GEMENTAR pulak dia rasa nak berdepan dengan Sir Eiden kat luar waktu sekolah. Rasa janggal. Ni semua Syed Casper punya idea. Dari set tadi, dia terus bawa Deanarees ke rumah Sir Eiden.
"Wei... tunggu lusa ajelah... kat sekolah." Deanarees keraskan badan tak nak keluar dari kereta. Syed Casper dah pun keluar dari kereta yang dipandu oleh pengawal peribadi Ea.
"Ea... borang tu urgent kan?" Syed Casper tak pedulikan Deanarees. Dia tumpu perhatian kepada Ea."Yup. Urgent." Tanpa jeda, Ea jawab.
Muka Deanarees berkerut. Dia rasa Ea macam sengaja nak kenakan dia. Ea tahu betapa dia tak suka kena mengadap Sir Eiden.
"Abes nanti... aku nak balik cemana?" Deanarees masih nak beralasan.
Belum sempat Ea nak buka mulut, Syed Casper bersuara dulu. "Aku hantar." Dia hulur tangan pada Deanarees. "Cepatlah. Ea ada appointment lain tu."
Dengan berat hati, terpaksa Deanarees akur. Lagipun dia tak mahu ganggu jadual Ea. Tadi pun pengurus Ea dah ingatkan supaya jangan lama-lama sangat. Seolah-olah pengurus dia kurang senang dengan perhatian Ea padanya. Tahulah yang Deanarees ni menyibuk. Masalahnya, bukan dia yang nak. Ea sendiri yang beria layan dia sungguh-sungguh. Kereta yang Ea naiki meluncur laju meninggalkan Deanarees dan Syed Casper kat pekarangan sebuah kondominium mewah.
"Ni rumah Sir ke?" Deanarees mendongak memandang bangunan tinggi tu. Sakit lehernya mendongak lama-lama.
"Jom." Tanpa jawab soalan Deanarees, Syed Casper melangkah masuk ke lobi.
"Wei!" Deanarees tarik lengan Syed Casper. "Tak kan nak terjah aje rumah dia? Segan aaa." Bukan segan sebenarnya. Tapi takut. Janggal. Pelik. Jelik!
"Siapa kata kita nak pergi rumah dia?" Syed Casper toleh pandang Deanarees. Riak wajahnya jengkel. "Sir tunggu kita kat coffee house." Lalu dia berjalan dulu tinggalkan gadis tu.
Deanarees ketap gigi. Sikap Syed Casper ni kan kadang-kadang dah macam Sir Monster. Sinis. Beku. Menyampah! Langkah dihayun paksa mengekori Syed Casper.
Langkah Deanarees terhenti sebaik saja keluar dari lobi. Kakinya terpaku. Matanya merenung ngeri ke arah kolam yang terbentang luas dari hujung sini ke hujung sana. Dan untuk ke coffee house yang dimaksudkan oleh Syed Casper tadi, dia perlu melalui jalan yang agak sempit yang diapit oleh dua buah kolam. Pemaju kondo ni memang sengaja nak biarkan orang terjatuh secara tak sengaja dalam kolam ke? Laluan tu muat-muat untuk dua orang. Kalau tak hati-hati, memang boleh berdebur ke dalam.
Dan paling malang, hari tu dia pakai skirt bawah paras lutut dan blaus nipis. Kalaulah terjatuh dalam kolam....
"Dea..." Syed Casper toleh ke belakang. Dia terkejut bila gadis tu tak ada. Melilau matanya mencari Deanarees. Bila dia terlihat gadis tu terpaku kat pintu, barulah dia mengerti. Deanarees fobia pada kolam! Bagaimanalah dia boleh lupa?
Lalu dia patah balik dan dapatkan gadis tu. "Sorry. Jom." Dia capai pergelangan tangan Deanarees."Wei... aku takutlah..." Deanarees keraskan badan. Tak nak jalan ikut Syed Casper. "Tak boleh ke Sir jumpa kita kat lobi aje?"
"Aku ada ni. Kau tak kan jatuh." Syed Casper tepuk-tepuk belakang tangan Dea, nak tenangkan perasaan gundah gadis tu. Perlahan-lahan dia atur langkah. Mujur Deanarees nak mengikut.
Deanarees berjalan takut-takut. Makin kuat dia paut lengan Syed Casper. Rasa nak pejam mata. Tapi kalau dia pejam mata, silap langkah, dia juga yang susah.
Tiba-tiba dua orang kanak-kanak berlari ke arah mereka. Bulat mata Deanarees. Cemana nak elak ni? Laluan tu sempit.
"Cas!" Deanarees terjerit. Matanya terpejam rapat sambil sembunyikan badan belakang Syed Casper. Lengan lelaki tu dia paut makin erat.
Syed Casper tergelak. Tercuit hatinya dengan gelagat Deanarees. Takut betul Deanarees dengan kolam. "Undur belakang sikit. Bagi mereka lalu," suruh Syed Casper.
"Nanti jatuh!" Deanarees keraskan badan. Tak nak undur ke belakang. Mujur juga dia pakai kasut tapak rata. Kurang kemungkinan nak terpelecok dan tergelincir.
"Tak." Syed Casper terpaksa tarik tangannya yang dipeluk erat oleh Deanarees. Dia nak alihkan tangan ke belakang badan gadis tu.
Disebabkan perbuatannya, Deanarees jadi gelabah sebab hilang tempat berpaut. Akibat panik, dia terus peluk Syed Casper dari belakang.
"Dea!" Merah muka Syed Casper menahan malu. Dah la mereka tengah berdiri kat tengah-tengah alam. Ramai yang jadi saksi.
Dengan pantas, dia pusingkan badan dan paut pinggang Deanarees. Dia langkah ke belakang bawa Deanarees sekali dan berikan ruang kepada dua orang kanak-kanak yang sedang berlari tu lalu.
Deanarees menjeling geram. Tak pula budak-budak tu tergelincir dan jatuh ke kolam dewasa. Kalau jatuh, memang padan dengan muka. Kat kawasan ni pun nak berlari-lari. Kat manalah mak bapak mereka? Boleh dibiarkan budak-budak tu berlari menyusahkan orang! Rungut Deanarees geram. Dia memang benar-benar seriau tadi. Kalaulah jatuh...
YOU ARE READING
Sir Monster [Published]
RomanceDengan tabah, dia kutip kesemua sampul. Dalam banyak-banyak sampul berbau harum tu, ada sekeping kad berwarna hitam. Tulisan pada atas kad berwarna merah. Terang dan besar tertulis: I HATE YOU, MONSTER! Deanaress tak pernah minta untuk jadi popular...