Part 5~I Hate You Monster

1.3K 46 0
                                    

DIA lepaskan keluhan berat. Sejak tadi kepalanya rasa mencucuk-cucuk. Urat kat belakang kepala rasa menegang. Rasa sakit kepala tu berpindah ke kawasan dahi pula sebaik saja melihat bersampul-sampul surat warna-warni kat atas cermin keretanya.

Baru aje semalam dia tong sampahkan berkeping-keping sampul surat. Hari ni membukit lagi. Kebanyakan yang hantar surat tu ialah pelajar F6.

Tapi fikiran masing-masing masih macam budak-budak menengah rendah.

Dengan tabah, dia kutip kesemua sampul. Dalam banyak-banyak sampul berbau harum tu, ada sekeping kad berwarna hitam. Tulisan pada atas kad berwarna merah. Terang dan besar tertulis: I HATE YOU, MONSTER!

Terukir juga senyuman kat bibirnya. Deanarees. Dah pasti pelajar tu punya angkara. Sempat pula dia tinggalkan nota kat sini dalam keadaan marah tadi. Hanya pelajar tu sorang aje yang berani ungkapkan kata-kata tu padanya. Kad hitam itu dia ambil dan selitkan dalam poket beg dokumen.

"Wah... banyak betul surat peminat hari ni." Suara Camilia menegur. Keretanya terparkir di sebelah kereta Tuan Pengetua sekolah.

Eiden senyum segaris, sekadar mengiyakan teguran wanita tu. Selepas menghumbankan kesemua sampul surat tu ke dalam tong sampah–yang dia arahkan supaya diletakkan kat situ untuk sebab-sebab itu–Eiden buka pintu kereta.

"Kenapa you tak buka surat-surat tu?" Camilia masih mahu berbicara dengan lelaki tu. Jarang dia dapat peluang terserempak dengan Eiden lepas tamat waktu sekolah.

Di pejabat sekolah, dah tentu bukan tempat yang sesuai untuk berbual-bual santai seperti ni. Pasti ada gangguan.

"Tak perlu bazirkan masa untuk semua tu. Budak-budak... tak usah dilayan sangat." Itu pendirian dia. Memang tak bagi muka langsung kepada pelajar-pelajar yang memang sengaja tanpa segan silu menunjukkan minat terhadapnya.

"Sekurang-kurangnya kalau you buka, you tahu siapa mereka. Senang nak ambil tindakan," giat Camilia.

Dia pun rasa meluat tengok pelajar-pelajar perempuan F6 yang bagai sengaja mencabar guru-guru mereka dengan sikap tak tahu malu begitu. Bilangan pelajar perempuan di sekolah tu belum ramai sebab asalnya sekolah tu ialah sekolah lelaki.

Sekolah swasta itu terpaksa menerima kemasukan pelajar perempuan sejak beberapa tahun lepas atas permintaan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik.

"Belum perlu ambil tindakan lagi selagi mereka tak lakukan kesalahan besar." Eiden merasakan agak kurang wajar sekiranya dia menghukum para pelajar itu semata-mata kerana mereka 'suka' padanya. Selagi mereka tak bertindak melampau batas, dia akan perhatikan saja keadaan tu.

"Jangan sampai mereka pijak kepala you." Camilia mengingatkan. Dia rasa agak kurang senang melihat ketenangan Eiden dalam menangani masalah tu.

Camilia perhatikan Eiden bersikap pilih kasih. Dia memang garang dan langsung tak beri muka kepada pelajar lelaki. Tapi pada pelajar perempuan, Eiden sedikit kurang tegas. Cara dia tegur pun tak sekasar dia menegur pelajar lelaki. Maka sebab itu agaknya pelajar perempuan naik lemak dan berani melayangkan surat cinta pada lelaki tu setiap hari.

"It won't come to that," janji Eiden. "I balik dulu." Dia terus masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin. Perlahan-lahan kereta diundurkan sebelum bergerak keluar meninggalkan pekarangan Sri Dahlia yang sudah lengang. 

Sir Monster [Published]Where stories live. Discover now