+019

960 83 3
                                    

Aku terjaga bila sinaran matahari menyapa muka aku.Aku menggosok-gosok mata aku yang terasa kabur sambil menguap seluasnya.Malam semalam aku bernasib baik sebab Kapten dan yang lain tak balik lagi dari misi.Jadi,sebelum aku dijumpai oleh mereka aku cepat-cepat masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik aku.

Aku bangun dari perbaringan aku lalu segera bersiap.Kot dan beg galas yang tergantung di dinding aku capai lalu aku bersedia untuk hari ni.Ya,aku nak mencari air mata naga biru.Memandangkan ni pun hari free aku.

Lokasi Planet Bafi aku tetapkan,aku pun mengambil kunci kapal angkasa personal hak milik aku lalu memulakan perjalanan.

Keadaan sangat sunyi dalam kapal,aku yang kebosanan menghubungi Sai dan Sheilda.

"Yo landak betina pe kabo?"

Eh eh jantan mata tindik ni ada yang kena tusuk nanti.Aku mencebik menyampah sebelum memulakan perbualan kami.

"Kau pergi main tempat lain ahh,aku nak Sheilda.Merajuk dengan kau 5 hari"

Aku spontan menutup mulut aku.Sejak bila,aku gedik macam ni?

Aku terdengar gelakkan yang kuat bergema dalam kapal angkasa aku.Mamat ni punya ketawa mampu menggegarkan dunia betul.

"Hahaha,merajuk ahh macam aku kisah"

"Bagi dekat Sheilda,aku nak berbual dengan dia"

Aku tengok Sai duduk santai saja sambil minum air buah kelapanya.Sesekali,aku terliur juga melihat air dari buah bulat yang bewarna hijau tu.

"Berbual lah dengan aku,apa salahnya,kan?"

Dia menyelak rambutnya kebelakang menyerlahkan parut didahinya sambil senyuman senget terukir di bibirnya.Dia memandang ke kanannya sekejap seperti ada sesuatu yang menganggu dirinya sebelum memandang aku kembali.Suara dia yang tiba-tiba serak menyapa telinga aku hingga membuatkan aku terkaku.

"Kenapa?Kau tak suka aku ke?"

BUKKK!!!

"KAU JANGAN NAK MENGARUT,PERGI SERANG SEKARANG!"

Sheilda dengan muka bengisnya merampas alat komunikasi Sai dengan kasar sebelum mengelurkan suara jantannya.Bila arnab betina bertukar menjadi dinasour jantan eh.

"BAIK TUAN!"

"HUH!Oh hei Fang,kau macam mana?"

"Haha,baik je.Kau tengah buat apa Sheilda?macam serious je..

"Baguslah tu,kami dekat Planet Abigail sekarang ni.Ada budak aku buat kacau kat kawasan sebelah.Dia pergi provoke samseng negara jiran sebab ingat samseng tu nak buat onar tapi sebenarnya samseng tu elok je makan ais krim dekat kedai tepi jalan.Tak sempat nak terangkan,terus jadi perang"

"Aghh..teruk ke budak tu kena?Kau okay kan?Semua hidup lagi kan?"

"Haha,jangan risaulah.Aku okay je,kau pula?Nak pergi mana dengan kapal angkasa tu seorang diri?"

Sheilda cuba mengubah topik kami setelah dia nampak aku yang dah macam nak menangis air mata darah.

"Aku menuju ke Planet Bafi,bahan penawar ada di situ.Jadi,aku nak carilah"

"Laa..ya ke?Kalau macam tu hati-hati ya,kita akan berjumpa lagi"

"Hati-hati perjalanan tu.."

TUT!

Aku menggeleng perlahan.Sebab salah faham kecil je dah boleh cetuskan perang,apatah lagi dunia sekarang.Sikit-sikit perang,sikit-sikit perang,tak suka kawan ni,perang.Tak suka kawan tu,perang.Cubalah belajar berdamai sikit.Barulah hidup kita aman sentosa sebab memaafkan itu amalan mulia!Jadikan kebaikkan itu landasan hidup kita demi memajukan dunia ke arah yang lebih cerah jadi,undilah saya untuk pilihan raya HQ Tapops yang seterusnya.

