Teaser Bab 10

3.4K 85 8
                                        


Rumah ni dah macam rumah dia juga. Mereka sudah seperti satu keluarga besar. Tidur dan melepak bergilir sana-sini.

"Aku rasa macam nak hasut aje abang aku tu putuskan pertunangan mereka. Cari orang lain. Kalau Tok Ma nak juga keluarga kita bersatu, tukar kau jadi calon." Zalia mengekor dari belakang.

"Isk! Tak baik berniat jahat."

"Untuk kebaikan, takpe. Boleh dimaafkan." Tukas Zalia dengan memek muka sekali.

Sejak dulu, dia memang tak suka Ryana. Dua beradik, tapi Arissa dan Ryana berbeza macam langit dengan bumi.

Arissa lemah lembut dan mudah mesra tetapi Ryana, lagaknya mengalahkan model terhebat di dunia. Walhal, tak adalah hebat mana pun. Nak kata cantik, tak cantik mana pun. Kalau tanpa make up, sahih Arissa lagi cantik, 200 KM jauhnya.

"Kata peribahasa Arab, tiada kejahatan yang boleh dinilai sebagai baik, walau kejahatan itu dilakukan dengan tujuan kebaikan. So, kalau dah buat jahat tu, tak adanya nak kata dengan niat yang baik." Arissa duduk di kerusi rotan bawah pergola berbumbung yang terdapat di taman mini tersebut. Dulu-dulu, mereka memang suka melepak di situ.

Zalia ikut duduk. Wajah sepupunya yang putih gebu itu dipandang seketika, cuba mencari sesuatu yang tersembunyi di sebalik riak itu. Dia tahu, abangnya sukakan Arissa, bukan Ryana. Cuma dia tak pasti hati Arissa.

"Kata peribahasa melayu, kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya."

"Motif???"Arissa angkat kening. Apa kes tiba-tiba keluar bab ruyung dan sagu, dia tak faham.

"Kalau nak kan sesuatu, kena usaha."

Arissa terkebil-kebil, cuba mencerna apa yang ingin disampaikan Zalia. Serius dia tak faham.

"Kalau nak kan abang aku tu, kena usaha," Provok Zalia, sengaja mahu melihat reaksi Arissa.

"Bila masa aku nak kan abang kau?" Mata Arissa sudah membulat.

"Menipulah Rissa, selagi kau boleh menipu. Jangan nanti, makan hati berulam jantung." Provok lagi.

Tapi Arissa hanya menyengih. Dia tahu, Zalia sedang cuba menggerudi hatinya.

"Kalau hati aku tak suka, tapi jantung pisang kalau buat masak lemak, aku suka." Arissa melawak dan bahunya menjadi sasaran tangan Zalia.

"Aku serius, kau main-main."

"Lia.. Rissa, mari minum." Suara jeritan Datin Maria membantutkan perbualan mereka.

Arissa dan Zalia bangkit serentak menuju ke anjung rumah di mana hidangan minum petang sudah tersedia di atas meja bulat yang terdapat di situ.

"Pssstt.." Tiba-tiba Zalia seperti berbisik dan mulutnya memuncung ke satu arah.

Pandangan Arissa spontan beralih ke arah yang ditunjuk. Dan... matanya terus terpaku. Zhariz yang sudah bertukar baju dengan wajah yang segar sedang melangkah ke arah mereka.

T-shirt biru D & G tanpa kolar itu menampakkan bentuk tubuhnya yang tegap. Cermin mata hitam yang melekat di wajah itu menambah kredit untuk kelihatan lebih bergaya.

Mata Arissa terpesona. Hatinya seperti terjatuh. Dadanya dilanda getar. Dia sedang TERGODA!

"Segakkan, abang aku." Suara Zalia memanggil Arissa mengalihkan pandangan.

"Euuww! Puji abang sendiri tak agak-agak." Arissa cuba menutup malu, tertangkap merenung anak teruna orang dengan pandangan penuh makna.

"Tapi abang aku selalu puji kau. Katanya, kau cantik walau dilihat dari sudut mana sekalipun."

Arissa hilang kata mendengar ayat Zalia.

Benarkah?Atau Zalia sengaja mereka cerita? 

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 10, 2019 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

YANG LUAR BIASATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang