Bil bil serta surat saman di tangan Ihdina diletakkan kembali ke meja makan di ruang kecil rumahnya. Sesekali dia menatap wajah Nabila, adik bongsunya sedang gembira menonton televisyen kecil yang letaknya di lantai saja.
Seharusnya hari ini dia melaporkan diri untuk praktikal semester akhir di firma guaman. tetapi hasil yang akan ia dapat tiap bulan tak mampu untuk membantu keluarganya melunaskan hutang piutang. Ayahnya sebelum ini bekerja sebagai seorang security guard sementara ibunya tidak bekerja. Adik kedua dan ketiga Ihdina masih bersekolah. Ye. Hutang yang ayahnya buat semata mata untuk menambahkan penghidupan sehari hari mereka. tapi...
Ihdina menatap iklan di ruangan facebook dan ternyata gaji lumayan yang ditawarkan mampu mengaburkan mata sesiapa sahaja.
Syarat kelayakan :
Wanita berusia 19-25 tahun
bertudung
mempunyai asas agama
tidak mempunyai penyakit kronik
sanggup tinggal di rumah majikan selama setahunjawatan pembantu rumah
Gaji RM5000 sebulanihdina mengerutkan kening, betulkah? Mana ada kerja sebagai pembantu tapi menghasilkan wang sampai RM5000 sebulan. Ihdina cuma bersangka baik. Mungkin rumah majikan besar seperti Istana ataupun memang standard gaji pembantu rumah zaman sekarang. Why Not? Tapi..
"Kakak, ayah ingat bulan ni ayah tak dapat nak bayar sewa rumah.. boleh ke kakak tolong dulu?"
Ihdina menoleh ke arah ayahnya yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja dengan tampalan koyok di dahinya.
" Ayah kalau tak sihat tak payahlah pergi kerja hari ni.."
" Ayah sihat je.." lelaki tua itu berjalan di hadapan Ihdina dan mengacakkan rambut anaknya dan berlalu pergi.
Ihdina terus mengesetkan nada dering 'alarm' di hpnya tepat jam 6.00 pagi. Dia tidak mahu terlambat untuk interview hari pertama!
YOU ARE READING
Dia Kiriman Tuhan
RomanceIhdina akhirnya memutuskan memilih kerja yang sama sekali dia tidak menyangka akan dilakukannya demi menyelamatkan nasib keluarganya yang terbelit hutang. Gadis islamik seperti dia menarik perhatian luth untuk dijadikan "kilang" terbaik memproses zu...