+016

1K 87 1
                                    

Fang.

Aku bangun apabila terasa sesuatu melilit pinggang aku dan menjadi bantal peluk aku.Benda ni?Asal selesa sangat?Kenapa aku terasa hangat?

Kedua-dua belah kelopak mata aku dibuka dengan perlahan.

...

"ARGHHHH!!!!!"

BUKKK!!!

"Arghhh!!Kau pahal?!"

Aku menyelimuti badan aku dengan kain comforter sambil memandang si dia tak berkelip.Jantung aku berdegup dengan sangat laju dan pipi aku mula membahang.

Kapten Kaizo memegang dadanya sekejap akibat dari tendangan berbisa aku.Dia yang tidak memakai baju dan menyerlahkan segala harta,khazanah kebanggaan seorang lelaki memandang aku dengan muka dinginya.Terselah aura Alpha male dia yang menakutkan aku.

"A..adik..adik minta maaf,terkejut sangat..hahaha"

Aku tergelak janggal sebelum terus berlari ke bilik air.Macam mana dia boleh tidur dekat bilik aku pula ni?

Aku jeling sikit dan nampak Kapten sudah kembali ke alam mimpi.Penat mungkin,hmm..baik aku bersiap sementara tiada orang.

🎪  🎪  🎪

Kami berjalan dalam kumpulan sambil meredah lautan penduduk Planet Rew ni.Aku sesekali tersadung akibat berlanggaran dengan alien di sini.

Sai yang setia di belakang akulah yang menolong aku dari terjatuh.Aku tak tahu kenapa kami terlibat dalam misi Kapten Kaizo ni tapi aku cuma abaikan saja.

"Kita dah sampai.."

Kapten aku pandang pelik,takkanlah wayar otak dia terputus masa aku tendang dia pagi tadi?

"Kau dah kenapa Fang?"

Tegur Boboiboy.Aku memandang dia pula.Kenapa muka kau nampak wat lek wat peace ni?Sai dan Sheilda pun.Aku seorang je ke yang tak tahu hala tuju hari ni?

Mereka mula berjalan masuk ke tempat itu dan aku dengan penuh ketidakrelaan,kekeliruan dan kepenatan pun mengikuti langkah mereka memasuki sarkas ni.

Keadaannya sangat padat dengan makhluk yang kebanyakkannya datang untuk melihat pertunjukkan sarkas.Kami mengambil tempat di bahagian paling tersorok sekali dan terletak di bahagian paling atas tapi masih dapat melihat jelas seluruh tempat sarkas tu.

Aku yang kebosanan menunggu terus membawa diri ke tempat lain.Lama lagi nak mula,baik aku cari makanan untuk mengisi perut aku.

Π Π Π

Aku cakap aku nak cari makanan asal aku boleh tersesat ke backstage pula ni?

Aku pun dengan tak rela berlegar-legar di sekitar kawasan tu dan berdoa agar aku jumpa jalan keluar.

"Hei Min,apa yang kau tengah pegang tu?"

"Huh ni?Oh ni batu Gyor,batu yang nenek tua yang kita jumpa dekat tasik tu,dia bagi aku sebagai tangkal bertuah.."

Aku terhenti langkah aku,batu Gyor?macam pernah dengar.Aku cuba mengingati kembali di mana aku mendengar nama batu tu.

"Fang,Sai,ada satu bahan ni,namanya Batu Gyor.Tapi..Batu ni seingat aku,Batu ni hanya ada 10 dalam 1000 dekat bima sakti ni.."

"hah?betul ke?Habis tu macam mana.."

"Kita tinggalkan dululah batu tu,baik tengok bahan lain yang mudah dicari"

Aku tergamam,jadi batu tu ada dekat perempuan nama Min ni!Hahaha!!

Tapi,macam mana aku nak ambil dari dia?Aku menepuk dahi sendiri,Lembablah..nak curi?Benda tu sangatlah tak baik...

"Kyaaa!!Mye macam mana ni!?Haiwan sarkas semua dah mati!!"

