Hana's pov
" Seungmin,jangan lari-lari.Nanti jatuh!"
Seungmin menghiraukan panggilan aku.Beomgyu pula sibuk mengejar Seungmin.Mereka berlari-lari di sekeliling kawasan ruang tamu.Beomgyu ni,perangai dari dulu tak berubah-ubah walaupun sudah bergelar 'appa'.
Aku mencebik,geram dengan Beomgyu.
" Beomgyu,sudahlah tu."
" Alah awak ni,tak sporting langsung!"
Seungmin mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Beomgyu.Aku menghadiahkan sebuah jelingan tajam kepada Beomgyu.
" Seungmin,eomma dah merajuk lah.Jom peluk eomma!"
Serentak dengan itu,aku menerima pelukan daripada dua orang insan yang paling penting dalam hidup aku.Terus sejuk sikit hati.Aku ketawa kecil.
" Eomma,bila aunty dengan uncle nak sampai?"
" Sekejap lagi sampai lah tu.Kamu nak jumpa dengan Saera ke?
Terus dia terangguk-angguk sambil tersengih.Amboi,kecil-kecil dah pandai!
" Awak tak siap hidang makanan lagi ke?"
" Belum.Awak tolonglah sekali."
" Alright madam!"
Aku dan Beomgyu pun mula menghidangkan pelbagai jenis makanan di atas meja makan.Tidak terkecuali,kek hari jadi Seungmin.Hari ini genap ulang tahunnya yang ke lima.
" Dah besar dah anak appa!"
Beomgyu mengangkat tubuh kecil Seungmin lalu diletakkan ke atas bahunya.Aku tersenyum melihat telatah mereka.
" Anneyounghaseyo!!"
" Eh,Chaeyeon dengan Yeonjun dah sampai!"
Aku meluru ke pintu utama.Sebaik sahaja pintu dibuka,terpancul wajah Chaeyeon,Yeonjun dan anak mereka iaitu Saera yang seusia dengan Seungmin.
" Saera!!"
Seungmin terus bersemangat bila jumpa dengan kawan baik dia.Mereka berpelukan.
" Tak nak peluk uncle ke?"
" Tak nak.Uncle busuk!"
Terus wajah Yeonjun bertukar masam.
" Tabah jelah bro."
Beomgyu menepuk bahu Yeonjun.
" Takkan nak borak dekat luar je.Marilah masuk!"
Aku mempelawa mereka duduk di meja makan.Chaeyeon yang sememangnya peminat makanan terus terliur.Chaeyeon..Chaeyeon..
" Oh,sebelum aunty lupa.Happy birthday Seungmin! Dah besar dah kamu ya! Nah hadiah untuk kamu."
" Gomawo aunty!"
" Hmm Hana,Soobin tak datang ke?"
Soal Yeonjun.Aku terdiam seketika.
" Mungkin dia sibuk."
" Ehemm..."
Hah,mulalah tu.Pantang betul bila aku cakap nama lelaki lain.
" Bro,Soobin Tu dah kahwin.Takkan tu pun nak cemburu?"
Sakat Yeonjun.Terburai ketawa Chaeyeon hingga terkeluar sedikit makanan dari mulutnya.
" Ishh kau ni! Nanti Saera nampak!"
YOU ARE READING
I Will Have You-Choi Beomgyu
Fanfiction" Kadang-kadang aku tertanya-tanya,kenapa kau sanggup tolong aku walaupun aku taklah rapat dengan kau.Aku juga tertanya-tanya,kenapa tuhan hantar kau dalam hidup aku? Untuk bantu aku bila aku dalam kesusahan?" - Hati kecil Hana " Aturan tuhan itu in...