Teaser Bab 8

2.1K 48 1
                                    


 "Adam.. Rissa datang dengan I. So, kalau nak cakap apa-apa, boleh cakap depan I." Zhariz yang menjawab bagi pihak Arissa.

"You ni siapa dengan Arissa sebenarnya?" Nada tak puas hati sudah keluar dari bibir Adam.

Arissa mula tak senang duduk. Dia tahu, sejak dulu lagi, sejak dia mula rapat dengan Adam, Zhariz itu seperti satu gangguan buat Adam. Setiap kali Zhariz muncul melawatnya, Adam jelas nampak tak suka.

"She's my cousin, that's for sure." Zhariz senyum. Pandangan ditala pada Arissa di sebelahnya.

"And... for sure, kami juga masih sah nikah."

Arissa buntang mata. Tak percaya Zhariz boleh keluarkan ayat tersebut. Dah namanya sepupu, memanglah sah nikah. Kalau tak, takkanlah boleh bertunang dengan Ryana.

"I tahu sah nikah. Tapi you dah bertunang dengan kakak Rissa kan?"

Zhariz hanya senyum mendengar soalan balas Adam. Soalan yang kedengaran sinis di telinga Arissa.

"Well... tunang tak semestinya harus nikah, Adam."

Semua yang ada di situ terus terdiam mendengar kenyataan Zhariz. Arissa sendiri, jadi tak senang duduk. Terfikir apa sebenarnya yang mahu Zhariz sampaikan? Kalau tak nak nikah, buat apa bertunang dan beri harapan?

Lagi satu, bukankah Zhariz sendiri yang mengaku mencintai Ryana?

"Okey! I tak nak tahu tentang semua tu. Sekarang I anggap you abang sepupu Rissa. Jadi, I nak beritahu you, I nak lamar Rissa untuk jadi isteri I."

YANG LUAR BIASAWhere stories live. Discover now