"Apa?mana Gi?"

"Dia ganti Lilac buat show singa dan gelung!"

Aku menyorok di sebalik longgokkan kotak tak jauh dari mereka.

"Macam mana ni..nanti Tuan Jiu akan marah,dia akan buang kita kalau pertunjukkan ni gagal...Ini je satu-satunya tempat tinggal yang kita ada "

Aku terdiam.Aku yang berasa kesian terus melupakan tentang Batu Gyor tu lalu keluar menuju ke arah gadis berdua tu.

"Maafkan saya.."

Mereka pandang aku tak berkelip,aku tahulah aku cantik tapi jangan tenung aku sangat.

"Siapa awak,awak tak boleh berada di sini,sini tempat larangan"

Gadis yang aku rasa namanya Mye berkata dengan garang.Ayy,aku datang nak tolonglah..Aku berdehem sedikit.

"Maaf kerana mengganggu tapi,saya terdengar yang haiwan sarkas awak berdua dah ermm..mati.Jadi,saya di sini ingin menolong awak berdua"

Mereka memandang antara satu sama lain.Aku rasa mereka tak percaya aku,aku pun memusingkan badan aku lalu mengelurkan seekor helang dan ular bayang.Mereka berdua terkelu.

Aku pula hanya tersenyum manis.

√  √  √  √

Kapten Kaizo.

"Tuan-Tuan,Puan-Puan,kanak-kanak dan dewasa!!Malam ini,Kalian akan menyaksikan sebuah pertunjukkan sarkas yang terulung pada abad ini!!"

"WUUUUU!!"

Jeritan Alien-alien ni membingitkan telinga aku.Aku tak nak pun berada di tempat ini tapi,target aku berada di tempat ini jadi aku terpaksalah beli tiket yang sangat mahal untuk menjalankan misi aku.

Aku memandang ke kiri aku dan aku lihat budak-budak bumi ni nampak teruja.Apabila aku berpaling ke kanan,aku hanya nampak Sai dan Sheilda saja.

"Sai,mana Fang?"

"Dia kata dia nak cari makanan"

Aku memandang Sai pelik.Lamanya,ni beli makanan ke buat makanan?

"RAWRGH!!!"

Aku terkejut dengan ngauman yang kuat itu.Aku mengalihkan pandangan ke arah gelanggang pentas.Seekor singa yang dihiasi dengan perhiasan sedang membuat persembahan berjalan di atas tali yang tinggi.Dengan mata aku yang tajam,aku boleh nampak bulu singa itu seperti bewarna hitam.Singa jenis apa tu?

Tiba-tiba,mata aku tertarik pada seorang gadis yang mengawal haiwan-haiwan sarkas.

Dia memakai baju berseluar merah hingga paras pehanya saja dan berkot hitam labuh.Dia juga memakai sepasang stoking hitam panjang dan kasut hitam bertumit tinggi.Barang perhiasan seperti topeng mata dan topi hitam yang berbunga turut dipakainya.Rambut ungunya yang mengurai panjang juga dihiasi dengan butiran kristal.

Apabila aku habis scan gadis sarkas tu,aku memandang Sai dan Sheilda yang ternganga besar.Fuhh,pervet..yang Sheilda aku tak tahu apa masalah dia.

Sedang aku melihat sekeliling,aku ternampak seorang lelaki bertongkat duduk di tepi penjuru gelanggang sarkas dengan pandangan..err gatal?Ahh,lantak situ..yang pasti,dialah orang yang aku cari!

Pembunuh bersiri alam sejagat,membunuh lebih dari 156 orang gadis,kanak-kanak dan remaja.Membuat jualan sphera kuasa haram secara besar-besaran,pandai menyamar dan sentiasa terlepas dari tangkapan polis angkasa.Dia juga pernah membuat penculikkan besar-besaran suatu ketika dahulu.

Aku pasti,dialah penyagak tu.

 C H A N G E // F A N G Where stories live. Discover now