+017

1K 85 0
                                    

Setelah pertunjukkan tamat,aku berjalan menuju ke belakang pentas.Aku kena jalankan misi aku secara senyap,aku tak boleh buat onar di Planet Rew ni disebabkan undang-undangnya yang ketat dan menyusahkan.

Aku melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain,seiring dengan pergerakkan target aku.Aku berhenti apabila dia berhenti.

Dia menghampiri empat orang gadis yang sedang elok duduk berbual di meja kopi kecil dan mereka berempat adalah gadis sarkas tadi.

"Selamat malam,gadis-gadis sekalian"

"Huh?Selamat Malam Tuan Jiu!"

Mereka berempat menunduk hormat kepada dia,huh?itu budak yang diculik oleh dia ke?Gadis berambut ungu tadi memandang dia acuh tak acuh.

Aku tunggu saja agar dia bersendirian supaya aku boleh menjalankan tugas 'pembersihan' aku.

Dekat 7 minit juga aku duduk bertenggek dekat bumbung bangunan ni.Lamanya,dia buka kedai kopi ke?Tiga orang gadis tadi telah meninggalkan target bersama gadis ungu.Aku pun dengan penuh bosan terus sahaja memerhati hinggalah.

"Hei!Lepaskan aku!"

Aku tersentak,Si tua miang tu tiba-tiba saja memeluk gadis berambut ungu tu.Aku sudah berdiri,dia nak jadikan gadis rambut ungu tu target dia ke?Hoho,bukan hari ni,Hari ni,kau 'makanan' aku.

BUMM!!

Aku mendarat di atas badan si tua keparat ni sambil menikam bahu dia menggunakan pedang tenaga aku.Dia menendang aku dengan kuat hingga aku menjauhi diri dia.

"Siapa kau?!"

Dia berang,dia mengelurkan sebuah sphera kuasa lalu mengacukan kepada aku.Eleh,besibot je pun.Apa je kau boleh buat dekat aku?

Aku tersenyum sinis.Aku belari mengelilingi dia lalu menghasilkan sebuah pusaran ribut pasir.Aku nampak dia mula menggunakan besibot dan menghalakan pada aku.Anak panah besi yang tajam menghujani diri aku tapi aku lebih tangkas.Kesemuanya aku elak,bila dia sudah kehilangan oksigen,aku terus menyerang dia namun dia dengan pantas menghalakan pedang besinya.

Ewah orang tua ni,kau nak lawan sangat kan?Jomlah!

ZHINGGG!

ZHINGGG!

ZHINGGG!

PRANGG!!

Dia asyik belari sekeliling,terlalu pantas macam asap.Aku dapat hiris badan dia beberapa kali tu pun dah okay.Aku menguatkan penglihatan aku dan kemudian,bila aku dah pasti.

ZAPPP!!!

Tepat di dada,tchh..bukan kuat sangat pun.Aku memijak badan dia sambil menekan pedang tenaga untuk terbenam lebih dalam di dadanya.

"Hahaha,aku tak tahu siapa kau tapi.."

Dia yang sudah berada di dalam gengangam aku tergelak sinis.Sesekali dia terbatuk darah.

"Kau...dah masuk perangkap"

Dia tiba-tiba lesap.

ZAPPPP!!!!

"ARGHHHH!!!"

Aku mengerang kesakitan.Kedua-dua belah lengan dan bahu aku ditusuk dengan besi-besi tajam yang datang dari pelbagai arah.Tak guna,dia pasang perangkap masa dia belari di sekeliling.

Dia tergelak sinis.Aku memandang dia jengkel.

"Kau ingat kau boleh kalahkan aku macam tu je ke..Kapten Kaizo?"

Dia menggunakan tongkat dia untuk menghentak kepala aku.Terasa kepala aku berpinar.

"Harimau bayang!!"

"ARGHHH!!"

Aku terkejut

"GIGITAN BAYANG!"

"ARGHHH LEPASKAN AKU!"

Aku nampak harimau bayang tu menggigit dia dengan rakus sehingga darahnya tersembur,tak cukup dengan itu,beberapa ekor haiwan lain turut menyerang dia.Besi-besi yang menusuk aku hilang apabila sphera kuasa tu terlepas dari tangan orang tua tu.Aku tersembam ke tanah.

