+001

2.7K 139 12
                                    

Aku budak alien berambut ungu yang biasa saje.Tak ada apa yang menarik tentang aku pun.Tapi,percaya atau tidak,aku salah seorang anggota Tapops iaitu penyelamat power sphera yang amat dipercayai dan mempunyai pangkat yang boleh dikatakan tinggi berbanding dengan kawan-kawan bumi aku.Nama aku Fang,Fang Akira.

Rutin harian aku sama je,tidur,bangun,mandi,makan,bersenam,jalankan misi,mengintip dan menjengkelkan orang di sekeliling aku.Hidup aku membosankan jujur aku cakap.Yelah,dari aku kecil comel bin molek sampailah aku dah tinggi bergaya ni..aku tak pernah buat benda lain selain berlawan dan menjalankan misi.Aku pun tak faham dengan kehidupan aku sendiri.

Abang aku Kaizo Akira atau dikenali sebagai Kapten Kaizo,pemberontak dan pemburu power sphera terkenal yang amat digeruni di seluruh galaksi ni,aku sendiri pun gerun.Abang aku tak boleh bawa bincang kalau bab-bab berlawan atau power sphera.Apa dia nak,dia dapat tak kira apapun.Walaupun terpaksa membunuh orang yang dia sayang.

Aku dah lama tak rasa pelukkan dia,simpati dia dan sayang dia.Aku mula ragu-ragu tentang status aku sebagai adik dia.Dia pun dah lama tak panggil aku adik dan aku panggil dia abang.

Aku selalu sangat dibandingkan oleh abang aku dengan Boboiboy,budak bumi yang tak popular.Kadang-kadang berlebihan,terlalu menyakitkan.

Tapi,aku tak pernah ambil hati,sebab aku tahu dia buat macam tu supaya aku akan belajar untuk menjadi kuat,rasanyalah.Mula-mula adalah terasa sikit tapi lama-lama aku dah lali...

Aku dah penat sangat menangis.

"Shu,status hari ni.."

Aku ambil tempat di meja kerja aku sambil meregangkan otot-otot sendi yang terasa lenguh.Macam biasa,komputer aku yang bernama Shu ni lah benda pertama aku akan tegur setiap pagi.Sedap ann nama dia?aku yang bagi.

“Tuan Fang mendapat sebuah misi baru dan pesanan dari Komander Kokoci”

“Hah?misi lagi?Arghhhh..aku baru balik dari misilah!!!Tak boleh ke bagi aku hidup aman sekali"

“Persoalan Tuan Fang akan saya hantar kepada Komander Kokoci

"SHADAPPPPP!!!"

Aku terjerit sikit sebab terkejut.Aduh dia ni,terlalu mengikut arahan..

“Baik..”

Sesudah itu,dia terus senyap.Aku tunggu jugalah mesej Komander tapi dia ni dah kenapa?merajuk ke?

"Asal kau tak bercakap?Cakaplah cepat"

“Tuan suruh saya senyapkan tadi?”

Aku meraup muka aku penuh kekecewaan.Aku lupalah siapa yang set komputer aku ni,asal sengal sangat.

"Cepatlah mainkan mesej tu.."

“Fang,pada hari ini,kamu akan menjalankan sebuah misi bersama kumpulan kamu akan pergi mencari sphera kuasa di Planet Sasda”

Sebuah slide yang lain muncul,aku pun dengan malasnya menolak-nolak slide tersebut.Fuhh,banyak gila data.

“Kumpulan Boboiboy sedang menjalankan sebuah misi bersama Kapten Kaizo.Disebabkan itu,kamu akan menjalankan misi bersama Sai dan Sheilda,itu saja”

Pesanan itu pun tamat.

Boboiboy dan Kapten?Selalu sangat macam ni.Lemah sangat ke aku ni sampai semua misi dengan mereka aku asyik diketepikan?Arghh!!Apa-apa jelah,baik aku pangggil Sai dan Sheilda

Aku pun dengan malasnya menekan sebuah punat di meja aku lalu tertera nama Sheilda di skrin,aku pun tunggulah dengan penuh syahdu.Aik,asal lama sangat ni?

"Asal kau tak angkat wahai Shielda.."

"Aku kat belakang kau Fang"

BUKK!!

Aku ternganga,tak menyempat betul si Sheilda ni.Tak pasal aku terjatuh dari kerusi,memalukan betul..

"Jom Fang,sarapan dekat bawah dulu.Kita dalam perjalanan ke planet tu dan akan sampai dalam 5 minit lagi"

Aku sayang kau Sheilda.

 C H A N G E // F A N G Where stories live. Discover now