Alangkah terkejutnya aku bila nampak Hana terbaring di atas lantai dengan tidak bermaya.Rambut dan pakaian menjadi tidak kemas dan teratur.Seperti dibuli orang.
" Hana !! "
Dia mendongak memandangku.Mataku membulat saat dia tiba-tiba memelukku.Aku membalas pelukkannya.Bunyi tangisannya kedengaran di telingaku.Haihh siapa yang buat kau sampai jadi macam ni?
" Siapa yang berani buat kau macam ni ?! Bagitahu aku..Biar aku sembelih dia! Dasar tak guna! "
" Semua tu tak penting sekarang ni.Tolong hantar aku ke bilik kesihatan sekarang."
Aku membantunya berdiri dan memapahnya sehinggalah sampai ke bilik kesihatan.
Aku mesti siasat siapa yang sanggup buat macam ni dekat Hana.Tak guna betul !
" Macam mana keadaan dia sekarang,nurse? "
" Dia sekarang dalam keadaan stabil.Kamu boleh masuk kelas kamu dahulu.Biar saya tengokkan dia."
" Terima kasih,nurse."
Kataku sambil tunduk 90° kepada nurse tersebut lalu menuju ke suatu tempat.
--------------------------
Author Pov
Beomgyu memasuki bilik kawalan cctv setelah meminta kebenaran kepada guard yang menjaga.Dia ingin melihat rakaman cctv di tandas pelajar perempuan.Mungkin dia dapat menangkap siapa yang membuli Hana.
( Btw cctv tu cuma ada dekat tempat cuci tangan/sinki.Dalam tandas tak ada )
" Kejap,siapa perempuan ni? "
Kata Beomgyu lalu membesarkan gambar pelajar perempuan tersebut.
" Wait..Ni bukan ke....Budak baru tu! PARK YEJI ! "
Beomgyu terus memerhati rakaman cctv tersebut dengan muka menahan amarah.
" Tak guna ! Budak baru dah buat masalah ! Nanti aku report dekat Soobin mampus kau! "
------------------------
Hana Pov
" Kamu dah okey ke? Ada sakit di mana-mana? "
Soal nurse itu,prihatin.
" Saya okey."
Balasku.Aku tak nak duduk sini lama-lama.Bosan siot.
" Kalau macam tu kamu boleh balik ke kelas."
" Terima kasih."
Kataku sambil menunduk 90° dan berlalu dari situ menuju ke kelas.
Sampai sahaja aku di kelas,aku melihat Soobin dan Yeji sedang berpelukan.
" Awak tengok apa yang Hana dah buat dekat saya ! Dia buli saya ! "
Kata Yeji sambil fake cry.Yeji yang menyedari kehadiranku tersenyum sinis memandangku.
Dia kata aku buli dia?! Siapa buli siapa sekarang ni ? Dasar sundal bolong.
Serentak dengan itu,Beomgyu memasuki kelas.
Soobin memandang aku tajam dan menghampiriku seperti nak menelan aku.
" A..apa ni Soobin..Sakitlah!"
Air mataku mengalir setelah Soobin menggenggam kuat tanganku.Sakit woii !! Nak patah tangan aku dibuatnya.Tak pernah dia bersikap kasar terhadap aku selama kami berkawan.
" Ooo sakit ? Habistu apa yang kau buat dekat Yeji tu tak sakit ?! "
Aku tersentak saat dia menengking aku.Semua pelajar menoleh ke arah kami.
" A..apa yang kau cakap ni? Aku mana ada buat apa-apa dekat dia.."
" Bohong! Dasar perempuan tak guna! "
Kata Yeji sambil menunjal kepalaku.Kau ke aku perempuan tak guna hah ?!
Soobin hanya melihat sahaja.Bukan nak menghalang atau marah si Yeji tu.Dia membiarkan Yeji menunjal kepalaku berkali-kali.
Melihat keadaan yang semakin tegang itu,Beomgyu menghampiri kami.
" Hoi Soobin! Kau nak jadi lelaki dayus ke pukul perempuan ?!"
Beomgyu menarik aku ke belakang badannya.Soobin memandang Beomgyu tak puas hati.
" Yang kau nak bela perempuan ni dah kenapa ? "
"Aku bukan membela tetapi inilah hakikatnya! Bukan Hana yang buli Yeji tetapi Yeji yang buli Hana! Tak guna kau Yeji! Play victim pulak!"
Mataku membulat saat Beomgyu berkata begitu.Macam mana dia boleh tahu ?
"Awak dia berpakat dengan Hana supaya fitnah saya! Saya tak buli Hana pun! "
"Hana,kau bukanlah kawan yang aku kenal dulu.Kau dah berubah! Sanggup kau buli Yeji !"
Tangisanku semakin lebat.Sakit hatiku apabila Soobin berkata begitu.
Beomgyu memandangku sayu." Asal kau menangis? Kau ingat dengan tangisan palsu kau tu,aku akan percaya kan kau?! "
" Hei Soobin !! Baik kau berhenti sebelum lunyai kau aku kerjakan! "
Aku memegang lengan Beomgyu untuk menenangkannya.
" So kau nak fight?! Mari laa !! "
Terkejut aku saat Beomgyu menumbuk tepat pada wajah Soobin.Yeji hanya memandang mereka.Bukannya nak halang.Bengong punya minah.
" Guys stop it ! "
Soobin mengelap hujung bibirnya yang berdarah sambil memandang tajam ke arah Beomgyu.Aku memeluk Beomgyu supaya memberhentikan perbuatannya.
" Jom Yeji.Kita pergi dari sini."
Kata Soobin lalu menarik tangan Yeji keluar dari kelas.Yeji sempat menoleh ke arah aku dan Beomgyu sebelum tersenyum sinis.
" Kau tak apa-apa ? "
Soal Beomgyu.Aku mengelap air mataku.Aku hanya menggeleng perlahan sebelum berkata,
" Macam mana kau boleh tahu yang Yeji buli aku?"
----------------------------
YOU ARE READING
I Will Have You-Choi Beomgyu
Fanfiction" Kadang-kadang aku tertanya-tanya,kenapa kau sanggup tolong aku walaupun aku taklah rapat dengan kau.Aku juga tertanya-tanya,kenapa tuhan hantar kau dalam hidup aku? Untuk bantu aku bila aku dalam kesusahan?" - Hati kecil Hana " Aturan tuhan itu in...