+006

1.3K 103 0
                                    

RING!!!!!

"GAHHH!!!Aku tertidur lama sangat!"

Fang yang terjaga secara mengejut segera melompat turun dari katilnya lalu segera memasuki tandas untuk membersihkan diri.

Setelah dia selesai,dia segera kembali ke meja kerjanya untuk menyambung bacaannya.Sedang dia menyelak muka surat buku itu,hatinya tiba-tiba sahaja terasakan sesuatu.

"Hmm..kenapa aku rasa..ada benda tak kena?"

Fang menutup buku bacaannya dan termenung sebentar.Sesekali,dia memandang ke arah katilnya yang sudah siap dikemas olehnya.

"Semalam..memang aku tidur atas katil ke?.Bukan aku tertidur dekat meja? "

Fang terdiam sejenak.

"Ugh,mainan perasaan je kot"

Fang kemudiannya hanya mengabaikan saja bisikkan hatinya lalu menyambung pembacaannya.

Waktu sarapan pagi di meja makan kelihatan normal saja kecuali Fang yang asyik bergelut dengan pakaiannya dari tadi.

"Fang,apa masalah kau sebenarnya?Aku rasa nak je tampar kau sekarang ni"

Sai menjeling Fang yang mengabaikan kata-katanya.Fang mengeluh sendirian sebelum memulakan ayatnya.

"Tak cuma,aku tak selesa dengan pakaian aku sekarang.Terasa agak..ketat"

Fang menunduk malu manakala Sheilda tergelak kecil.Sai pula berdehem sedikit bagi menghilangkan perasaan malunya.

"Hari ni,kita pergi cari baju untuk kau"

Fang tersenyum lebar mendengar kata-kata Sheilda.

∆ ∆ ∆ ∆

"Wahhh!!!!Besarnya Pasar raya ni!!"

Fang yang teruja dengan Pasar raya Planet Lili tidak sedar bahawa dia sudah melangkah jauh ke hadapan,meninggalkan Sai dan Sheilda.

"Urgh,perangai dia sebiji macam perempuan"

Kata-kata Sai menggelikan hati Sheilda.Sheilda tersenyum senget.

"Dia memang perempuan lah"

Sai terdiam manakala pipinya mula kemerahan.

"Entahlah,tapi Reversebot kata,apabila jantina dia ditukar..automatik persepsi dan cara pemikirannya juga turut berubah"

"Ya ke.."

“Betul tu Juu!!!”

Sai terkejut dengan kemunculan Reversebot dari dalam beg sandang Sheilda.

Sudah tiga buah kedai baju mereka bertiga masuk namun satu baju masih tidak dibeli.Sai yang sudah kepenatan segera mencari tempat duduk di sekitarnya.

"Fang tengok baju ni!"

"Wah,comellah!Sheilda tengok yang ni pula!"

“Juu,yang itu nampak menawan”

"Hahaha"

Sai mengerutkan dahinya.

"Macam ni ke perempuan membeli-belah?Kejap,Reversebot tu perempuan ke!?"

Tiada siapa tahu.

Akhirnya,mereka pun membeli tiga pasang baju oversized dan hoddie serta satu bengkung untuk menggantikan kain pembalut yang menyorokkan dada Fang selama ini.

"Lepas ni,kita pergi makan nak?"

Ajak Fang sambil menggigit waffle coklat miliknya.

"Then,Apa yang kau tengah buat sekarang?"

Soal Sai dengan penuh rasa jengkel.

Tiba-tiba,mereka ternampak kelibat Laksamana Tarung dan Komander Kokoci.Mereka pun segera lari dan menyorok dari mereka berdua.

"Asal mereka ada dekat sini?"

Soal Fang.Sheilda membuka fail yang ada di dalam jam kuasanya lalu menepuk dahinya.

"Mereka berdua ada misilah dekat Planet Lili ni"

Sai menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Lebih baik kita beredar cepat"

Mereka pun segera melesapkan diri.

∆ ∆ ∆ ∆

"Okay Fang,selesa tak?"

Soal Sheilda setelah selesai mengikat bengkung milik Fang.Fang pula hanya membuat muka 'bolehlah' pada Sheilda.

"Dada kau besar sangat,susah sikit nak ikat,hahaha"

"Apa ni Sheilda,malulah"

Fang segera menyarungkan baju oversized ungunya serta rambut palsu yang menyerupai rambut asalnya.

"Kau kena hati-hati sikitlah,takut tertanggal pula rambut ni"

"Hmm,nak buat macam mana..dah rambut ni permanent pula.."

TOK!TOK!

"Hei,boleh aku masuk?"

Fang dan Sheilda tersentak seketika sebelum membenarkan Sai dan Reversebot masuk.

"Jadi Fang,kau ada jumpa apa-apa ke dalam buku penawar tu?"

Mereka pun duduk membentuk segi tiga dengan Sai duduk di atas lantai manakala Sheilda duduk di atas katil Fang dan Fang di kerusi kerja miliknya.

"Erm,aku rasa nak putus asa jugaklah tapi aku berjaya jumpa 4 bahan saja dari 6 bahan untuk membuat penawarnya..yang lain,muka suratnya dah dimamah ulat.."

Sai dan Sheilda membaca satu persatu bahan dari kertas yang ditunjuk Fang.

"Tak apalah,nanti kita usaha untuk tiga bahan lagi.Oh ya,Masa aku tengah mencari di dalam komputer,aku terjumpa sebuah kedai untuk penawar segala kesan dari sphera kuasa"

"Betul ke!?"

Tiba-tiba saja cahaya harapan Fang bersinar di sebalik matanya.Sai tersenyum hambar sambil menggelengkan kepalanya.

"Kecuali untuk Reversebot"

"Baik tak payah cakap!!"

Fang mengeluh kasar.Dia menyilangkan kedua-dua belah lengannya ke dada dan memalingkan muka ke kiri.Mukanya berubah menjadi sunggul.Reversebot yang berada di dakapan Sheilda segera terbang ke arahnya.

“Juu..aku minta maaf..”

"Hmm?Err...tak apalah.Bukan salah kau pun.Kau pun sphera kuasa yang baru dijumpai"

Fang tersenyum hambar sikit sambil mengusap pipi Reversebot.Reversebot yang berasa sangat serba salah segera duduk dalam dakapan Fang.

"Hei,kau berdua dah berbaik hah?"

Sai dan Sheilda tergelak kecil melihat kemesraan mereka berdua.Makanya,hari kedua Fang sebagai perempuan pun berlalu.

 C H A N G E // F A N G Where stories live. Discover now