Bab 2

642 22 1
                                    

Isya's POV

Berat. Hanya tuh jer perkataan yang sinonim bila aku tengok beg yang Iddiya bawak. Budak ni biar betul. Nak pergi bercuti jer ke or memang dia nak pindah sana terus?

"Akak...serius lah akak nak bawak semua mende alah ni? Akak memang tak nak balik ke cane ni?" soalku geram. Dia hanya menjelirkan lidah tanda protes.

"Biarlah. Akak perempuan okay. Biasalah bawak banyak-banyak!".

"Habih Isya nih jantan ke kak?"aku menepuk dahi kuat. Aduh sakit. Tapi otak aku lagi sakit layan perangai Iddiya yang kadang-kadang memang aku tak boleh jangka.

"Haishh ape main ketuk-ketuk pale nih,"lembut tangannya mengusap dahiku. Iddiya tersenyum. Indah. Cepat-cepat aku masuk kereta. Risau kalau-kalau aku terbuai dalam renungannya.

"Cepatlah akak. Nanti kita lewat Isya tinggal!"laungku dari dalam kereta. Kelihatan Iddiya terkocoh-kocoh menerpa ke dalam kereta. Haa tau takut!

"Okayhhh let's go babeh!"jerit Iddiya penuh riang. Dia nih sekali tengok kadang-kadang orang boleh tertukar dengan budak sekolah. Dengan perangai giler nya lagih.

"Hello,erm...sayang. I sekarang tengah keluar dengan Isya,"aku mengerling sekilas melihat Iddiya yang tersenyum sebaik menerima panggilan dari Ayei. Entah kenapa aku rasa something. Feeling weird.Perasaan yang tak pernah aku rasa. Seakan ada yang menyucuk di hati. Tapi aku tak tahu. Maybe aku patut jumpa doktor.

"Ahh...mana boleh bagitau. Secretlah. Nih rahsia kami pompuan-pompuan jer tahu... Awak tuh duk sana elok-elok jaga diri. Janga. Risaulah... Isya ada dengan saya. Tahulah dia jaga saya macam mana nanti!".

Sebaris ayat yang cukup buat aku rasa terkesima. Aku...boleh jaga dia? Dia harapkan aku kan? Maknanya aku pentinglah? Bagi dia? Erkk macam jauh jer aku berfikir nih?! Patah balik patah balik!!!

Aku menghela nafas perlahan. Melihat papan tanda yang terpampang di sisi jalan menunjukkan yang destinasi kami semakin dekat. Not badlah kene drive untuk beberapa jam. Iddiya di sebelah sedari tadi sudah berlayar ke alam mimpi.

"Kak bangunlah. Dah sampai ni!"kejutku perlahan. Namun sikit pun Iddiya tidak berkutik. Haishh nih yang payah nih. Budak seketul nih kalau boleh bangun dengan sekali kejut jer sumpah boleh masuk rekod dunia.

"Ak..."aku terkedu saat merasakan tubuhku dirangkul erat dan ditarik rapat ke arahnya.

"Erm...hangat. Han...erm waa...kerrr...suut duggg mm"mulutnya mengomel perlahan. Sepatah haram pun aku tak paham tapi kesempatan itu aku guna untuk melihat wajah Iddiya dari dekat. Dia cantik. Mungkin terlalu cantik. Entahlah aku tak boleh nak gambarkan. Tapi sesiapa yang lihat dia untuk pertama kali mungkin boleh anggap dia bidadari.

Dengan alis mata yang lentik,matanya yang redup dan sedikit bundar. Aku seakan-akan boleh melihat sinaran yang muncul dari sepasang mata hijau itu bilamana dia tersenyum. Muka yang bujur sirih menambahkan lagi kejelitaan seorang Iddiya. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.

Ponnn!!!

Bunyi hon dari kereta di sebelah menyantak lamunanku. Segala angananku berterbangan pergi. Aku mnjeling keluar.

Wait,tuh bukan Ayei ke? And Aizat. What the hell pehal diorang ada kat sini? Bukan akak cakap Ayei outstation ke? But apekah... Aku jadi speechless kejap bila nampak Ayei memeluk Aizat mesra. Mereka berpimpin tangan masuk dalam resort.

"Ehmm...kita...kat mana ni?"rengek Iddiya lemah. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka.

"Akak...boleh lepaskan Isya tak?"soalku mendatar.

"Ehh...arghh! Apa Isya buat ni!"jerit Iddiya nyaring. Dia cepat-cepat menolak aku ke tepi sebelum memeluk dadanya.

Haishh sabar jelah dengan budak nih. Dia yang tarik aku lepastu aku pulak yang dia salahkan.

"Jom kita dah sampai."

"Owhh dah eh? Akak tertidur ke tadi?"

"Ehh takdelah. Akak sihat walafiat jer. Nyaris Isya nak panggilkan orang baca yassin jer tadi tapi nampaknya tak sempat,"sindirku selamba. Padan muka. Tapi bagus jugak kalau dia tido. At least dia tak nampak Ayei tadi. Kalau tak entah apa yang dia pikir. Yelah perempuan kan.

"Jahatlah Isya. Dah lah akak taknak cakap dengan Isya!"ujar Iddiya sebelum berlalu keluar.

"Pulak dah?!".

Aku mengeluh lemah. Perempuan nih...complicated kan?

Aku menuju ke bonet belakang. Sebaik sahaja bonet di buka aku baru tersedar sesuatu. Sesuatu yang sangat penting. Beg dia...sape nak bawak?!!!

Dasar Iddiya! Sengaja dia lari sebab nak suruh aku yang bawak beg nih kan? Arghh aku kene tipu! Tak guna!

That's it for tonight...aku nak tido...btw salam ramadhan ye semua...

#stayathome
#covid19
#salamramadhan

Love Me To YouWhere stories live. Discover now