Apa yang aku nampak,hanyalah rambut ungu yang mengurai panjang.






















Fang.

"Macam mana dengan keadaan dia Ibina?"

Aku memandang Ibina dengan mata sembab.Sudah berapa jam aku menangis di sisi Kapten Kaizo hingga Ibina pun terganggu konsterasi dia untuk memulihkan Kapten Kaizo.Maaflah..

"Dia okay je,nanti dia bangunlah.Tak ada yang teruk pun.Kaki kau macam mana?"

Aku menggerak-gerakkan sedikit kaki aku lalu menunjukkan tanda okay.

"Okay dah.Sengal-sengal sikit je"

Ibina mengangguk lalu meninggalkan aku bersama Kapten Kaizo.Batu Gyor yang aku dapat dari Min aku pandang sepi.

Penjenayah yang Kapten Kaizo kejar telah berjaya ditangkap oleh Sai dan Sheilda tapi tu pun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.Aku pula sedar-sedar je tengah elok menangis sambil memeluk Kapten Kaizo yang pitam di peha aku.Min,Mye dan Gi telah dihantar ke Pusat penjagaan untuk menerima rawatan lanjut.Rupanya,mereka adalah antara kanak-kanak yang hilang akibat penculikkan besar-besaran oleh penjenayah tersebut.

Aku teringat kembali perbualan aku bersama geng MGM sebentar tadi sebelum mereka dihantar ke Pusat jagaan.

"Nah,untuk awak.Terima kasih sebab tolong kami"

"Ehh,tapi ni kan tangkal bertuah awak?"

Aku menolak batu Gyor itu dengan berhemah.Min pula ketawa kecil.Gi memaut leher aku serta Min dan Mye.

"Rilek ahh,dia memanglah tangkal bertuah tapi..kami nampak yang kau macam lebih perlukannya dari Min ni"

Dia menunjuk ke arah Kapten Kaizo yang sedang diusung ke bilik pemulihan.Aku memandang mereka sayu.Aku jujur cakap aku takut,aku takut kehilangan abang kesayangan aku.

"Jangan risau,dia akan okay.Terima kasih sebab selamatkan kami.Kami hargainya dan kami doa yang terbaik untuk misi awak,Fang"

Mye mengenyitkan sebelah matanya dan membuatkan aku membahang.Mereka melayan aku dengan sangat baik dan aku pula berasa selesa dengan mereka.Tanpa sengaja,aku terceritakan misi aku kepada tiga orang gadis comel tu.Haha,psikologi perempuan..kau layan dia baik,dia layan kau berganda lagi baik.

"Fang.."

Aku tersentak,aku mengelap saki baki air mata aku lalu segera memandang wajah abang aku.

"Dekat mana.."

"Abang dekat bilik pemulihan,abang okay kan?Tak rasa nak mati lagikan?"

Aku cuba membuat lawak namun Kapten Kaizo tahu yang aku hanya berpura-pura.Aku adik dia,mestilah dia tahu semua pasal aku.Kapten Kaizo terus menarik aku dalam dakapan dia.Aku pun dengan tak malunya menangis sepuas hati aku dalam dakapan abang aku yang berlagak hero ni.

Sakit jantung aku bila aku tengok abang aku tergantung lemah dekat besi-besi tajam tu.Tak pasal,mode baran aku ter-on.

Bila aku dah tenang,abang ajak aku baring sebelah dia.

"Maaflah,buat kau risau.Tapi,benda ni benda biasalah..dulu aku balik dengan luka-luka kau tak pernah menangis seteruk ni"

Dia tersengih macam mengejek.Aku mencebik menyampah.Hormon perempuan,kau apa tahu?

"Fang,kau tahu..sebelum aku pitam.Aku ternampak seorang gadis berambut ungu sama macam kau.."

Aku yang tengah elok bermanja dengan abang aku terus terkaku.Dia nampak aku ke?Dahlah aku guna kuasa bayang tu tanpa transfom diri aku dulu.

Muka dia tiba-tiba saja berubah jadi serious sampai aku pun kecut perut nak angkat muka aku.

"Kau sebenarnya.."

Gulp..habislah aku.

______________________________________

Penampilan istimewa Group MGM. Mye is me,Min @Minharu and Gi.Dia tak de account wattpad.

 C H A N G E // F A N G Where stories live. Discover now