Bab 4

2.5K 88 4
                                    

*** Sorry yang semalam post tu bab 5. NI bab 4

*****

TAK jadi keluar! Arissa halakan pemanduan pulang ke rumah semula sambil menghubungi Fetty memberitahu yang dia tak dapat ikut serta.

Masuk ke rumah, dia terus melangkah ke dapur. Sebelah tangan meraba siku yang masih terasa pedih dengan mulut berdesis.

"Bibik!...Oooo Bik!" Nama pembantu rumah diseru sambil melangkah ke arah dapur dan duduk di kerusi.

"Bibik kat belakang, Rissa. Ada apa tu, boleh Kak Ton bantu?" Pembantu rumah yang sudah terbiasa dengan panggilan Kak Ton menjawab bagi pihak bibik.

"Kak Ton, tolong ambil kotak first aid kejap." Arissa terus duduk di kerusi. Siku yang tercalar menampakkan kesan darah ditilik.

"Ya Allah! Kenapa ni Rissa?"

"Fist Aid Kit Kak Ton, Pleaseeeee..." Arissa sudah seperti memberi arahan nada merengek. Dia tengah kepedihan, nak cerita panjang lebar lepas sapu ubat nanti.

Mendengar suara Arissa yang begitu, Kak Ton cepat-cepat mendapatkan kotak ubatan dan diletakkan di atas meja bulat di situ. Di ruang dapur memang ada satu meja bulat kecil yang dikelilingi beberapa kerusi.

"Sakit tak?" Soal Kak Ton.

"Tak, Kak Ton. Sedapppp..." Bibir diketap. Geram pula bila tengah sakit begini, kena menjawab soalan begitu. Orang tengah berdesis sakit, lagi nak tanya sakit ke tak.

Kak Ton menyengih.

"Kenapa yang boleh jadi begini?" Soal Kak Ton lagi.

"Jatuh. Kak Ton jangan sesekali buka mulut beritahu Mummy ya! Nanti dari siang sampai ke malam bebelannya...."

"Kenapa ni?" Tiba-tiba ada suara menegur.

Alamak! Arissa pantas bangkit berdiri. Kapas yang sudah dibasahkan dengan Dettol dan digunakan untuk membersihkan luka segera disembunyikan ke belakang.

"Tak ada apa-apa. Kan, Kak Ton?" Arissa umpan Kak Ton untuk membantunya menutup apa yang terjadi.

"Errr.. Ha'ah." Kak Ton tergagap terus. Pantas dia bangkit dan berlalu ke dapur, seolah faham maksud pandangan Arissa.

"Bak sini abang tengok." Lengan Arissa sudah disambar Zhariz. Macamlah dia tak nampak dan tak dengar. Nak menipu, tak agak-agak.

"Kenapa ni?"

"Jatuh..." Tangan Zhariz ditolak. Dia sudah terasa lain apabila ada sentuhan dalam keadaan yang rapat begitu.

Duduk dilabuhkan kembali dan pura-pura sibuk menilik siku yang tercalar tadi. Alang-alang lelaki ini dah tahu, baik tunjuk terus, tak payah sembunyi-sembunyi.

"Macam mana boleh jatuh?" Suara itu kedengaran lagi.

Arissa mendongak. Wajah Zhariz ditenung tajam.

"Boleh tak kalau tak banyak tanya? Orang tengah sakit ni."

"Mari sini abang tolong." Zhariz sudah menarik kerusi dan diletakkan di sebelah tempat Arissa sedang duduk.

"Eh! tak payah! Orang boleh buat sendiri." Arissa larikan lengannya.

"Degil macam ni yang abang tak suka."

"Kalau abang tak suka, apa orang boleh buat."

"Mulut jaga sikit, kang menyesal tak sudah."

Arissa kerut kening.

"Bak sini Dettol tu."

"Isk! Orang ada dua tangan laaa..." Arissa masih enggan. Bukan mahu berdegil tetapi dia kurang selesa.

Dia cuba bangkit tetapi lengannya ditarik dan dia kembali terduduk. Belum sempat bergerak, dua lutut Zhariz sudah mengepung kedua-dua lututnya dan dua lengannya dipegang kejap membuatkan dia tak mampu bergerak ke mana-mana.

"Nak bagi atau nak abang paksa." Zhariz main aci ugut.

Terkejut dengan tindakan Zhariz yang sangat berani itu, Arissa pantas mengangguk. Situasi begini bukan tidak pernah berlaku, rasanya sudah acap kali. Kalau sebelum ini dia selesa saja tapi Zhariz mengaku bercinta dengan Ryana dan selepas peristiwa di London dulu, segalanya jadi canggung.

"Arrgghhh! Sakittttt...." Arissa menjerit tetapi suaranya seakan merengek apabila Zhariz menekan tempat luka dengan kapas yang dibasahi dettol.

"Sikit aje ni. Tahan sekejap." Suara nada memujuk yang keluar dari bibir Zhariz buat Arissa terpana. Rasa sakit terus lesap entah ke mana. Yang ada hanyalah rasa debar yang maha panjang.

"Jadi perempuan, kena tahan rasa sakit. Esok-esok kalau beranak, sakitnya berpuluh kali ganda."

Arissa angkat kepala memandang wajah Zhariz yang bersahaja.

Apa kes tetiba timbul soal beranak pulak ni? Wajah Zhariz yang sedang tekun membersihkan luka di sikunya dipandang lama. Dari bibir yang sentiasa tersenyum naik ke hidung yang terletak cantik. Kemudian ke mata yang menggoda dan alis yang indah.

Tiba-tiba, Zhariz angkat wajah dan sinar mata itu buat jantung Arissa seperti gagal berfungsi beberapa saat.

Oh! Tidakkkkk...

"Mmm.. kalau.. macam tu, tak mahu beranaklah!" Ayat tak berapa cerdik itu keluar dari bibir Arissa tanpa diduga oleh akalnya.

"Tapi, abang nak anak. Kalau boleh empat orang, dua lelaki dan dua perempuan."

Eh?

Mata Arissa mengecil. Dia jadi blur sekejap mendengar ayat Zhariz.

Apasal pula bercerita tentang anak dengan dia? Cakaplah dengan Ryana.


Isk! Mulut ni pun suka menderhaka. Otak fikir lain, mulut cakap lain.

"Risa beranakkan anak abang boleh?" Zhariz sudah bangkit berdiri, mengemas peralatan first aid kit di atas meja.

Mata Arissa terkelip-kelip. Soalan apakah itu?

Wajah Zhariz nampak bersahaja, tidak pula menunjukkan yang dia sedang bergurau.

Nafas Arissa jadi tertahan. Jantung seperti sedang bekerja keras untuk mengepam darah yang tiba-tiba mengalir dengan laju.

YANG LUAR BIASAWhere stories live. Discover now