+007

1.2K 104 4
                                    

_H a r i  k e t i g a_

"Hei Fang,kau tengah buat apa?"

Fang terjatuhkan segala fail-fail yang dipegangnya manakala mukanya berkerut sedikit akibat terkejut disapa oleh Sai dari belakang.Dia segera mengutip kembali fail tersebut dengan bantuan Sai kemudian menunjukkan fail-fail kerja yang masih belum disiapkan lagi olehnya kepada Sai.Sai pun hanya mengangguk sahaja.

"Aku kena tuliskan laporan tentang Reversebot untuk dihantar ke HQ.Aku semalaman karang ayat ni,aku tak nak laporan ni nampak palsu"

Sai mengangguk lagi.Dia kemudian memerhatikan saja Fang melakukan kerja-kerjanya.

"Fang,macam mana kau nak cover suara lembut kau?"

Fang sekali lagi terkejut.Dia membuat muka menyampah lalu berdehem untuk seketika.

"Aku pandailah nak ubah suara,aku ni pengintip handal kau tahu?"

Sai mencebik dengan perangai Fang yang kuat berlagak itu.Dia kemudian tersenyum senget.Akalnya mula mendapat idea nakal.

"Macam mana dengan bawah tu?"

"bawah mana?"

BUKK!!

"Baka Hentai!!!"

"HAHAHAHA"

"Apa benda yang bising sangat ni?"

Sheilda datang dengan segelas kopi ditangannya.Dia kemudian mengambil tempat di sofa hadapan Fang.Sai yang masih tergelak dalam kesakitan dipandang pelik.

"Sai ni,sengaja cari pasal pagi-pagi buta"

"Hei,aku tanya benda betul okay"

Sai masih dengan senyum kerang busuknya.

"Hmm,tentang?"

Sheilda menghirup kopinya sedikit.

"Tentang bawah dia"

kata Sai selamba.Sheilda terdiam sebelum bertanya kembali.

"Bawah mana?"

BUKKK!!!

"BAKA HENTAI!"

"Asal semua asyik tumbuk aku ni,HAHAHA"

🍀  🍀  🍀  🍀

"Sheilda,aku nervous lah!!"

Fang tidak habis-habis berjalan ke hulu ke hilir dari tadi.Pintu gerbang TAPOPS sudah dipenuhi dengan pekerja-pekerja Tapops untuk menyambut kedatangan pasukan Kapten Kaizo dari misi mereka.

"Aduh,kau jangan gerak sangat boleh tak?.Pening aku.."

Sai memegang bahu Fang agar dia berhenti dari berjalan.Dia menyuruh Fang agar menarik nafas dan cuba bertenang.

Hari ketiganya sudah berlalu dengan tiada apa-apa perkembangan dalam misi dia dan hari keempat telah tiba.Fang berasa sangat gelabah dan gelisah,dia takut jika identitinya terbongkar.

"Ingat Fang,jantankan suara semuanya okay je"

kata Sheilda.

“PINTU MASUK AKAN DIBUKA,SILA JAUHI GARISAN MERAH.DALAM TIGA.."

Fang menarik nafasnya dengan dalam.

"DUA.."

Sai dan Sheilda sudah bersedia untuk memberi hormat.

"SATU"

ZHINGGGGGGG

"Sedia!!"

Fang mula memberikan arahan selaku ketua unit di situ.

"Selamat Kembali,Kapten Kaizo!!"

There's no turning back now..

 C H A N G E // F A N G Where stories live. Discover now