Done promote diri sendiri.

                        🕸 🕸 🕸 🕸

Aku berjalan menuju ke sebuah gerai tepi jalan untuk berehat.Aku membuka peta aku lalu menganalisis jalan yang aku bakal lalui.Tiba-tiba,jam tangan aku berbunyi dan nama Sheilda tertera.

"Hei Fang,macam mana?Okay tak?apa nama bahan penawar kau tu?

"Air mata naga biru"

"Hmm?air mata naga biru?"

"Aku tahu ni!"

Sai mengambil alat komunikasi dari Sheilda sebelum berdehem sedikit.

"Planet Bafi ni,planet yang asalnya merupakan kediaman para naga yang boleh bertukar menjadi manusia tapi jarang mereka bertukar.Mereka memerintah planet Bafi ni sama macam manusia memerintah.Semua naga hidup aman dan damai je.Tapi satu hari,sebuah meteorit terhempas ke planet ni dan seekor naga biru muncul,memusnakan kerajaan Planet Bafi.Tahun seterusnya diperintah oleh keturunan naga biru yang zalim.Seekor anak naga biru lahir pada bulan biru mengambang,dan ia merupakan satu-satunya naga biru yang mempunyai hati nurani yang baik dan bersih.Dialah yang menolong para naga yang ditindas dan merawatnya.Dia,mempunyai kuasa pemulihan.Raja naga biru yang zalim murka kerana dia menolong naga-naga yang ditindas lalu naga biru itu dibawa ke hadapan untuk menerima hukuman execution.Pada hari hukumannya,dia menangis sambil menghadap bulan biru yang sama waktu dia lahir dan dengan ajaibnya,setitik air matanya memusnahkan seluruh tempat itu,memusnahkan keturunan naga biru"

Aku terkesima,Sai menghirup airnya setelah penat bercerita.

"Ada lagi.."

Aku ternganga kecil.Panjang lagi rupanya..

"Setelah beberapa ribu tahun cahaya,Planet Bafi dikejutkan dengan berita seekor anak naga biru dijumpai di atas puncak gunung berapi.Dia diambil dan dijadikan sebagai hamba kerana takut ia akan menuntut tahkta dia.Tapi sebenarnya,anak naga itu merupakan keturunan naga biru yang berkuasa pemulihan.Dia sama macam naga pemulihan asal.Baik,sopan,senyap dan tidak banyak menyoal.Tanpa mengetahui identiti sebenar dia,dia diseksa hidup-hidup.Dari segi mental mahupun fizikal.Dia juga dilarang untuk bertukar menjadi naga.Jadi,dia kekal dalam form manusia dari kecil lagi.Dia selalu menangis di puncak pergunungan berapi tempat dia dijumpai dan satu hari,air matanya menukarkan lava dalam gunung berapi menjadi air penyembuh.Ramai yang menggunakan air itu tanpa mengetahui siapa yang membuatnya.Satu hari,dia dibawa untuk dihukum kerana kononnya merosakkan taman bunga ros puteri naga tapi sebenarnya dia menolong menyuburkan kembali.Dia belari ke puncak gunung itu lalu terjun dan lemas dalam lautan air matanya sendiri,menukarkan air itu menjadi racun akibat kesedihannya yang lama disimpan.. "

aku terkedu.Maksudnya,air tu dah tak wujud ke?

Aku Menutup alat komunikasi aku lalu aku termenung.

"Maafkan nenek,anak muda..."

Aku terjerit kecil apabila disapa oleh seorang nenek tua rambut merah beruban putih dari belakang.Dia tersenyum manis kepada aku sebelum meletakkan secawan air kelapa kepada aku.

"Nenek terdengar cerita kamu dan nenek dapat rasakan yang kamu memerlukan air mata naga itu,kan?"

Aku mengangguk laju.

"Nenek ada dengar satu lagenda,dalam gunung tu akan memunculkan sebiji bebola emas yang boleh menunaikan apa saja hasrat kamu kalau kamu berjaya mengalahkan penjaga tu.Pergilah ke sana,mana tahu kamu bertuah"

Aku segera menghabiskan air yang diberi lalu sudah bersiap sedia untuk pergi berlawan.

 C H A N G E // F A N G Where stories live. Discover now