Bab 21

168 14 0
                                    

Tik-Tok , jam didinding biliknya itu ditenung lama oleh Khalisya sambil bertungkat dagu.

" Hm. Apa nak buat harini eh ? Haih.. "

Keluh hati Khalisya yang mulai terasa bosan setelah lama terperap dirumahnya itu. Mungkin sudah terlalu lama Khalisya menyendiri dan tidak melihat dunia luar.

Khalisya yang buntu memikirkan apa yang hendak dilakukan untuk menghilangkan perasaan bosannya itu lantas menundukkan kepalanya diatas meja.

" Hmmmm.. "

Sekali lagi Khalisya mengeluh.

Sedang Khalisya masih berusaha memikirkan aktiviti yang perlu dilakukannya itu , tiba-tiba ketukan pintu kedengaran.

(TokTok)

Lalu suara ibunya jelas kedengaran disebalik pintu itu.

" Lisya , turun cepat ada kawan nak jumpa Lisya ni. Dia ada dekat bawah. Lisya siap-siap lepastu turun ya ? Dia tunggu Lisya tu. "

Dengan pantas kepala Khalisya diangkat dengan wajah yang berkerut.

" Kawan ? "

" Takkan Hana kot ? Mama kenal Hana.. "

" Hish siapa pula ni ! "

Desis hati Khalisya yang musykil akan gerangan 'kawan' yang hadir untuk berjumpanya dirumah itu.

" Lisya , dengar tak Mama cakap apa ni ? "

Tambah Puan Sri Serina yang mahukan jawapan dari Khalisya.

Lantas itu Khalisya menjawab ringkas.

" Ha.. Iye.. Nanti Lisya turun. "

Dengan fikiran yang masih ligat menyoalkan gerangan tetamu itu Khalisya bersiap agar kelihatan kemas.

Sehelai selendang hitam menjadi pilihan Khalisya disaat ini kerana kemalasannya ingin menggosok tudung.

Cardigan hitam yang tidak bercorak disarung ke tubuhnya untuk menutupi bahagian lengan yang terdedah kerana memakai tshirt lengan pendek.

Dihadapan cermin Khalisya berdiri dan membetulkan tudungnya agar kelihatan kemas.

Cukup 5 minit waktu Khalisya gunakan dengan pantas dan penuh perasaan ingin tahu Khalisya melangkah menuju ke arah ruang tamu.

Wajah Doktor Yusof yang berhiaskan senyuman itu dilihatkan oleh Khalisya yang kini sudah berada diruang tamu.

Dihadapan Doktor Yusof , Khalisya berdiri dengan wajah yang berkerut.

" D-Doktor Yusof ? "

Dengan tergagap-gagap Khalisya melafaskan itu. Khalisya terkedu melihat Doktor Yusof yang berada dirumahnya itu.

Bersama segaris senyuman indah Doktor Yusof mengangguk perlahan pada Khalisya.

Diatas sofa berhadapan Doktor Yusof itu dilabuhkan tubuh Khalisya sedang matanya tertumpu ke arah wajah Doktor Yusof.

" Kenapa Khalisya tengok saya macam tu ? "

Tanya Doktor Yusof kepada Khalisya yang masih tidak berkedip melihat wajahnya itu.

Ketentuan TuhanWhere stories live. Discover now