+008

1.2K 97 11
                                    

Tap Tap Tap

Derapan tapak kaki mula kedengaran di segenap ruang.Jantung Fang mula mengepam darah dengan laju.Pernafasannya menjadi tak keruan dan tatkala Kapten Kaizo mula muncul di muka pintu kapal angkasa dengan mata helangnya yang seperti menikam jantungnya,kakinya mula kehilang kekuatan dan ingin berubah menjadi jeli.

Dengan debaran yang dahsyat,Fang memerhatikan saja Kapten Kaizo yang mula berjalan mendekati mereka semua bersama pasukannya yang lain.

Apabila Kapten Kaizo sudah berdiri di hadapan Fang.Fang menarik nafas singkat lalu memberikan hormat pada Kapten Kaizo.

"Prebet Fang.."

"Selamat pulang,Kapten Kaizo"

Fang tersenyum senget.Dia mula menunjukkan aura alpha female dia dihadapan Kapten Kaizo.Sai dan Shielda menjeling sedikit untuk melihat reaksi Kapten Kaizo.

Keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba.Boboiboy,Gopal,Yaya dan Ying memandang Kapten Kaizo pelik kerana dia hanya senyap saja dari tadi manakala Fang,Sai dan Sheilda seperti cacing kepanasan.

"Kau.."

Kapten Kaizo melarikan jarinya telunjuknya lalu menunjuk ke arah Fang.

"makin gemuk.."

KRAKK

                             + + + + +

"Huarghhhhh!!!!!"

"Sudahlah Fang.."

Sheilda menepuk-nepuk belakang Fang yang sedang galak menangis.Reversebot yang berada di sebelah kiri Fang setia memegang kotak tisu yang ketiga.

"Apa masalah dia tu!?Dalam banyak-banyak ayat dalam galaksi kenapa kena cakap 'gemuk' tu?Dia ingat dia tu kurus sangat ke hah?Aku punya langsing macam lidi dia kata gemuk!Buta ke??!!"

Setelah membebel panjang,Fang kembali menangis seperti kanak-kanak.Sheilda hanya mampu tersenyum pasrah dengan mood Fang yang sedikit swing itu.

Pada waktu tengah hari,Boboiboy,Fang dan kawan mereka yang lain keluar untuk membuat rondaan di sekitar Planet perhentian mereka iaitu Planet Jigi-Jigi.

Fang dan Boboiboy ditugaskan untuk menjaga di bahagian sayap kiri planet manakala yang lain di bahagian kanan.

Keadaan semuanya sama saja sehinggalah kaki Fang terhenti di hadapan sebuah kedai lama yang terletak di hujung jalan.

Kedai itu mepunyai pintu diperbuat dari kayu jati dan mempunyai beberapa akar daun yang meliliti pintu tersebut seakaan-akan hiasan,tingkapnya pula menyerupai tingkap yang ada dirumah raja-raja dan sebidang kain sutera merah menutupi tingkap itu.

Bumbung berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada zink bewarna merah bata menunjukkan lagi kemistikkan rumah itu.Kedai itu, mempunyai aura yang menarik perhatian Fang.Aura mistik dan misteri.

Takk Tak Takk

Bunyi halus dari loceng kedai yang diperbuat dari pokok rotan itu menambahkan lagi aura kedai itu.Apabila Fang melangkah masuk ke dalamnya,dia disapa dengan pelbagai rak yang dipenuhi dengan botol-botol kecil yang bercecair warna-warni.

"Wow,macam Harry Potter"

komen Fang penuh kekaguman.

"Boleh saya tolong awak,Cik?"

"Arghh!!"

Fang terlompat sedikit hingga terkelurkan suara 'gadisnya' apabila dia disapa dari tepi.Fang menarik nafas sebentar dan memperbetulkan sedikit suaranya.

"Sa..saya lelakilah"

"Oh,maaf.Saya buta"

Sang lelaki itu pun membuka matanya dan menyerlahkan warna anak mata biru lautnya yang kelihatan bersinar.Untuk seketika,Fang tergamam.

Dia memakai baju putih yang berjalur biru di bahagian butangnya,sebuah bentuk pedang dengan bulatan di atasnya tersulam kemas di kiri dan kanan bahagian bawah baju.Terdapat beberapa buah tali pinggang kecil bewarna coklat di bahagian kedua-dua belah peha seluar putihnya.Rambutnya yang paras bahu bewarna biru cair sedikit sebanyak menampakkan dirinya seperti bidadari.

"Boleh saya tahu,ini kedai apa?"

Soal Fang setelah lama merenung lelaki itu.Fang amat berharap yang lelaki itu tidak perasaan bahawa Fang telah mengimbas diri dia.Pipinya merah sedikit apabila lelaki itu tertawa kecil.

"Soalannya,Apa yang awak nak di sini?"

Eh eh..

 C H A N G E // F A N G Where stories live. Discover now