Aku terpukau saat Beomgyu menyanyi.Wah,tak sangka mamat pelik macam dia pandai menyanyi.Sesekali aku memerhati wajahnya.
" Boleh tahan jugak dia ni "
Beomgyu Pov
Aku rasa diri aku macam diperhati.Aku mendongakkan kepala melihat si Hana.Namun dia cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah lain.
Aku tahu aku kacak.Hahaha.
" Asal kau pandang aku?"
" M...mana ada aku pandang kau.Perasan."
Kau ingat aku tak tahu ke? Dengan wajah kau yang memerah,aku boleh agak yang kau sedang blushing.Comel betul lah kau ni.Macam mana la Soobin boleh tak terpikat dengan kau.
Hana Pov
" Asal kau pandang aku?"
" M...mana ada aku pandang kau.Perasan."
Alamak tergagap pulak..Pabo Hana pabo!
Kami sambung berlatih sehinggalah pintu kelas dikuak menandakan ada orang masuk.Aku menoleh ke arahnya.Ternyata orang itu adalah Soobin.Timbul satu idea dalam otak aku.
" Beomgyu-ah~Suara awak sangat merdu.Saya boleh mendengarnya sepanjang hari tanpa jemu~."
Nak termuntah aku bila cakap awak,saya dengan Beomgyu.Dia memandang aku pelik.Aku memandang Soobin.
" Semoga berjaya,Hana dan Beomgyu!"
What?! Aku sangkakan yang dia akan jeles.Rupanya sangkaan aku meleset.Dia siap tepuk tangan dan tersenyum lebar lagi.
Nampaknya aku ni memang syok sendiri.Sedihnya hidup aku..
Selepas itu Soobin melangkah keluar kelas.Beomgyu mencuit bahu aku.
" Kenapa dengan kau tadi? Kau nak buat dia jeles kan?"
Ishh anak Choi ni..Mampus nanti aku kerjakan.
" Dahla.Aku nak pergi tandas kejap."
Tanpa menunggu jawapan darinya,aku terus menuju ke tandas.
------------------------
Aku membersihkan mukaku dan merenung ke cermin.Aku menyepak angin dan menjerit sekuat hati.Aku nak lepaskan perasaan marah dan sedih aku.
Tiba-tiba ada seorang perempuan masuk ke dalam tandas.Ternyata itu adalah Yeji.Ishh menyampah betullah!
" Oh Park Hana..."
Dia mengunci pintu dari dalam.Aku menjadi panik apabila dia memegang sebuah pisau lipat dan mengacukan kepadaku.
" K..kau nak buat apa ni?!"
Dia melayangkan penumbuknya tepat di bahagian perutku.Ya tuhan..sakitnya tak terkata.
Aku jatuh terjelupuk di atas lantai sambil mengerang kesakitan.Dia mendekatiku lalu menarik rambutku.
" Hei kau dengar sini perempuan! Kau jauhkan diri kau tu daripada Soobin.Kalau tak.."
Dia mengacukan pisau lipatnya ke arah tanganku dan menorehnya.Air mataku laju meluncur ke pipi.Entah kenapa lidahku menjadi kelu untuk berkata-kata.
" Sakit tak,sweety? Tu baru sikit.Aku boleh buat banyak lagi! Kau jangan berani nak bagitahu sesiapa pun tentang hal ini.Kalau tak mampus kau aku kerjakan!"
Selepas dia melangkah keluar,aku menangis semahu-mahunya.Aku cuba untuk berdiri,malangnya aku terlalu lemah.Aku mengesot perlahan ke arah sinki untuk membersihkan kesan torehan di tanganku.
" Kenapa hidup aku terlalu malang ? "
-----------------------
Beomgyu Pov
Mana Hana ni? Dah hampir 15 minit pergi ke tandas.Dia pergi tandas ke buat tandas?
Aku berasa tidak sedap hati lalu aku memutuskan untuk menjenguknya.
Ishh lelaki mana boleh masuk tandas perempuan..Nanti pengawas tangkap naya aku.
" Hana ! Kau kat mana?"
Tiada respon.Ini yang buat aku risau.Aku mendekatkan telinga aku ke arah pintu tandas.Kedengaran sayup-sayup suara gadis menangis.Tanpa membuang masa,aku merempuh masuk ke dalam tandas.
Alangkah terkejutnya aku bila nampak Hana terbaring di atas lantai dengan tidak bermaya.Rambut dan pakaian menjadi tidak kemas dan teratur.Seperti dibuli orang.
" Hana !! "
--------------------------
Sorry chap ini agak pendek kerana author kehabisan idea.
Please vote and comment!
YOU ARE READING
I Will Have You-Choi Beomgyu
Fanfiction" Kadang-kadang aku tertanya-tanya,kenapa kau sanggup tolong aku walaupun aku taklah rapat dengan kau.Aku juga tertanya-tanya,kenapa tuhan hantar kau dalam hidup aku? Untuk bantu aku bila aku dalam kesusahan?" - Hati kecil Hana " Aturan tuhan itu in...