Bab 16

1.4K 75 11
                                    

Rin menarik nafas sebelum duduk melunjur. Dia menutup mata apabila angin menyapa wajahnya.

Kyle kebetulan berada berdekatan menoleh sebelum mengundur beberapa langkah ke belakang. Kyle memandang Rin dengan pandangan pelik sebelum membongkok untuk memandang wajah Rin yang hampir empat tahun tidak pulang.

"Eh! Abang!"

Rin hampir terlentang ke belakang apabila melihat abangnya berada di depan mata. Rin memeluk lutut selepas menarik nafas lega.

"Kau nampak hantu ke? Kenapa muka kau pucat" tanya Kyle pelik.

Rin menggelengkan kepala. Kyle mengambil tempat di sebelah Rin sebelum memeluk lutut.

"Kau tengok tak perlawanan aku tempoh hari?" tanya Rin.

Rin menoleh ke sisi selepas Kyle tidak membalas. Rin memandang wajah Kyle yang kelihatan sugul. Seperti dilanda masalah yang sangat besar.

"Tengok. Kenapa kau tak guna kuasa terunggul kau?" tanya Kyle perlahan.

"Tak sempat dan aku terlupa nama kuasa terunggul aku sebab aku terlampau marah."

Kyle mengangguk sebelum menyandarkan kepala di bahu Rin.

"Bonda dan ayahanda selalu tanya pasal kau. Bila kau nak balik?" Kyle bertanya dalam nada perlahan.

"Tak lama lagi aku akan balik. Aku rindu nak peluk bonda. Aku rindu nak usik ayahnda. Aku rindu dia," ujar Rin sebelum mengalirkan air mata.

Kyle hanya mendiamkan diri sahaja. Dia mahu Rin meluahkan semuanya.

"Luahkan segalanya. Tak guna kau simpan seorang diri, akhirnya kau juga yang makan hati," Kaito berkata dari belakang.

Kyle pula sudah menghilangkan diri selepas Rin berkata. Rin kaku sebelum mengetap gigi.

"Kau buat apa dekat sini? Mana yang lain?" tanya Kaito selepas tiada jawapan daripada Rin.

"Mereka sibuk," balas Rin perlahan. Sebelah kening Kaito terangkat.

"Mereka sibuk atau kau lari daripada mereka?" teka Kaito.

Rin mendengus apabila jawapan Kaito tepat. Kaito mengambil kepututsan untuk duduk di sebelah Rin memandangkan dia bosan.

"Tak payah menyibuk boleh tak?" tanya Rin dengan kasar. Rin menepuk debu yang melekat pada seluar dan baju sebelum berjalan meninggalkan Kaito yang tercengang.

Kaito cuba menyaingi langkah Rin. Rin menjeling sekilas sebelum membetulkan topi di atas kepala.

"Cuba kau bagitahu aku."

"Bagitahu apa?" tanya Rin bengang. Aku nak bertenang pun tak boleh!

"Apa kuasa terunggul kau?"

Rin berhenti berjalan sebelum berdiri di hadapan Kaito lantas bercekak pinggang.

"Kenapa kau nak tahu? Kuasa terunggul aku terlalu bahaya. Kau jangan nak tanya Miku dan Aria. Mereka tak tahu apa-apa tentang kuasa aku."

Rin beredar selepas membebel. Rin membuka topi seraya membetulkan rambut hadapan supaya menutupi sebelah mata.

Kaito tercengang dan terpaku.

"Cantiknya rambut hitam dia. Bersinar apabila terkena pancaran mentari."

Kaito menampar pipinya perlahan.

"Auch! Ini bukan mimpi," gumam Kaito sambil berjalan. Pipi yang perit akibat tamparan tadi diusap perlahan.

"Kau pergi mana?" tanya Zen hairan. 

Ketika dia dan Izz berborak, mereka menoleh untuk bertanya sama ada Kaito mahu menyertai pertandingan yang akan diadakan di Adroit Kingdom tetapi Kaito menghilang.

The Powerless Princess©✔Where stories live. Discover now