TEPAT pukul 4.30 petang, Syed Casper tunaikan janji. Pintu bilik tahanan dibuka. Di tangannya ada sebuah kotak kertas A4.
"Sila tuntut handphone masing-masing." Dia buat pengumuman sambil berdiri kat tepi pintu.
Sorang demi sorang tahanan keluar dan kutip telefon bimbit masing-masing.
"Sir pesan, kalau dia dapat tangkap lagi korang bawa phone, dia tak teragak-agak pecahkan phone korang. Ada faham?" Syed Casper sampaikan pesanan Tuan Pengetua.
"Semua ni Dea punya pasal. Aku nak tuntut ganti rugi. Caramel Machiato satu. Esok lepas sekolah!" Mirza keluarkan arahan.
"Hek elehhh... aku pulak. Korang kan yang WhatsApp aku dulu." Deanarees terpacak depan Syed Casper sambil jenguk ke dalam kotak. Tapi kotak tu kosong.
"Eh... Cas... mana phone aku?"
"Eh... tak de ke?" Syed Casper menjenguk ke dalam kotak. "Aku tak tau lah mana phone kau. Tadi Sir yang bagi aku kotak ni."
"Adoyai!" Panjang keluhan Deanarees. "Aku tak boleh hidup tanpa phone tu. Semua contacts ada dalam tu. Tak ada back up kat mana-mana." Lemah lutut Deanarees dibuatnya.
"Deana!"
Demi mendengar saja suara tegas tu, kesemua pelajar kelas tahanan cepat-cepat berlalu macam nampak hantu. Kepala tunduk aje lepas tegur Sir baik-baik.
Syed Casper pun beredar tinggalkan Deanarees sorang-sorang mengadap Tuan Pengetua.
Kepala Deanarees tunduk saja menekur lantai bila Sir Eiden berdiri kat depannya.
"Handphone ni bukan segala-galanya. Jangan jadi hamba telefon." Sir Eiden hulurkan telefon bimbit warna pink glitter pada Deanarees.
"Thank you, sir." Deanarees sambut dan angkat kepala sambil ukir senyuman serba tak kena. Panas aje telinga dia kena bebel.
"Awak pakai mekap ke?" Nada suara yang tadinya biasa-biasa, kini naik satu oktaf.
Herks! Alamak! Dia lupa nak lap dengan penanggal mekap tadi. Alahai! Mampos! Terpisat-pisat Deanarees dibuatnya. Tak tahu sama ada nak menafikan ataupun mengiyakan.
"Ini sekolah, Deana. Bukan tempat bersuka ria. Awak ke sini untuk tuntut ilmu. Bukan datang bermain-main. You are a senior student. You're supposed to be a good example to your fellow classmates and juniors."
Memang panas aje telinga Deanarees kena bebel. Lelaki macam ni ke yang dipuja dan dipuji oleh Niloofa? Sesungguhnya dia kurang mengerti citarasa sahabatnya itu.
"I am very dissappointed with you today. Keluar dari kawasan Sri Dahlia tanpa kebenaran. Bukannya Sri Dahlia tak benarkan awak sertai pertandingan tu. Apa salahnya awak buat permohonan pada guru kelas? Dah tentu Madam Camilia tak akan halang. Semua guru-guru tau. Mereka tak akan halang minat awak."
"Kemudian awak tambah lagi satu kesalahan... bawa handphone ke Sri Dahlia. Bagaimana awak nak jadi contoh tauladan pada pelajar junior lain? Dan sekarang... awak pakai mekap bergaya macam umur tu dah dewasa sangat...."
"Shut up!" Deanarees menjerit tiba-tiba. Dia renung muka Sir Eiden dengan perasaan marah membuak-buak. Dia benci orang yang suka membebel. Kat rumah asyik kena bebel. Kat sekolah pun dia harus kena bebel jugak ke? Bukannya besar pun kesalahan yang dia buat. Dia tak pukul orang. Bunuh orang jauh sekali.
"Deana..." Nada suara Sir Eiden berubah. Bukan tegas. Tapi lembut seperti memujuk. Air mukanya juga berubah.
Buat pertama kali, Deanarees nampak ada perasaan pada wajah yang sentiasa dingin tu. Malangnya semua tu tak ada makna buatnya. Rasa benci dan menyampah yang dia rasa sebab kena bebel lebih mendominasi perasaan. Tatkala itu, dia amat bencikan Sir Eiden.
"Sir bukan mak ayah saya.Tak perlu nak bebelkan saya sangat. Saya kenal siapa diri saya. Tak hingin punnak jadi contoh kat sesiapa!" Deanarees berpaling dan terus berlari tinggalkan SirEiden termanggu sendirian.
![](https://img.wattpad.com/cover/204372291-288-k133867.jpg)
YOU ARE READING
Sir Monster [Published]
RomanceDengan tabah, dia kutip kesemua sampul. Dalam banyak-banyak sampul berbau harum tu, ada sekeping kad berwarna hitam. Tulisan pada atas kad berwarna merah. Terang dan besar tertulis: I HATE YOU, MONSTER! Deanaress tak pernah minta untuk jadi popular...