Sudah dua hari berlalu sejak kejadian malang tuh menimpa. Iddiya pun dah sedar semalam. Seharian jugaklah dia koma. Tapi syukurlah dia dah sedar.
Tapi betul cakap doktor, Iddiya mengalami trauma yang teruk. Setiap malam dia mengigau di dalam tidur. Menjerit mintak tolong. Perasaan untuk hapuskan Ayei membuak-buak dalam diri aku. Tapi apa gunanya. Kalau dia mati pun takkan ada beza.
"Oiitt menung apa tuh,"Iddiya merenungku hairan. Aku hanya menggelengkan kepala.
"Takde apalah. By the way, akak nak apa-apa tak? Sebab Isya dah nak kemaskan barang ni. Petang nanti akak dah boleh keluar."
Lama Iddiya termenung. Berjanggut jugaklah aku tunggu jawapan dia.
"Akak nak phone akak boleh?"dia memandangku sayu. "Dah berhari kita kat sini tapi...Ayei tak datang pun jenguk akak," Iddiya duduk memeluk lutut. Menunduk dengan wajah sayu miliknya.
Tak betah melihat keadaanya, aku segera mencapai objek tersebut.
"Nah phone akak. Isya dah cas. Pasal Ayie, akak janganlah sedih. Mungkin dia tengah sibuk kot? Yelah dia kan outstation jer memanjang. Lagipun kita takde pun bagitau dia yang akak ada dekat sini,"aku cuba beralasan.
Tapi rasa macam nak tampar jer diri sendiri. Yang aku baik sangat nak back up mamat gila tu dah kenapa Isya. Kan dah menyesal sendiri. Kalau tak mesti Iddiya dah bencikan lelaki dayus tu.
"Sebab tu kau tak layak jaga dia, Isya..., "perlahan sahaja suara itu terbisik di telingaku.
Damn... Apa lagi kali ni?
YOU ARE READING
Love Me To You
RomanceCover by @redribbon30 Dia hanya gadis biasa. Yang tanpa sengaja terjatuh cinta pada housemate merangkap seniornya dia kolej. Iddiya,gadis cantik yang nakal telah membuatkan seorang Airisya menjadi hilang arah. Namun hasrat itu dibiar sepi kerna Iddi...