Bab 21

1.1K 58 0
                                    

KEDINGINAN malam membuatkan mereka berpeluk tubuh kerana kesejukan mula mencengkam sendi-sendi.

"Banyaknya bintang," ujar Fiyu selepas menjengahkan kepala di tingkap.

"Cantik," puji Ayako. Angel Girlz pula selamat berlayar ke dunia mimpi kerana kepenatan.

"Tidur mati ke diorang ni? Kita dah nak sampai Istana Adroit," kata Nia.

Ayako mengejutkan Angel Girlz yang lena diulit mimpi supaya bangun segera. Kesiannya Angel Girlz semasa majlis berlangsung. Lagi kesian mereka yang terpaksa melemparkan senyuman sambil melayan tetamu setiap masa.

Sebaik sahaja kereta kuda melepasi pintu pagar utama, Angel Girlz menyarung kasut sukan selepas melakukan senaman kaki. Selepas menyandang masing-masing, mereka menundukkan sedikit badan sebagai tanda terima kasih.

Mereka memerhati keadaan sekeliling sebelum mengangguk lalu mengatur langkah ke ruang utama.

Mereka berlari selaju yang mungkin sebelum Aria menggunakan kuasanya menembusi pintu kamar. Mereka meninggalkan Bad Boy di belakang selepas menjejakkan kaki di ruang tamu.

"Nasib baik sempat," ujar Aria. Badan direbah di tengah katil sebelum membuat gaya kuak rentang.

"Kau seorang sahaja yang selamat, bukannya kami," balas Rin selepas menutup pintu. Mereka terlanggar pintu gara-gara Aria terlupa menolong mereka menembusi pintu. Miku menjeling seraya meminta bantuan Fiyu untuk merawat dirinya.

"Kerudung mesti menjadi sahabat kami setiap masa di sini ke?" tanya Rin selepas meletakkan kepala di atas perut Aria. Aria pula tidak sedarkan diri selepas meletakkan kepala di atas bantal.

"Terpaksa, okey. Tak akan nak pakai jampi pula? Kesian dekat kau orang nanti," balas Ayako selepas selesai membalut lengan Rin.

"Malasnya..." rungut Miku dan Rin.

"Kau jangan lupa makan ubat atas meja tu. Baru ada gaya sakit perut," balas Yuri.

"Baik..." balas Rin sebelum terlelap.

"Tapi Bad Boy di mana? Aku terlupa pula tentang mereka," tanya Miku selepas menukar pakaian. Baju berwarna putih bercorak bintang biru serta seluar pendek atas lutut dipakai.

"Bad Boy pergi menghadap tuanku alias ayahanda kau orang, kemudian mereka akan disoal siasat dengan keluarga mereka. Keesokaan harinya, mereka kena menjalani ujian fizikal untuk menjadi guardian. Aku tak tahu kenapa," jawab Tiara.

"Hah? Kenapa pula mereka kena jalani ujian tu? Kami lulus untuk menjadi ahli sihir kerana kuasa terunggul kami serta kemahiran berlawan dan mengatur strategi, tetapi Bad Boy? Mereka tidak ada kemahiran mengatur strategi sebaliknya mereka boleh menguasai perlawanan saja. Habislah..." ujar Miku seraya menggantung kerudung kelabu miliknya.

"Tidurlah, nanti korang memerlukan tenaga yang banyak untuk perlawanan dan juga menyeru mereka."

Mereka berempat memapah Rin ke biliknya sebelum Miku meminta diri ke biliknya. Miku menggelengkan kepala apabila melihat seseorang meniarap membaca telegram yang dihantar sambil mengurut pelipis. Cermin mata juga dipakai sebagai perhiasan.

Memang cari nahas betul, getus Miku. Dia mengatur langkah sebelum menutup lampu meja.

"Miku!!"

♡♡♡♡

BAD Boy menggelengkan kepala apabila melihat perangai Angel Girlz. Kalah mereka yang merupakan atlet akademi tapi kerana satu kejadian mereka menarik diri.

"Mereka tak sihat," ujar Scarlet seraya memimpin putera tunggalnya.

Nasib baik mereka percaya, getus Scarlet.

The Powerless Princess©✔Where stories live. Discover now