"Okey,pelamin dah tempah,baju dah siap hantaran dah cukup.Perfect!".
Aku memandang list untuk majlis nikah aku 2 minggu lagi.Wahhh aku dah nak nikah weyhhh rasa macam tak caye jer yang aku ni dah nak jadi bini orang.Lepas aku gitau member aku semua ingat aku demam.Yelah dulu mati-mati aku cakap tak nak nikah.Tup tup aku paling awal hahahahahaha.
Adik beradik aku lagilah semua mati-mati-mati ingat aku mabuk.Tarak guna punya kakak.Aku anak bongsu dari 3 beradik.Kakak aku yang sulung jer baru nikah.Yang tengah belum.Aku ni kira langkah bendulah kot.Errr pembetulan aku langkah tunggul sebab kakak aku yang seketul tuh memang busy keje so aku memang expect yang dia tak ade boyfriend.
Bunyi deringan telefon mematikan lamunan.Ehhh cik bakal hubby call I.
"Assalamualaikum,awak?"soalnya di sana.
"Waalaikumussalam,ye awak saye ni.Nape call?"soalku sehabis lembut.Haishhh sekali dengar macam orang takde gigi lah pulak.
"Takdelah.Saje nak check bakal isteri saya.Dah makan belom?"
"Dah tadi mummy masak sedap tau!"ujarku sedikit manja.Haishhh memang sejak kenal Ayie ni memang aku jadi terlebih manja.Tak taulah nape.
"Iye?mummy masak ape?"
"Mummy masak macam-macam.Kang kalau saya senarai nanti jadi senarai menu pulak.Btw saya tengah check list barang nikah kita.Yang belah saya semua dah settle tau.Tinggal ijab kabul dari awak jer nih,"ujarku tak malu.Hehehehe biolerrr bakal laki aku jugak.
Terdengar suaranya yang tertawa lucu.Haishh ni kalo rakam jadi ringtone pon sedap ni.Suara Ayie aku dengar merdu jer.Haishhhh kalau dah sayang dia mengilai macam Kak Limah pon aku dengar macam Saloma.
"Awak...awak....sayang dengar tak ni?"
"Haaa ehh ape awak cakap sorry saya tak dengar?"soalku kembali.Serius memang tak dengar tau.
"Saya cakap,esok saya outstation 5 hari.Ade kerja kat JB.Nak turun sanalah kejap."
"Owhh sokay.Jaga diri awak elok-..."belum sempat aku habiskan ayat tiba-tiba terdengar bunyi orang mengerang di sebelah sana.Aku tersentak.
"Awak,bunyi ape tuh?"
"Haaaaaa...err takdelah tuh bunyi tv."
"Ehh awak...tengok citer ape ni?"soalku curiga.Jangan cakap Ayie aku tengah tengok mende2 yang tak senonoh?!
"Ishh bukan sayalah.Nih Aizat yang tengok.Jap saya suh dia slowkan volume."
"Owhhh sokay.I trust you naahh.Okeylah awak saya nak tido dulu.Byee nite.Assalamualaikum."
Aku mematikan panggilan sebaik sahaja mendengar balasan salam darinya.Haishhh Ayie ni bikin suspen jelah.Aku tergelak sendiri.
Pada awal perkenalan kami aku tak expect pon yang hubungan kitorang boleh sampai tahap ni.Tapi tulah namanya jodoh kan?Aku tersenyum mengenang kembali memori pertemuan kami.Tanpa sedar aku tertidur dalam keadaan tersenyum.
YOU ARE READING
Love Me To You
RomanceCover by @redribbon30 Dia hanya gadis biasa. Yang tanpa sengaja terjatuh cinta pada housemate merangkap seniornya dia kolej. Iddiya,gadis cantik yang nakal telah membuatkan seorang Airisya menjadi hilang arah. Namun hasrat itu dibiar sepi kerna Iddi...