Bab 28- Final

464 20 8
                                    

" Khalisya , you know what ? Every midnight Khalif were here. Spending 1 hour with you. "

Tambah Khairil sambil tersenyum memandang Khalisya. Lantas itu Khalisya memandang suaminya yang berada disanpingnya. Lalu Khalif menggenggam erat tangan isterinya itu sambil tersenyum memandang wajah isterinya.

Akhirnya bersatulah semua keluarga Tan Sri Megat Amin dan Tan Sri O' Ghazali. Tidak cukup dengan itu , sahabat karib Tan Sri Amin yang dicari selama ini kini kembali ditemui.

Melihat Khalisya yang sudah lama terperap di ward itu membuatkan Khalif mengambil tindakan untuk membawa isterinya pulang.

Setelah seminggu Khalif merawat dan menemani Khalisya di hospital itu. Khalif mahu mencipta memori indah bersama isteri kesayangannya itu lagi. Meski Khalisya tidak lagi seperti dahulu , namun dimata Khalif isterinya tetap sahaja bidadari yang bertakhta dihatinya.

Setelah mendapatkan keizinan dari Doktor Sarah , Qaseh Khalisya dibawa pulang ke istana mereka berdua.

Tibanya dihadapan rumah mereka , pintu utama dibuka lalu bersama mereka melangkah memasuki rumah itu.

Keadaan rumah itu , masih lagi sama sebagaimana kali pertama mereka menjejakkan kaki ke rumah itu. Meski kedua-dua jasad itu telah berubah fizikalnya namun perasaan yang dirasa tetap sama.

Perlahan-lahan anak tangga didaki dan bilik mereka berdua dijadikan destinasi. Perlahan-lahan pintu bilik itu dibuka lalu kearah katil itu Khalisya berjalan.

Dilayangkan tubuhnya yang lemah itu diatas katil. Khalif yang melihat isterinya kepenatan lantas menyelimuti tubuh isterinya dengan sehelai selimut yang tebal.

" Sayang , abang bukakan tudung ya ?

Khalisya yang begitu kepenatan hanya menganguk perlahan. Penuh berhati-hati Khalif membuka tudung isterinya itu. Rambut isterinya yang semakin membotak jelas kelihatan. Lalu diusapnya rambut Khalisya lembut.

Diatas lantai Khalif duduk bersila. Beralaskan tilam Khalif bertungkat dagu. Wajah Khalif kini benar-benar dekat dengan wajah Khalisya.

Tangan Khalisya yang dingin digenggam erat oleh tangan kiri Khalif sedang tangan kanannya mengusap lembut pipi isterinya.

Senyuman Khalif jelas terpapar. Mata Khalif yang berkaca juga jelas kelihatan. Melihat Khalisya yang sudah memejamkan matanya itu telah mengusik jiwa Khalif.

Kesedihan yang dirasakan diruang hati Khalif apabila melihat isterinya dalam keadaan begitu benar-benar berat buatnya.

Bernada perlahan dan sebak Khalif berbisik dicuping telinga Khalisya.

" Sayang , terima kasih sebab tak putus asa. Terima kasih sebab masih berjuang. Walaupun penat , walaupun sakit. Terima kasih sebab terus bertahan hingga ke saat ini sayang. "

Genangan air mata Khalif akhirnya pecah. Air mata berjuraian jatuh menitis. Perlahan-lahan dahi Khalisya dikucup lama oleh Khalif. Lalu dilepaskan ciuman itu.

Usai itu Khalif kembali berkata dengan suara yang serak.

" I'll love you. Till my last breath. Hidup mati , kita bersama okay sayang ? "

Air mata Khalif dikesat. Wajahnya diraup kasar. Kabinet disisinya ditenung lama. Sebuah buku berwarna hitam itu menarik tumpuannya.

Ya , buku itu adalah buku diary mereka berdua. Perlahan-lahan buku itu dicapai oleh tangan kiri Khalif sedang tangan kanannya masih tidak melepaskan genggaman tangan isterinya.

Ketentuan TuhanWhere stories live. Discover now