DEANARESS lepaskan keluhan lega sambil duduk kat atas kerusi rotan. Kakinya masih terketar gara-gara kejadian tadi.
Syed Casper biarkan Deanarees bertenang dulu. Dia hampiri kaunter minuman dan pesan dua botol air mineral.
Deanarees buka mata setelah perasaannya kembali tenang. Matanya memandang ke arah kolam yang sangat luas dan mengerikan tu. Agak ramai juga penghuni kondo yang menghabiskan hari cuti bersenang-lenang berenang kat kolam.
Ada juga yang sedang bersenam kat jim sebelah kolam. Deanarees perhatikan seorang lelaki sedang berenang gaya perenang Olimpik. Alangkah bagusnya kalau Deanarees mampu berenang sebaik itu. Tak perlulah dia nak fobia tak tentu pasal tiap kali nampak kolam. Mujur dia tak fobia dengan pantai dan laut. Tapi kalau naik bot, mungkin dia akan takut sebab terapung atas air. Macam-macamlah dia ni. Deanarees sendiri tak suka dengan kelemahan dirinya. Tapi apa boleh buat? Bukan dia sendiri yang suka-suka nak takut pada kolam. Lepas kejadian hampir lemas dulu, dia memang tak jejak lagi dewan renang.
Lelaki yang dia lihat tadi, tiba di pinggir kolam. Perlahan-lahan dia keluar dari kolam menggunakan tangga. Perghhh... nice body. Dada bidang. Muscular. Tapi tak terlalu buff. Tak ada chocolate abs pun masih seksi.
Dan mujur dia pakai swimming pants separas lutut. Bukan swimming trunk atau thong. Kalau tak, seksa mata Deanarees dibuatnya.
Deanarees alihkan pandangan ke arah muka lelaki tu. Errrkkkkk! Sir Eiden! Apakahhhhh? Rasa nak meletop jantung. Mukanya terus jadi merah padam macam udang kena bakar. Spontan Deanarees alihkan pandangan dan renung lantai tempat dia berpijak.
Otak dia dah pervert. Dah tercemar gara-gara terfikir yang bukan-bukan tadi. Kalaulah dia tahu lelaki tu Sir Eiden, dia tak kan pandang sungguh-sungguh. Menyesal dia tengok tadi. Ni kalau Sir Eiden berenang tak pakai baju macam ni kat kolam Sri Dahlia, mahu ramai pelajar perempuan yang akan dikejarkan ke hospital sebab terkena serangan jantung.
Syed Casper letakkan dua botol air mineral kat atas meja bulat sebelah Deanarees."Dea... minum." Dia pelawa gadis yang menunduk kepala tekun pandang lantai. Entah apa yang dibeleknya? Nampak bersungguh.
Deanarees angkat kepala. Tapi tak terus pandang depan. Sebaliknya dia toleh ke arah Syed Casper. Pura-pura selamba capai botol air mineral. Ishh... apahal ketat pula penutup botol ni? Selalunya sekali pusing aje dah boleh terputar. Baru aje nak minta tolong kat Syed Casper, lelaki tu dah bangun. Entah ke mana dia nak pergi?
Maka bergelutlah Deanarees nak buka penutup botol air. Bongok punya botol. Dah kenapa tiba-tiba buat perangai memalukan macam ni?
Dengan geram, dia hempas botol sejuk tu kat atas meja. Tak sudi nak minum walaupun tekak dah kering. Deanarees toleh ke arah lain. Tak sudi nak menatap botol yang dah menyakitkan hatinya.
Dia pandang semula ke arah kolam. Mujur Sir Monster dah tak ada kat situ. Kalau tak, tenung ajelah lantai menggerutu kat kaki dia ni.
"Deana."
Sebotol air mineral yang dah terbuka penutupnya tersua kat depan Deanarees. Terkejut sekejap. Pantas dia menoleh. Letupan gunung berapi kat dadanya tak jadi nak meletus. Sir Eiden dah pakai t-shirt. Tapi masih lagi pakai swimming pants. Kurang sikit seksa.
YOU ARE READING
Sir Monster [Published]
Любовные романыDengan tabah, dia kutip kesemua sampul. Dalam banyak-banyak sampul berbau harum tu, ada sekeping kad berwarna hitam. Tulisan pada atas kad berwarna merah. Terang dan besar tertulis: I HATE YOU, MONSTER! Deanaress tak pernah minta untuk jadi popular...