selalunya alasan bercuti sambil shopping.

Kalau urusan bisnes tu, masih boleh diterima akal. Mewakili daddy juga masih boleh diterima akal. Tapi bercuti dan shopping tu, macam dah tak ada tempat lain di muka bumi ini, asyik-asyik ke sini. Tahulah banyak duit. Setakat tiket KL-London tu, tak beban apa-apa pun. Sebulan sekali pun Zhariz mampu. Tapi, tak bosan ke?

Orang bercinta jer yang sanggup buat apa saja untuk jumpa kekasih hati macam yang Zhariz buat selama dia di sini.

Tapi dia dan Zhariz?

Hanya adik-abang.

Ah! dia tak mahu fikir semua itu. Penat! Buat waktu sekarang, dia hanya mahu tidur.

Hanya beberapa detik selepas itu, fikirannya sudah diangkat ke udara. Terlena.

Terasa lama sangat dia tidur. Tatkala mata terbuka, perutnya terasa memberat seperti ditindih sesuatu. Dalam mamai, tangan cuba meraba di perut sendiri.

YANG LUAR BIASAWhere stories live. Discover now