BALA!
"Kak Yana..." Arissa toleh ke kanan.
Wajah Zhariz nampak bersahaja, selamba tanpa riak. Kenapa dia pula yang rasa macam tertangkap main kayu tiga dengan tunang orang?
"Turunlah. Tengok abang macam tu kenapa?"
Arissa pusing wajah kembali memandang ke depan, ke arah Ryana yang masih tercegat di depan pintu.
Zhariz sudah pun melangkah keluar dari kereta tetapi Arissa masih teragak-agak di situ.
Nak turun ke tak nak?
Apabila Zhariz membongkokkan badan menjenguk ke arahnya, barulah Arissa cepat-cepat membuka pintu kereta. Nak patah balik dah tak boleh, redah ajelah.
"Ooo....I ajak keluar you cakap malas. Usung perempuan ni ke hulu ke hilir rajin pula?" Sinis sekali suara Ryana 'menyambut' tunangnya pulang. Macamlah dia berada di rumah sendiri.
"Yana, kot ya pun nak meroyan, tunggu I masuk dalam rumah dulu." Balas Zhariz, masih dengan gaya tenangnya.
"And one more thing....perempuan yang you sebut tu adalah adik you. Kalau you lupa, nama dia Arissa." Sambung Zhariz lagi seakan menyindir.
Kemudian, dia toleh ke wajah Arissa yang nampak takut-takut melangkah di belakangnya.
"Masuklah Rissa." Jemput Zhariz sambil beralih ke tepi, memberi ruang agar Arissa masuk ke dalam rumah.
"Heh!" Lengan Arissa yang baru mahu melangkah masuk ditarik Ryana.
"Aku nak cakap dengan kau sikit."
"Ryanaaa!!" Suara Zhariz sudah meninggi. Dia memang tak senang melihat Ryana melayan Arissa sekasar itu.
"You jangan campur Rizzz. Ini urusan I adik beradik." Ryana mencerlung pada Zhariz.
Haih! Ni kalau dah kahwin, sah sah jadi queen control.
"Kau perempuan! Dah tak ada jantan lain ke sampai tunang kakak sendiri pun nak mengendeng?" Bahu Arissa ditolak kasar sehingga terundur beberapa langkah ke belakang.
"Ryana!!! You jangan sesekali berani berkasar dengan dia." Zhariz sudah berdiri di tengah-tengah, menghalang Ryana dari bertindak lebih kasar lagi terhadap Arissa.
Sejak dulu, dia memang pantang kalau ada yang berkasar dengan Arissa mahupun adiknya, Zalia.
"Baik you balik sekarang!!" Tegas suara Zhariz 'menghalau' si tunang.
Arissa yang melihat situasi tersebut jadi serba tak kena. Dia mahu berundur untuk pulang tetapi bagaimana dia mahu pulang kalau datangnya ke situ pun dengan Zhariz. Nak tak nak dia harus tunggu lelaki ini juga untuk pulang.
"You halau I Rizzz?" Suara Ryana berubah nada, seakan mahukan simpati si tunang.
"Sayang sangat you pada dia yer, sehingga sanggup ketepikan I?" Kali ni nadanya berubah lirih.
Huh! Drama queen sungguh!

YOU ARE READING
YANG LUAR BIASA
SachbücherPertunangan Zhariz dengan Ryana buat Arissa akur yang dia hanyalah seorang adik di mata Zhariz. Apatah lagi bila Zhariz mengaku bercinta dengan Ryana. Ryana itu kakaknya, bermakna Zhariz itu bakal abang iparnya. Tapi peliknya, makin hari perlakuan Z...