PASUKAN penyelamat yang tiba segera menjalankan pemeriksaan dan rawatan pada Deanarees. Bila mereka sahkan pelajar tu tak berada dalam bahaya, semua orang menarik nafas lega. Madam Ling meminta supaya Deanarees direhatkan kat bilik rawatan sementara menunggu dia tersedar. Selepas Deanarees diusung keluar dari dewan renang, pelajar-pelajar yang berkumpul mula bersurai.
Syed Casper yang tiba-tiba muncul kat sebelah Sir Eiden hulurkan sesuatu kepada lelaki tu. Telefon milik Deanarees yang dah meninggal dunia.
"Tolong periksa CCTV. Pastikan yang kejadian ni memang kemalangan dan bukan perbuatan khianat." Dia berbisik pada Ketua Pengawas itu.
Syed Casper angguk dan terus jalankan tugas yang diberikan. Kaed, Mirza dan Ajax pantas mengekori Syed Casper.
"What's up, bro? Main bisik-bisik dengan Sir." Mirza menyaingi langkah Syed Casper.
"Korang fikir?" Syed Casper jawab dengan soalan juga.
"Ada orang khianat kat Dea kan?" Ajax meneka.
"Sir suruh pastikan." Syed Casper tolak pintu bilik keselamatan setelah memasukkan kod akses yang hanya dia, Tuan Pengetua, guru disiplin dan guru hal ehwal murid saja yang tahu.
Pengawal keselamatan yang bertugas terkejut melihat kemunculan sekumpulan pelajar tu. Bila dia nak halang Ajax, Mirza dan Kaed masuk, Syed Casper segera menghalang.
"Tak apa. Mereka dengan saya." Syed Casper tunjuk ke arah ketiga-tiga rakan-rakannya. "Boleh saya tengok rakaman kat dewan renang sejam yang lalu," Syed Casper buat permintaan.
Maka pengawal yang bertugas kembali duduk kat tempatnya dan mula mencari rakaman tersebut.
"Sah sah pak guard ni makan gaji buta. Dea jatuh dalam kolam pun dia tak sedar," bisik Mirza. Matanya meliar melihat keadaan dalam bilik rakaman CCTV yang sejuk macam bilik mayat tu.
"Pak guard ni membuta aku rasa. Kau tengok tu... selimut kat bawah meja." Ajax tunding dengan jari yang tersembunyi sebab tak mahu pengawal keselamatan tu sedar yang mereka bertiga memerhati.
"Apa nak jadilah sekolah ni. Fasiliti taraf elit. Tapi..." Kaed menggeleng, menyesali keadaan.
Syed Casper yang terdengar rakan-rakannya mengumpat kat belakang, segera toleh. Kecik aje matanya pandang mereka sambil gigi diketap. Sedap sungguh mereka mengutuk ya.
Terpisat-pisat ketiga-tiga pelajar lelaki yang bersandar pada dinding tu dek kena renung dengan tajam oleh Ketua Pengawas. Kalau tak kerana mereka kawan Deanarees, memang tak lah Syed Casper nak bagi mereka tu ikut masuk ke sini.
"Tengok tu!" Suara Mirza tiba-tiba kuat. Dia terus dekati skrin. Jari tunding pada rakaman yang terpapar kat skrin. "Ada orang sengaja tolak Dea supaya handphone dia jatuh. Dan...." Sengaja Mirza diam untuk berikan rakaman tu bercakap sendiri menerusi tayangan seterusnya.
"Cuba zoom. Tak nampak jelas muka budak tu," arah Syed Casper.
Pengawal keselamatan menggerakkan tetikus dan klik beberapa kali untuk membesarkan paparan yang telah dipegunkan.
"Budak ni bijak. Dia pakai hoodie. Memang la susah nak nampak muka," keluh Ajax kecewa.
"Nak buat jahat kenalah bijak. Kalau bodoh, pak cik ni pun boleh tangkap dia." Kaed menyindir. Sengaja nak panaskan hati pengawal keselamatan yang tak jalankan tugas sepatutnya tu.
Tapi pengawal keselamatan tu diam aje tak membalas. Syed Casper perhati dari ekor matanya. Muka pengawal keselamatan tu nampak serba salah. Seperti takutkan sesuatu. Mungkin dia takut Tuan Pengetua marah sebab tertidur masa jalankan tugas agaknya.
"Emel rakaman ni kat Tuan Pengetua." Dia bagi arahan. Kemudian dia keluar dari bilik sejuk tu. Rakan-rakan yang lain pun ikut sama.
"Aku rasa budak tu perempuan." Mirza keluarkan teori.
"Sebab?" Ajax menyoal balas.
"Dea mana ada musuh kat sekolah ni melainkan pelajar perempuan." Mirza kukuhkan dakwaannya.
"Motif?" Ajax masih tak faham maksud Mirza.
Mirza lepaskan pandang ke arah bangunan pentadbiran. "Siapa kat sekolah ni yang menjadi kegilaan budak-budak perempuan?" Dia bagi teka teki pulak.
"Hurmmm..." Panjang keluhan Kaed yang berdiam sejak tadi. "Tuan Pengetua!"
"Dan siapa yang selalu menjadi perhatian Tuan Pengetua?" Mirza lempar soalan lagi dengan nada profesor serba tau.
"Dea!" Ajax dan Kaed menjawab serentak
Syed Casper yang selama ni gigih jadi pemerhati tiga pelajar membuat penyiasatan tu, terpempan. Sungguh dia tak sangka sampai begini jadinya. Tentu Tuan Pengetua terkejut dan kecewa.
"Just keep all these to yourself. Penyiasatan ni belum konklusif lagi." Syed Casper bercakap seperti orang dewasa.
"Aye, aye sir head prefect!" Mirza beri tabik hormat. Sengaja nak usik Syed Casper.
Tanpa pedulikan usikan berbau sindiran tu, Syed Casper segera beredar.
"Korang rasa... Tuan Pengetua tu dengan Dea..." Mirza belum habis lagi bagi teka teki.
"Jangan merepeklah!" Kaed tepis teori Mirza. "Tuan Pengetua hanya jalankan tugas dia. Dea kan suka cari pasal sejak kebelakangan ni. Mana ada pelajar perempuan yang berani macam dia curi-curi keluar masa waktu persekolahan. Dua kali pulak tu dia buat."
"Kita pun tak berani buat." Segan pula Ajax nak mengaku. Dia memang nakal tapi belum sampai lagi akal fikiran dia nak curi keluar dari Sri Dahlia masa waktu belajar.
Kalau masa zaman menengah rendah tu, berani juga dia buat sebab masa tu masih budak-budak. Sekarang dah jadi pelajar prauniversiti kot. Memang tak sesuailah perangai macam tu.
YOU ARE READING
Sir Monster [Published]
RomanceDengan tabah, dia kutip kesemua sampul. Dalam banyak-banyak sampul berbau harum tu, ada sekeping kad berwarna hitam. Tulisan pada atas kad berwarna merah. Terang dan besar tertulis: I HATE YOU, MONSTER! Deanaress tak pernah minta untuk jadi popular...