Bab 10

419 15 0
                                    

Author'POV

"Sebab tu kau tak layak jaga dia, Isya..., "perlahan sahaja suara itu terbisik di telinganya.

Isya terpempam. Dalam hatinya sudah berbakul-bakul carutan dihamburkan.

Terasa sesuatu yang sejuk menjalar perlahan di lengannya. Isya sedikit terpempan. Hembusan lembut itu terasa menerpa ke wajahnya. Peluh dingin mulai membasahi dahi. Jantungnya juga berdegup kencang mengalahkan kelajuan kereta myvi.

Dia tak tahu apa tapi dia pasti 'sesuatu' itu ada di belakangnya. Kerana dapat dirasakan jari jemari 'itu' sedang mencengkam kuat lengannya. Dia takut untuk berpaling namun...

Pranggg!!!

Tanpa sedar gelas yang ada di tangannya sudah berderai.

"Isya!"jerit Iddiya mengejutkan lamunannya."Isya okay ke?,"soal Iddiya cemas. Dia bergegas bangun untuk mendapatkan Isya namun sempat ditegah.

"Sini ada banyak kaca. Akak jangan datang. Kalau tak nanti luka. Biar Isya yang bersihkan. "

"Ttt... Tapi tangan Isya... "

"Dah takde tapi-tapi. Sikit jer nih. Isya kan kuat, "sedaya upaya Isya cuba mententeramkan hati Iddiya.

'Milik kau Isya... MILIK KAU!!!' bisiknya suara itu lagi. Perlahan-lahan tangan sejuk itu melingkar di leherku. Nafasnya yang turut sama dingin itu semakin kuat menghembus kulit.

"Kau tak patut biarkan hak kau dimiliki orang lain. Hanya kau yang layak. Dia cuma milik kau seorang, Isya,"bisiknya bersama senyuman sinis. Isya sekali lagi terkaku. Perlahan-lahan dia memalingkan wajah ke belakang. Tepat menghadap gadis yang sejak kebelankangan ini sering menghantuinya dengan segala kata hasutan.

Mata mereka bertentang. Terlihat jelas aura kegelapan memenuhi jiwanya. Matanya hitam pekat merenung ke dalam ke iris coklat milik Isya. Siapa dia?

"Kau tak patut lepaskan Iddiya pada lelaki macam tuh. kau tahu cuma kau yang layak miliki dia Isya. Dia cuma milik kau."Sepasang tangannya yang sejuk menyentuh kedua-dua belah pipi. Menariknya supaya lebih dekat

"Aku akan bantu kau,"ujarnya seraya menghilangkan diri. Bersama-sama senyuman sinis yang tak pernah lekang dari wajahnya.

"ISYA!!!" Perlahan-lahan Iddiya menarik Isya ke arahnya. Merangkul gadis itu erat.

"Isya kenapa? Okay tak ni? Or nak akak panggilkan doktor? Muka Isya nampak pucat sangat ni."

"Ii... Isya okay jer. Akak ja... Jangan risau." Isya cuba mengukir senyuman." Akak rehatlah. Isya nak ke toilet kejap. Lepasni Isya datang balik kemas kaca tuh. Akak jangan pergi mana-mana. Takut nanti terpijak kaca. "

Iddiya hanya mengangguk dengan wajah yang masih tersisa cemas. Isya segera menuju ke luar. Mencari tandas yang agak jauh dari situ. Walaupun hakikatnya ada tandas yang tersedia di bilik Iddiya namun dia tidak mahu Iddiya risau.

BAM!!!

Hampur runtuh pintu itu dibuatnya. Isya cuba melampias segala kemarahan yang terpendam. Marah kerana lemah dan tak berdaya melawan.

Dan tidak jauh di sana gadis masih menyeringai. Melirik tajam di sebalik biasan cermin.

"Siapa kau? Apa yang kau nak dari aku? Kenapa kau tak sudah-sudah nak ganggu hidup aku? Apa dosa aku pada kau?!"dengan sekali lafaz, dia menghamburkan segala kemarahan yang bersarang di jiwa. Namun seperti biasa, gadis itu hanya menghilang tanpa menjawab walau sepatah pun soalan aku.

"Arghhh... Tak guna betul!" Isya meramas kuat rambutnya. Dia akhirnya jatuh terduduk. Segalanyanya berkecamuk di jiwa. Dia ingin lari tapi kemana? kalau dunianya hanya ada Iddiya.

"Airisya! "jerit Doktor Zara yang tiba-tiba sahaja muncul.

Dia segera menerpa ke arah Isya, mencapai tangan gadis itu yang masih berdarah sebelum menekapnya dengan sehelai sapu tangan.

"Ikut saya sekarang,"ujarnya cuba membangunkan Isya yang terjelopok lemah di atas lantai.

"Doktor..., "ujar Isya dengan suaranya yang sudah mulai serak.

"Jom saya rawat luka tuh. Nanti kene jangkitan kuman."

Tak mampu menolak, Isya hanya menurut patuh.

"Nasib baik luka ni tak dalam kalau tak, tak pasal-pasal berjahit," ujarnya masih sibuk melilit bandage di bahagian yang terluka.

Isya merenung kosong wajah Doktor Zara. Wajahnya yang serius sedikit pun tak mengurangkan kecantikan yang dimiliki. Keningnya nipis terbentuk kemas. Matanya yang sedikit sepet membuatkan matanya terlihat tajam.

"Dah kenapa dengan mata tu. Sakit jugak ke? Nak saya balutkan?"soalnya seraya mengangkat kepala. Deg. Mata mereka bertaut. Entah kenapa, sepasang mata coklat jernih milik Doktor Zara yang bersinar umpama kilat perak itu mengingatkan Isya pada seseorang. Seorang yang masih samar di ingatan.

Bunyi deringan telefon menyentak lamunan Isya. Tertera nama Iddiya disana. Tanpa membuang masa, dia segera menjawab.

"Akak... " tak sempat dia bertanya Iddiya terlebih dahulu menghamburkan tangis.

"Isya... Ayie... dia...".

Tanpa sepatah kata dia memecut selaju mungkin. Mengabaikan panggilan Doktor Zara yang menyoal risau.

"Iddiya..."

Love Me To YouWhere stories live. Discover now