Part 2~handphone

1.6K 59 0
                                    

DEANAREES tersenyum bangga sambil peluk erat trofi kecil yang dimenanginya tadi. Siapa sangka, luahan hati dia dapat tempat pertama. Padahal dia rasakan isi kandungannya poyo yakmat!

"Trofi tu bukan milik awak. Jadi jangan bawa balik. Ia milik Sri Dahlia sebab awak sertai aktiviti tu dalam waktu sekolah." Suara Sir Eiden bergema kat sebelah. Datar dan tegas seperti biasa.

"Baik, sir." Hilang terus senyuman kat bibir Deanarees. Dia baru nak bangga kat semua orang. Nampaknya dia perlu swafoto banyak-banyak dengan trofi tu.

Lalu telefon bimbit dia keluarkan dan mulalah Deanarees berswafoto tahap tak ingat dia kat mana.

"Siapa benarkan awak bawa telefon ke Sri Dahlia?"

Kan dah kena jerkah. Nyaris telefon tak terlepas dari tangan.

"Er... maaf, sir." Tergugup gagap Deanarees mohon maaf. Telefon segera disorokkan kat dalam saku blazer. Bimbang kalau-kalau kena rampas.

"Bagi saya telefon tu." Sir Eiden hulurkan tangan. Sebelah lagi tangan dia sedang pegang stering kereta.

"Tak boleh phone and drive, sir." Deanarees cuba buat lawak bodoh.

"Saya kata, bagi telefon tu pada saya sekarang!" Satu-satu perkataan tu diucapkan dengan nada garang bukan main.

Deanarees telan air liur. Bagaimanalah dia boleh terperangkap dengan Sir Monster ni? Ha... kan dah dapat nama jolokan baru.

Dengan berat hati, Deanarees keluarkan telefon bimbitnya yang bersarung warna pink glitter dan letakkan atas tangan Tuan Pengetua.

Telefon tu Sir Eiden simpan dalam saku seluar dia pula. Alamak! Macam mana nak ambil balik?

"Lepas tamat waktu sekolah baru ambil balik telefon ni."

Berat kepala Deanarees nak mengangguk. Mujur Sir Eiden nak pulangkan. Kalau dia buat harta terus, apa dia nak jawab pada mama dan ayah nanti? Memang salah dia sebab bawa telefon bimbit ke sekolah.

"Sir... tak ada kekecualian pada pelajar F6 ke?" Deanarees beranikan diri bertanya.

"F6 ke F1 ke... selagi kamu masih pakai seragam Sri Dahlia, peraturan tetap kena ikut. No handphone for students at Sri Dahlia's compound!"

Hamik! Kan kena sebijik. Sia-sia aje Deanarees kena marah percuma hari tu. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Apalah malang nasib dia hari tu. Sudahlah kena cekup dengan Sir Eiden.

Terpaksa jalani hari yang sepatutnya menggembirakan tu dengan Sir Eiden. Kalau dia pergi sendirian tadi, tentu banyak lagi aktiviti yang boleh dia sertai. Malangnya, Sir Eiden izinkan dia sertai program tu separuh hari saja.

Tengah hari tu, dia perlu kembali ke Sri Dahlia untuk duduk dalam kelas tahanan sebab ponteng tanpa kebenaran.

Kereta yang dipandu Sir Eiden masuk ke pekarangan Sri Dahlia, sebuah sekolah persendirian yang mempunyai dua sistem pendidikan iaitu kebangsaan dan antarabangsa. Sebaik saja kereta berhenti di tempat letak kereta berbumbung yang dikhaskan, Deanarees terus keluar. Mujur ketika tu tak ramai pelajar yang berkeliaran kat luar kelas.

Kalau tak, pasti semua warga Sri Dahlia akan pandang serong kat dia. Baru beberapa langkah diatur, Deanarees terdengar namanya dipanggil. Perlahan-lahan dia menoleh.

Alamak! Bala lagi. Dia terus urut dahi.

Ketua Pelajar Sri Dahlia, Syed Casper tersenyum sinis pandang dia.

"Casper, kamu pastikan lepas tamat waktu sesi pagi, Deana akan berada di kelas tahanan. Don't leave her alone." Lepas berikan arahan, Sir Eiden berjalan menuju ke pejabatnya di bangunan Pentadbiran Sri Dahlia.

Lepas dah agak jauh Sir Eiden tinggalkan mereka, barulah Syed Casper bersuara, "Kau buat apa lagi, Dea? Macam mana boleh tertangkap? Buat malu keturunan aje!"

Setepek Syed Casper mengutuk Deanarees. Muka Deanarees berubah bengang. "Aku pergi join program tu la. Mana tau dia baru sampai tadi. Memang bala hari ni." Dia mula berjalan menuju ke kelas.

"Macam mana tadi? Kau menang ek? Aku nampak Sir bawa trofi tu tadi." Sikap dan nada suara Syed Casper berubah mesra. Kat depan Sir Eiden tadi memanglah dia harus serius dan tegas.

Deanarees tersengih. "Tempat pertama. Bongok tak? Padahal aku tulis entah apa-apa. Agaknya MC tu suka kat Sir. Tu yang dia bagi aku menang.... hahahaha."

Panjang gelak ketawa Deanarees bila terkenangkan reaksi Pengacara Majlis yang bagai malu-malu bila bergambar ramai-ramai bersama para pemenang tadi. Kebetulan dia dapat berdiri kat sebelah Sir Eiden. Bukan main merah lagi kulit muka si beluncas tu.

"Kau nak aku tunggu sekali ke dalam kelas petang ni?" tanya Syed Casper tika mereka menaiki tangga menuju ke kelas F6 Bistari. Kelas kedua daripada dua kelas F6 Semester 1 di sekolah tu.

"Tak payahlah. Macam aku nak lari. Handphone aku ada kat Sir." Panjang muncung Deanarees kenangkan telefonnya dah kena rampas.

"Weih!" Tiba-tiba Syed Casper memekik kuat.

Terkejut Deanarees dibuatnya.

"Habislah!" Syed Casper kalut sekejap. "Mesti ramai yang WhatsApp kau tadi nak tau pasal pertandingan tu."

Wajah Deanarees bertukar cuak. "Habislah! Dia tiru kata-kata Syed Casper sebentar tadi.

Belum sempat mereka nak berikan amaran, terlebih dahulu suara Sir Eiden bergema di corong pembesar suara.

"Ajax, Kaed, Niloofa, Mirza... dari kelas F6 Bistari datang ke pejabat saya sekarang!"

Syed Casper dan Deanarees saling berpandangan. "Habislah!" Kata mereka hampir serentak.

Sir Monster [Published]Where stories live. Discover now