MELIHAT aras penanda minyak sudah rapat ke huruf E, Arissa hela nafas. Sejak dapat lesen memandu dan daddy belikan dia kereta, dia hanya tahu memandu saja. Semua urusan isi minyak dan servis dilakukan oleh Pak Jamal, pemandu daddy.
"Nanti daddy belikan Rissa kereta yang tak payah isi minyak."
Dia pernah disindir begitu oleh daddy apabila dia bising sebab Pak Jamal terlupa mengisi minyak keretanya. Hari ini dia tak boleh nak bising-bising sebab Pak Jamal dan daddy keluar.
Mahu membatalkan untuk keluar, pasti dia akan mati kebosanan di rumah.
Lagi pun, dia sudah berjanji dengan mahu Fetty bertemu kawan-kawan lama. Rindu pula nak lepak dengan kawan masa sekolah dulu.
Sudahnya, Arissa teruskan juga hidupkan enjin kereta. Memang dia dah lama tak memandu, terkial-kial juga untuk membiasakan diri walaupun kereta sendiri.
Membelok masuk ke stesen minyak, Arissa menggelabah bila dia terlupa tangki minyak di sebelah kiri atau kanan. Tak pernah isi mintak kereta, lagi pun dah lama tak memandu.
Sudah terlanjur masuk, dia main aci redah saja masuk sebelah kanan. Bila keluar, tersalah pula. Orang sebelah yang sedang isi minyak kereta sudah pandang semacam. Agaknya mesti orang tu kata dia bawa kereta pinjam.
"Haih!" Dia mendengus, geram bercampur malu.
"Kenapa hari ni macam serba tak kena?" Mulut membebel pada diri sendiri. Mata tak toleh kiri kanan, malu kalau orang pandang.
Masuk semula ke kereta, dia tukar lorong sebelah kiri. Tapi masalah pula apabila mesin kad kredit rosak. Terpaksa lah dia menapak ke kaunter untuk membuat bayaran.
Masalah lagi bila kaunter di bahagian luar pula beratur panjang. Terus dia lencongkan langkah ke arah pintu untuk masuk ke dalam. Tiba-tiba pula tekak terasa haus, sambil bayar bolehlah dia beli air sekali.
Baru beberapa langkah, telefon bimbitnya berbunyi. Otak terus terfokus pada Fetty. Dia memang sudah lambat, pasti Fetty yang menghubunginya.
Langkah diteruskan tapi tangannya sibuk menyeluk handbag untuk mencari telefon yang sedang berdering. Mata pula menunduk untuk mengintai ke dalam beg yang besar itu.
Tiba-tiba badannya seperti dilanggar kuat dari arah depan dan dia terundur ke belakang dan dia tak dapat imbangi badan.
"Aduhhh!!!" Arissa terus jatuh terduduk. Skirt pendek yang dipakai sudah terselak sampai ke atas.
Oh! Tidakkkkkkk....
Tangannya cepat-cepat menarik hujung skirt untuk menutup apa yang boleh ditutup.
Kepala terdongak. Pintu kaca yang ditolak dengan kadar kelajuan luar biasa dan terlanggar tubuhnya sudah tertutup. Tapi ada si lelaki kacak sedang berdiri di depannya.
"Misss... you okey ke?"
Lelaki tersebut terus mencangkung di depan Arissa sambil bertanyakan soalan.
'Okey hotak kau!'
Mahu saja Arissa sembur begitu tapi bila tengok muka lelaki tersebut, mulut terkunci. Lelaki sama yang pandang dia semacam ketika dia salah masuk lorong tadi.
Bila keadaan dekat begini, nampak matanya warna coklat dan pipinya ditumbuhi jambang nipis. Jawline wajahnya menampakkan dia seksi walau tanpa senyuman.
Sebut perkataan seksi, Arissa tunduk memandang diri sendiri.
'Cuba pakai sopan sikit boleh tak?' Tiba-tiba dia teringatkan pesan Zhariz.
Kalaulah dia dengar pesanan tersebut.
"Misss.." panggilan si 'jejaka tolak pintu laju' mengembalikan lamunan Arissa.
Rupanya dia masih belunjur di depan kedai serbaneka Petronas dan lelaki kacak itu masih mencangkung di depannya.
"Aduhhhhhh..." Arissa mula mengaduh sambil menilik siku yang sudah tercalar. Baru terasa sakit setelah hilang traumanya.
"Sakit ke?" Soal si lelaki itu lagi.
"Kalau dah mengaduh tu sakit laaa... ingat sedap ke jatuh. Yang awak pergi tolak pintu laju-laju tu siapa suruh?" Penuh geram Arissa membentak. Rasa macam nak ketuk saja kepala lelaki ni dengan high heelnya
"Darlingggg.... what happened?" Tiba-tiba kedengaran suara perempuan menegur.
Arissa mendongak. Kelihatan perempuan berambut blond sedang berdiri berhampiran mereka.
Isk! Berapa ramai lelaki yang dipanggil 'darling' dalam dunia ni? Tadi Ryana pun panggil Zhariz darling. Minah ni mesti girlfriend 'mamat tolak pintu laju' ni.
"I tolak pintu terkena dia. You pergi tunggu kat kereta, nanti I datang." Lelaki tersebut terus memberi arahan sambil menghulurkan kunci kereta pada minah rambut blond tersebut.
"Mari I tolong you bangun." Tangannya dihulur untuk membantu.
"Tak payah! saya boleh bangun sendiri." Arissa tepis tangan tersebut dan cuba untuk bangkit.
Sakit di tangan, sakit di siku dan sakit di lutut tapi dia buat-buat tak ada apa-apa. Perasan jadi superwoman.
"Hah! Dah dia kata boleh bangun sendiri, you tak payahlah susah-susah. Jomlah darling, nanti kita lambat."
"Kan I cakap tunggu kat kereta." Tak pasal-pasal lelaki tersebut tinggikan suara.
Dengan wajah mencuka, minah rambut blond tu berlalu sambil hentak kaki. Waktu itulah baru Arissa perasan ramai orang sedang memandang ke arahnya. Cepat saja dia bangkit berdiri.
"Boleh tak?" Suara tiba-tiba berubah lembut menyoal dia sambil ikut bangkit berdiri.
"Boleh!" Penuh yakin Arissa menjawab dengan mata menilik siku sendiri, buat-buat sibuk membelek luka di situ. Walhal dia segan mahu memandang sekeliling.
"Okey! Hati-hati, jangan terselak lagi." Lelaki tersebut bersuara.
Terus Arissa mendongak dengan pantas. Mata membulat pandang lelaki tersebut yang masih berdiri di depannya.
"Skirt merah, yang dalam pun merah juga ya?" Si lelaki terus berlalu bersama senyum senget.
Kurang asam!!
Dia rasa nak sumpah orang jadi siput babi. Geram dan malu.
Rasa nak sumpah diri sendiri juga sebab degil tak dengar pesanan Zhariz.

YOU ARE READING
YANG LUAR BIASA
Literatura faktuPertunangan Zhariz dengan Ryana buat Arissa akur yang dia hanyalah seorang adik di mata Zhariz. Apatah lagi bila Zhariz mengaku bercinta dengan Ryana. Ryana itu kakaknya, bermakna Zhariz itu bakal abang iparnya. Tapi peliknya, makin hari perlakuan Z...