Sesungguhnya , aku hanyalah seorang insan yang begitu lemah. Kehadiran abang yang memberikan episod-episod bahagia dalam hidupku. Kehadirannya yang ku anggap buat selamanya. Kini pergi meninggalkan aku.
Kerana adanya memori bahagia , mengundang keperitan yang tak tertahan sakitnya.
Hari demi hari berlalu. Tempoh ku berpantang sudah tamat. Ketiadaan abang disisi ku , masih sukar ku terima.
" Abang , Qaseh datang ni. Qaseh rindu sangat dekat abang. Abang.. "
Menangis aku sendiri sambil mengatakan itu. Air mataku terus mengalir. Tubuhku terasa lemah. Batu nisan itu ku pegang sekuatnya. Abang , abang tunggu Qaseh ya ?
Mama yang disisi mengusap perlahan bahu ku mencuba untuk menenangkan hati yang terluka.
" Lisya , jom kita balik. Nanti kita datang lagi ya ? Lisya jangan macam ni. Tersiksa Khalif tengok Lisya macam ni. Lisya kena kuat. "
Bernada sebak , kata-kata itu ku dengarkan. Dipimpinnya Mama tubuh ku yang lesu. Titisan air mata ini mengalir tanpa hentinya. Selangkah demi selangkah ku lalui. Begitu berat hati ini meninggalkan kawasan perkuburan itu.
Perjalanan yang pendek ku rasakan panjang. Memori bersama abang , terimbas sendirinya.
" Sayang slow-slow jalan tu. Haip tangan tu jangan gatal nak buka ! Tak surprise la nanti ! "
Mata ku yang ditutup kemas sehelai kain cuba ku buka. Abang yang melihat tindakan itu segera menampar lembut tanganku perlahan lalu digenggam erat tangan ku itu. Dengan penuh berhati-hati dipimpinnya aku beberapa langkah ke hadapan.
Disaat langkah itu terhenti , genggaman tangan dileraikan dia. Perlahan-lahan kain itu dibuka. Jeritan riang abang , jelas kedengaran ditelinga ku.
" Ta-Da ! "
Sebuah bungalow , kini benar-benar berada dihadapan ku. Aku yang yang masih kebingungan ditarik menghadapnya. Lantas kedua-dua tangan ku kembali ke genggamannya yang hangat itu.
" Sayang , this is .. our house ! Sayang , mulai hari ini , abang harap kita sama-sama belajar untuk saling melengkapi each other and warnai mahligai cinta kita sama-sama okay ?"
Berukir senyuman tangan ku dilepaskannya. Matanya yang berwarna hazel itu masih setia merenung ke dalam mata ku. Sambil mengenyitkan matanya tangan kanannya dihulur pada ku.
" Sayang , sudikah awak menjadi Permaisuri dirumah ini ? Sudikah.. awak menemani Raja yang kesunyian ini ? "
Tanpa berfikir panjang , huluran tangannya ku sambut bersama senyuman. Persoalan yang dilontarkan dia ku jawab dengan nada ceria.
" Of course , yes ! Forever and after , you will always have me , my King ! "
Mendengarkan jawapan dari bibirku itu menambahkan lagi kelebaran senyumannya. Tangan yang digenggam ditarik perlahan langkah diambil , mendekati pintu istana kami.
YOU ARE READING
Ketentuan Tuhan
Romance[ COMPLETED STORY ] Terciptanya Kau Dan Aku atas izin Tuhan. Bersatunya Kita atas lakaran takdir. Segalanya , berlaku atas Ketentuan Tuhan. Dua jasad diikat menjadi satu. Bersama mereka menempuhi hari-hari bahagia. Bersama mereka menghadapi pahit ge...