Bab 20

1.3K 66 0
                                    

FERADOSSA memandang Lyana yang turut memandang dirinya sebelum mengalihkan pandangan ke arah Pekan Kerajaan Adroit.

"Aku rasa tak sedap hati," kata Feradossa sebelum mengikat rambut gaya ekor kuda.

Lyana menggelengkan kepala sebelum memandang Hatori dan Ryunosuke yang giat berlatih, menghiraukan mereka berdua yang dilanda kebosanan.

"Aku dapat rasakan sesuatu akan berlaku," balas Lyana sebelum menyambung kerja yang terbengkalai.

"Kau memang sengaja biarkan kuasa kau meningkat ke?" tanya Hatori tanpa memandang Lyana yang berjemur di bawah mentari.

Cik tunang memang tak makan saman, getus Hatori.

"Mereka berdua tak betul, abaikan saja," kata Ryunosuke sebelum menyimpan semula pedang ke dalam sarung. Patung jerami terbelah dua selepas Ryunosuke berpaling ke belakang.

"Kalau boleh aku nak biar dia lemas, tapi nanti aku tak ada kawan nak bergaduh pula," ujar Feradossa selamba.

"Jom kita pergi." Hatori memetik jari sebelum masa terhenti. Mereka bergegas pergi kerana mereka sudah terlewat. Apabila mereka berada jauh dari kawasan istana, Hatori memetik jari sebanyak dua kali lalu masa kembali bergerak.

"Apa masalah kau?"

Lyana merenung Feradossa bagai nak tembus. Mereka berdua bersedia dengan kuasa dan senjata masing-masing.

Pisau belati milik Feradossa mengeluarkan cahaya biru cair manakala pisau lipat milik Lyana mengeluarkan cahaya royal blue.

"Feradossa Anvell! Lyana Alice! Masuk dalam sekarang!" Permaisuri risau melihat keadaan mereka berdua. Jeritan permaisuri Adroit Kingdom tidak didengari kerana bunyi bising daripada senjata mereka.

Hujan mulai turun dengan lebat namun mereka berdua langsung tidak menyedarinya. Seolah-olah mereka dikawal oleh seseorang. Hatori dan Ryunosuke pula terpaksa pulang ke akademi kerana ada hal kecemasan yang memerlukan khidmat mereka.

Paras air meningkat sehingga buku lali. Feradossa berusaha mengawal air namun tiba-tiba dia hilang kawalan. Air yang dikawal membentuk seekor kuda lalu menyerang Lyana yang leka kerana kesejukan mulai mencengkam sendi-sendinya.

Lyana terpaksa menahan nafas dalam bebola air. Suhu bebola air perlahan-lahan menjadi sejuk seperti ais. Api biru tidak dapat digunakan kerana memerlukan oksigen dan haba yang mencukupi untuk dia menyeru kuasanya.

Tolonglah, berhasil untuk kali ni, getus Lyana sebelum pandangannya berbalam.

Aku seru kau mutiara biru! Serahkan kuasamu kepada aku! Kuasa api biru! getus Lyana sebelum matanya menjadi biru sepenuhnya.

Cahaya putih mengaburi pandangan Feradossa. Dua utas rantai milik mereka berubah warna. Lyana dan Feradossa tidak sedarkan diri selepas awan mendung berlalu pergi.

Rakyat jelata hairan kerana hanya kawasan latihan tuan puteri yang turun hujan. Para pengawal bergegas ke tempat latihan puteri mahkota selepas air yang membanjiri kawasan itu hilang secara tiba-tiba.

"Anak bonda!"

Mereka berdua dibawa ke kamar masing-masing kerana mereka perlu dipisahkan untuk sementara waktu. Mungkin sehingga hari perlawanan.

Hatori dan Ryunosuke terbatuk-batuk seraya tangan mencengkam baju pada bahagian dada. Entah kenapa hati mereka ingin kembali secepat mungkin ke Kerajaan Adroit. Portal tidak dapat dibuka setiap masa kerana bayaran gem berbeza mengikut tempat dan sangat mahal.

"Aku rasa tak sedap hati la," ujar Ryunosuke.

"Aku pun. Aku tak boleh guna kuasa aku dekat sini. Kalau tidak, aku dan kau akan jadi buruan kerajaan kerana menyalahgunakan kuasa." Mereka berdua menarik kerudung ke hadapan, melindungi wajah mereka.

The Powerless Princess©✔Where stories live. Discover now