Bab 34

1.3K 65 0
                                    

BAD Boy memandang kerabat diraja yang hadir. Mereka tahu Evil Crown marah dengan keputusan yang diambil, tapi ini sahaja jalan yang ada.

"Anakanda dah buat keputusan," ujar Izz tanpa senyuman. Dia kembali menjadi dirinya yang asal iaitu dingin.

"Keputusan? Keputusan apa? Kenapa aku tak tahu?" Izz diasak dengan soalan bertubi-tubi daripada Alex. Alex berang kerana tidak tahu tentang rancangan abangnya. Suka ikut kepala sendiri.

"Teruskan perkahwinan diraja." Mata Kevin dan Zack terbeliak mendengar tiga patah perkataan yang keluar dari mulut Kaito. Anehnya, lelaki itu tenang menjawab soalan daripada kerabat diraja yang lain walaupun situasi agak tegang.

"Aku bantah perkahwinan diraja ni! Aku tak kisah mereka kerabat diraja dari mana sekalipun!" bentak Kevin seraya bangun dan bertentang mata dengan puteri yang bakal menjadi permaisuri Kaito.

"Aku nak kau semat perkara ni dalam fikiran kau! Kakak ipar aku dan permaisuri kerajan cuma seorang sahaja, iaitu Permaisuri Aria, puteri daripada Kerajaan Destiny! Kau jangan harap aku akan panggil kau kakanda sebab kau tak layak!" Zack menuding jari tepat di hadapan wajah puteri ketiga.

Puteri ketiga ketawa perlahan sebelum menolak jari Zack ke tepi. Dia bangun dan bertentang mata dengan Zack.

"Beta cuma nak mengisi kesunyian dalam hati Tuanku Zen saja, tak boleh ke? Beta bukan nak diiktiraf sebagai permaisuri, beta..."

Mereka tergamam apabila Kira menampar puteri kedua.

Siapa pula budak bertiga ni? Macam mana mereka boleh sampai ke sini? getus ayahanda Evil Crown.

"Jangan mak cik bermimpi akan menggantikan tempat Permaisuri Arin! Hanya tuanku saja yang layak memerintah kerajaan! Mak cik orang jahat! Lebih jahat daripada mendiang Permaisuri Lucia!" jerkah Kira walaupun dua orang pengawal cuba membawanya ke luar.

"Hanya Permaisuri Aria yang layak mendampingi Raja Zen!" Zed berpeluk tubuh membalas jelingan puteri ketiga.

"Mak cik akan melutut bila tiba masanya." Puteri pertama mengetap gigi memandang Ice. Tidak padan dengan badan sakit, ada hati mahu menghalang rancangannya.

"Lepaskan dia." Dua orang pengawal memandang Wendy yang berpeluk tubuh.

"Tapi tuan puteri..."

"Lepaskan mereka," arah Aryana sebelum mengambil Zed.

"Patik menurut perintah!" Ice dan Kira dilepaskan sebelum mereka berlari mendapatkan Wendy dan Airis.

"Kau cederakan dia walaupun sedikit pun, aku akan pastikan kerajaan kau musnah," ujar Airis sebelum mengeratkan pelukan.

"Hantar mereka ke kamar!"

Kira menjelirkan lidah lalu ketawa apabila tiga orang puteri menjegilkan mata ke arahnya tanda marah. Sora pula diarahkan menyediakan jamuan untuk tiga orang kanak-kanak ini.

"Mana bonda?" tanya Rei sebelum memandang Ice yang leka membelek cincin kerajaan milik Izz.

"Bonda? Bonda ada misi," balas Ice sebelum mendepakan tangan.

"Betul ke ayahanda nak kahwin dengan mereka?" Mahu terkeluar mata mereka dari soket apabila mendengar panggilan itu.

"Ayahanda? Kenapa bonda tak tahu apa-apa?" tanya bonda Evil Crown.

"Panjang ceritanya," balas Triplet.

"Seperti yang ayahanda kata, ayahanda akan teruskan perkahwinan ni," kata Izz sebelum mengambil Ice dari pangkuan Rei.

"Ini saja jalan yang ada untuk selamatkan kerajaan ni," balas Kaito.

"Tak, mesti ada jalan yang lain. Kira tak benarkan ayahanda kahwin dengan mak cik jahat tu," bentak Kira sebelum memeluk tubuh memandang Kaito seperti pesalah yang menanti hukuman.

The Powerless Princess©✔Where stories live. Discover now