DAN seawal pagi tu, lepas loceng waktu pertama berbunyi, nama Deanarees bergema kat corong pembesar suara. Disebabkan dia tak serah diri pagi tadi, maka dia kena seru mengadap Sir Eiden.
Mulalah terdengar usikan, sorakan, ejekan, tak kurang juga sumpah seranah rakan sekelas berjantina perempuan terhadapnya. Mereka cemburu sebab dia selalu berpeluang mengadap Sir Eiden.
Deanarees cuma pamer muka 'ada aku kisah' tiap kali terpandang ke arah rakan sekelas yang menjeling ke arahnya.
"Kau buat apa pulak kali ni, Dea?" Tiba-tiba Syed Casper muncul kat sebelahnya tika dia berjalan di koridor menuju ke pejabat Tuan Pengetua.
"Aku maki hamun dia." Selamba Deanarees jawab.
Terkejut muka Syed Casper. "Kau ni agak-agaklah nak buat onar pun. Yang kau hamun tu, Pengetua Sri Dahlia tau tak."
"Aku tak tau pun yang tu dia. Ingatkan si Lucas tu yang sengaja kenakan aku." Deanarees mengaku. Memang dia tak sengaja pun nak berkasar semalam. Memang dia ingat Lucas sengaja nak bahan dia.
"Kau dan Lucas dah berkawan ke?" Syed Casper pandang Deanarees dengan riak curiga. Ada nada kurang senang pada suara Ketua Pengawas tu.
"Belum kawan lagi. Tapi baru nak berkenalan." Tersipu-sipu malu Deanarees buat pengakuan kedua.
"Tak payahlah kawan dengan dia. Bad boy tu." Syed Casper berikan ingatan. Dia kurang gemar dengan lagak Lucas yang selalu menunjuk-nunjuk kekayaan keluarganya semata-mata nak tarik perhatian rakan-rakan perempuan.
"Aku memang suka bad boy!" Deanarees buat kenyataan sambil tolak pintu kaca ke Pejabat Pengetua.
Syed Casper tak ikut masuk. Dia hanya pandang menerusi pintu kaca ke arah Deanarees yang sedang bercakap dengan kerani pejabat Pengetua. Perlahan-lahan Syed Casper dongak pandang CCTV. Habislah Deanarees kalau kata-kata dia tadi didengari oleh Sir Eiden melalui CCTV. Habis kena bebel kejap lagi.
Deanarees ketuk pintu kaca bilik Tuan Pengetua lepas kerani pejabat suruh dia berbuat demikian. Suara Sir Eiden suruh dia masuk, jelas kedengaran. Teragak-agak Deanarees masuk. Dia pandang kiri dan kanan cari kelibat Sir Eiden. Tapi orangnya tak kelihatan pula.
"Apa yang awak terjengah-jengah tu? Cari apa?" Sir Eiden tutup pintu almari.
Ooh... rupa-rupanya dia kat balik pintu almari. Patutlah Deanarees tak perasan tadi. Dia berdiri tegak depan meja Sir Eiden, tayang muka selamba. Kalau sebelum ni dia akan selalu tayang muka polos dan takut-takut, tapi lepas kejadian hari tu, memang tak lah dia nak pura-pura lagi.
Sir Eiden duduk kat belakang mejanya lepas ambil beberapa fail yang tebal-tebal dari dalam almari.
"Were you expecting someone to send messages to you last night? A certain bad boy, maybe?"
Kata-kata sinis penuh sindiran Sir Eiden bagaikan libasan pedang mengiris hati Deanarees. Terus berfalsafah dia lepas dengar kata-kata tu. Cuping telinga rasa panas.
"Sir nak apa panggil saya ni?" Suara Deanarees mendatar. Langsung tak ada nada hormat seperti sebelum ni.
Sir Eiden angkat kepala pandang pelajar di depannya. Disebabkan kejadian hari tu, pelajar tu terus berubah laku terhadapnya. Melampau sangat ke tindakan dia merampas telefon Deanarees? "Apa yang awak cakap pada saya tu, sangat melampau. Awak tak patut maki hamun cikgu awak apatah lagi seorang Pengetua. Dan tentunya lebih tua daripada awak."
Dah mulalah nak bebel! Hati Deanarees rasa panas terbakar. Sakit kepalanya tiba-tiba.
"Sir... saya datang kat sekolah, bukan datang nak kena bebel. Saya nak belajar. Walau apa pun yang saya tercakap kat Sir hari tu dan malam tadi, saya minta maaf. Tapi saya tak kesal sebab saya rasa Sir dah melampau. Tolong jangan bebel kat saya lagi. Tak sudi nak dengar!"
Tanpa tunggu jawapan balas SirEiden, Deanarees terus keluar. Lega dada dia dapat luahkan rasa marah. Lepas nidia yakin Sir Eiden tak akan berani nak membebel kat dia lagi.
YOU ARE READING
Sir Monster [Published]
RomanceDengan tabah, dia kutip kesemua sampul. Dalam banyak-banyak sampul berbau harum tu, ada sekeping kad berwarna hitam. Tulisan pada atas kad berwarna merah. Terang dan besar tertulis: I HATE YOU, MONSTER! Deanaress tak pernah minta untuk jadi popular...