+005

1.4K 111 9
                                    

“Juu,saya Reversebot!gembira dapat berkenalan!"

"Err,aku Sai ini--"

ZHUP!!

"Hei robot tak guna,lebih baik kau tukarkan aku sekarang sebelum aku campak kau dekat besi buruk!"

Muka Fang yang tiba-tiba timbul urat serba sedikit menakutkan Reversbot.

“A..aku..aku minta maaf Juu!!!Aku tak sengajalah!!”

"Banyaklah kau tak sengaja!tukarkan aku balik!!"

"Fang sabarlah!"

Sheilda merampas Reversbot dari terus digoncang oleh Fang.Reversbot itu kemudian berterima kasih kepada Sheilda.Fang yang tidak puas hati segera duduk sambil tangan dan kakinya disilang.

“Aku tak boleh reverse kan balik benda yang dah di reverse.Macam kau,aku dah reverse jantina kau so aku tak boleh reverse kan balik jantina asal kau,aku minta maaf Juu!!!”

"Haih.."

Sheilda mengeluh.Dia meletakkan Reversebot di atas meja.Dia pun mengambil tempat di sebelah Sai.

"Nampaknya,kena cari penawar sendirilah.Kita akan cari buku penawarnya dekat perpustakaan"

"Jomlah mulakan!"

Mereka berempat pun dengan penuh ketekunan mencari buku yang diinginkan.Memandang perpustakaan TAPOPS teramatlah besar,maka pencarian mereka agak mengambil masa.

"Aduh,kacaulah rambut ni!"

"asal tak potong?"

Sai yang terdengar bebelan Fang segera mengalihkan pandangannya kepada Fang yang sedang menguis rambutnya dengan penuh kegeraman.

"Sheilda dah cuba,tapi rambut ni tak boleh dipotong.."

"Ya ke,Kalau macam tu,sini.."

Fang bingung namun dia ikut saja arahan Sai.Dia pun duduk dihadapan Sai manakala Sai mengeluarkan seutas tali dari poketnya.Dia pun dengan teliti mengikat rambut Fang menjadi sebuah sanggul.

"Dah!"

"Wah,terima kasih!"

Sai tersengih.

"Aku dah biasa sangat ikat rambut Sheilda jadi,tak ada hal sangat"

Entah kenapa,melihat senyuman manis Sai membuatkan pipi Fang menjadi merah.Dia segera belari ke tempat yang lain setelah berterima kasih kepada Sai.

"Apa ni,aku lelakilah..asal boleh merah pula ni.."

Beberapa jam sudah berlalu namun masih banyak rak yang belum dicari.Mereka pun berehat sebentar di meja perpustakaan.

"Kenapa tempat ni besar sangat..."

Keluh Fang.

Trit!Trit!Trit!

"Hmm..?ARGHHHH!!"

Jam kuasa Fang tiba-tiba sahaja berbunyi dan nama Kaizo terpempam.Mereka mula jadi panik.Fang dengan tidak sengaja tercampakkan jam kuasa miliknya.

"Woi,apa nak buat?!"

"Tenang!Tenang!"

Sheilda mula kepeningan.Sai pula tidak habis-habis bertanyakan Sheilda.

“Juu,asal semua panik ni??”

Sheilda mengambil jam kuasa Fang lalu membuka panggilan Kapten Kaizo.

"Sheilda?mana Fang?"

Muka Kapten Kaizo sangat terkejut apabila Sheilda yang mengangkat panggilannya.

"Maaf Kapten,Fang sedang membaca di bilik perpustakaan dan dia tertinggal jam kuasanya di atas mejanya"

"hmmph!Budak tu,cuai!Apapun,bagaimana dengan misi kamu semua?"

"Semuanya berjalan lancar kapten"

"Bagus,kami akan balik lagi empat hari.Beritahu Fang,aku nak dia bersiap untuk hukuman dia kerana cuai"

TIT!

Sheilda menarik nafas lega.Dia memandang Fang yang sudah meunjukkan muka ingin menangis.

"Aku minta maaf.."

Sheilda tersenyum dalam rasa salah tak bersalah.

"Aduh,dia nak balik lagi empat hari!Aku pula masih dalam keadaan yang memalukan ni!!"

"Sabarlah,sekarang kita kena cari buku tu dulu.Jom,ada tiga rak lagi"

###

“Juu..aku jumpa!!"

"mana!?!?"

"Wah,lusuhnya!!"

Fang mengambil buku yang sudah reput dimamah ulat buku dan kulitnya yang kusam.Fang membuka buku yang setebal buku kamus itu dengan berhati-hati agar tiada muka surat yang hilang.

"Wah,ini mesti ambil masa satu malam nak baca ni"

Kata Sai.

"Hei,kalau kau tak sedarlah..sekarang dah pukul 10.00 malam"

Sheilda merenung ke luar tingkap kapal angkasa mereka.

"Kalau macam tu,kita tidurlah dahulu,esok kita sambung.Selamat malam"

Fang menundukkan badannya sedikit kepada Sai dan Sheilda sebelum berlalu pergi ke bilik tidurnya.

Malam sudah larut namun Fang masih lagi setia membaca setiap helaian buku yang dijumpai mereka.Sesekali,tersengguk-sengguk kepalanya hingga hampir menghentak meja namun dia tetap gagahkan dirinya.Dia meregangkan segala otot-otot sendinya yang terasa kebas.

Apabila mengantuknya tidak dapat dibendung lagi,dia akhirnya akur dengan nafsu tidurnya.

 C H A N G E // F A N G Where stories live. Discover now