Bab 20

182 15 0
                                    

Kata sepakat dicapai , tangan berjabat. Akhirnya , mesyuarat antara Megat Khairil dan syarikat The Legacy milik rakan baik ayahnya iaitu Dato' Fuad.

Nafas ditarik panjang oleh Khai lalu dihela.

" Fuh , nasib baik aku perform tadi "

Desis hati Khairil sambil berjalan seorang diri menuju ke parking lot.

Kunci kereta ditekan lalu dibuka pintunya sedang Khairil mahu melangkah memasuki perut keretanya itu terdengar jelas suara seorang lelaki memanggil namanya.

" Megat Khairil ! "

Lantas Khairil menghentikan tindakannya dan berpaling mencari suara itu. Susuk tubuh Ziyad jelas kelihatan.

Bersama wajah yang tersenyum Ziyad menghampiri Khairil. Tibanya Ziyad dihadapan Khairil dalam keadaan termengah-mengah membuatkan Khairil terpinga-pinga.

Dengan wajah yang kebingungan Khairil menyoal Ziyad.

" Whoa , apesal ni bro ? "

Ziyad yang masih mengah mengangkat tangan kanannya dan ditunjukkan pada Khairil sebagai tanda berhenti.

Perlahan-lahan nafas ditarik dan dihela oleh Ziyad. Lalu Ziyad menjawab persoalan Khairil bernada marah.

" Kau tanya kenapa ?! Kau tak dengar ke aku panggil kau dari tadi ?! Argh geram betul aku ! "

Ziyad yang merenung tajam kedalam mata Khairil menarik nafas panjang.Khairil yang mendengarkan itu lantas ketawa kecil dan berkata.

" Hahaha sorry bro. Aku nak cepat ni. Ada hal. Sorry sangat. "

" Ha , ni kau ada apa cari aku ? "

Tambah Khairil yang masih tidak tahu motif Ziyad yang mengejarnya hingga ke parking lot itu.

Ziyad yang sudah bertenang akhirnya menjawab.

" Nothing. Aku kan baru balik dari US. Sajalah nak ajak kau lepak. Coffee-coffee ke ? Tapi kau ada hal pula. Haih. "

Khairil yang mendengarkan itu merasa serba salah. Sudah tentunya mereka merindui satu sama lain. Sudah begitu lama tidak bersua muka.

" Em.. Jangan macam tu Yad. Sorry lah. Bukan aku tak nak tapi.. "

Kata-kata Khairil terpotong apabila telefon bimbitnya berdering. Lantas poketnya diselup dan dikeluarkan telefon itu.

'Mummy' terpapar jelas pada skrin telefonnya.

" Damn ! Big Boss dah call ! "

Bisik hati Khairil setelah melihat paparan skrin telefonnya. Nafas ditarik lalu diangkat panggilan itu dengan tenang.

" H-Hello mummy... "

Khairil menyapa sejurus panggilan ibunya itu diangkat dengan gagap kerana perasaan takut akan ibunya yang sudah menyuruhnya ke rumah Khalisya.

" Khai , lambat lagi ke ? Dah habis meeting kan ? Khai dekat mana ni ? Cepat lah sikit. Ish lambat betul ! "

Jawab Puan Sri Mazrina pada anaknya itu dengan panjang lebar yang bertanya akan keberadaan anaknya sambil menyuruh anaknya menghadirkan diri ke rumah Khalisya secepat mungkin.

" Khai on the way ni. Kejap lagi Khai sampai lah.. "

Balas Khairil yang cuba untuk menghentikan bebelan ibunya itu. Dengan pantas talian dimatikan dan dimasukkan semula telefon pintar itu ke dalam poket seluarnya.

Dengan tergesa-gesa Khairil berkata pada Ziyad yang masih memandang dirinya.

" Yad , aku gerak dulu la. Next time kita hang-out okay ? Sorry bro. "

Ketentuan TuhanWhere stories live. Discover now