+021

947 72 4
                                    

Aku berjalan secara berpusing-pusing tanpa melihat kiri dan kanan.Sesekali mulut aku terbuka sedikit dan mengeluarkan bunyi kekaguman.Bunga-bunga dan pokok-pokok yang rendang aku tatap tenang.Hari ni,Aku,kawan-kawan aku dan Kapten Kaizo menjalankan sebuah misi yang mustahak iaitu pencarian fantasibot yang terletak di Planet Chihaya.

Setiap dari kami telah diberikan tugas memasing dan aku ditugaskan bersama abang aku,Kapten Kaizo.

Aku berjalan terlebih dahulu dari abang kerana aku terlalu takjub dengan planet ni.Planet ini penuh dengan tumbuhan hijau yang hidup subur dan udaranya juga amatlah nyaman.Awan-awan ungu lembut yang nampak seperti gula-gula kapas menghiasi dinding langit.Secara tiba-tiba,anak harimau bayang aku keluar tanpa dipinta dan aku pun bermain bersama.

"Pang,kita ke sini untuk mencari Sphera kuasa bukan bermain"

"Yalah,tapi tengoklah abang,sini sangat nyaman"

Aku menjeling abang aku yang tak reti berseronok ni sebelum terbaring di atas rumput di tengah-tengah kawasan lapang yang ditumbuhi dengan bunga dan rumput.Anak harimau bayang aku pula berehat di atas perut aku.Dengan sekilas pandang aku nampak Kapten Kaizo dalam diam tersenyum kecil melihat adik kesayangannya ni gembira.

"Dah lama,tak rasa macam ni"

Kapten ambil tempat di sebelah aku.Aku mengeluarkan seutas rantai yang aku dapat di Planet Bafi hari tu lalu aku serah pada kapten.Dia mengambilnya dengan sebelah keningnya dijongketkan.

Aku pula hanya tersengih lebar.Perlahan-lahan,aku mula berasa mengantuk.Teriba rasa ngantuk..

"Ke..kenapa?"

Mata aku terpejam rapat.

° ° ° ° °

Aku terasa seperti ada sesuatu yang bermain dimuka aku dan apabila aku sedar,aku terus terduduk.

"Abang?"

Keadaan sunyi seperti tadi.Tak,sunyi yang ni tak normal.Aku mengimbas kawasan sekeliling sebelum terasa seperti ada benda yang menjilat tangan aku.Apabila aku menoleh,kelihatan seekor arnab bayang sedang menjilat tangan aku.

Ni haiwan aku ke?Bila masa aku seru dia?

"Dari mana..awak datang?mana abang?"

"Fantasi je.."

"Arghhhh!!!"

Aku terundur kebelakang apabila arnab itu tiba-tiba saja bercakap dengan aku.Ini hantu ke setan?Sesaat kemudian,arnab itu hilang di udara.

Aku sudah berdiri,aku mula berjalan memasuki hutan.Keadaan hutan asyik berubah-ubah,pokok nampak seperti tinggi dari biasa dan tiada satu pun hidupan disekeliling hutan itu.Matahari pula seperti memancarkan warna ungu cair dan bukanya kuning.

Tiba-tiba,persekitaran rasa seperti berpusing hingga menyebabkan aku kepeningan.

"Apa dah jadi ni.."

Aku tersandar pada sedahan pokok sambil memegang kepala yang terasa berat.

"Hahaha"

Suara gelakkan menyapa telinga aku hingga membuatkan aku terkejut.

"Suara itu macam Boboiboy!"

Aku kembali berdiri namun aku rasa terpaku.Macam ada orang letak gam bawah tapak kasut aku.Entah kenapa,pokok-pokok sekeliling aku ni macam nak makan aku pun ada.

Bunyi gelakkan ketawa Boboiboy kedengaran lagi dan kali ni bunyi itu bergema dari semua arah.Kepala aku berpusing dengan teruk.

"Apa semua ni!!"

 C H A N G E // F A N G Where stories live. Discover now