Bab 25

1.2K 60 0
                                    

ARYANA memandang secawan teh di atas meja. Dia teringat kejadian empat tahun lepas apabila nyawa mereka hampir melayang.

"Banyaknya makanan!!" jerit Aryana. Dia menarik tangan Aria dan Aryan lalu menuju ke sebuah gerai mochi di hadapan gerai sushi salmon.

"Ary!!" Mereka berdua menjerit apabila sebelah selipar hampir tertanggal.

Miku dan Wendy ditarik oleh Rei agar mengikutnya ke gerai sushi salmon. Mereka berdua rambang mata melihat sushi di atas meja.

"Abang, nak enam set!!" Rei tersenyum melihat dua orang adiknya makan dengan selera. Biarlah banyak duit yang habis, janji dua budak ni gembira.

"Sakitnya kaki aku," rungut Rin sebelum duduk di bangku gerai udon.

"Nak tiga mangkuk udon," pesan Airis sebelum duduk di hadapan Airis.

"Banyaknya..." ujar Kyle.

"Kita bertiga yang makan, bukan adik seorang je," balas Airis sebelum melihat gerai topeng muka.

"Banyaknya topeng muka..." gumam Airis.

"Airis nak ke?" tanya Rin selepas mengurut pergelangan kaki.

"Nak, nak! Nak tiga! Airis nak bagi Ary dengan Wendy sekali!" Airis bersorak apabila Rin sudi mengeluarkan duit untuk belanja dirinya.

"Aku pun nak juga!" jerit Kyle sebelum pesanan mereka sampai.

"Tak boleh...." sakat Aryan sebelum ketawa. Dia membawa makanan yang dibeli oleh Aria dan Aryana serta seorang teman istimewa.

"Banyak borong," sakat Rei. Dia juga turun membawa makanan yang dibeli oleh dua orang adik kembarnya. Entah ke mana hilang budak berdua tu pun tak tahu.

"Jangan risaulah. Mereka berenam ada dekat gerai topeng tu," balas Scarlet. Dia duduk di sebelah Aryan.

The Powerless Princess©✔Where stories live. Discover now