Bab 5

597 21 2
                                    

     Aku cuba pejam mata. Tapi semuanya sia-sia. Pernah tak kau rasa penat nak mati tapi dalam masa yang sama kau rasa sakit hati giler b*b*? Haa macam tulah apa yang aku tengah rasa sekarang. Sumpah bengang nak mampus. Bolehnya Iddiya tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini semata-mata nak keluar dinner dengan Ayei bodoh tu?! Ceh dah takde dah ayat cuma kita berdua jer sekarang nih. Arghh malas nak pikir nanti makin sakit hati aku adalah.

     Sebab sakit hati punya pasal, aku sengaja mogok. Yelah acah tak nak makan bila dia tanya aku tadi. And yeah sekarang aku memang tengah kebulur macam hantu raya. Giler kau aku tak makan sejak pagi lagi. Makan petang tadi pun takat makan mende pape entah. Langsung tak kenyang.

     Sebab dah tak tahan sangat dengan lapar nih aku terus bangun. Nak keluar kejap cari makanan. Tapi entah kenapa sebaik sahaja kaki aku memijak lantai pandangan aku terus bertukar gelap. Umpama di sedut ke dunia lain. Dekat mana aku ni? Kenapa tiba-tiba jer aku..dekat sini?

     Aku menampar pipi beberapa kali. Cuba sedarkan aku pada realiti tapi auchh sakitlah. So aku tak mimpi? Nih real? Wow kalah cerita naruto kalau macam ni!

     "Isya...Isya...,"seakan terdengar sayup-sayup suara menyeru namaku. Meremang bulu roma dibuatnya. Tapi siapa?

     Perlahan-lahan aku cuba mengatur langkah. Kalau aku duk tercongak macam patung cendana dekat situ pun takde guna. Baik aku cari jalan keluar dari sini. Dalam kegelapan tuh aku cuba meraba-raba kawasan sekitar. Risau jugak aku kalau teraba benda lain tapi tawakal jelah.

     Wait! Aku nampak ada cahaya yak jauh dari tempat aku berdiri. Cahaya tuh samar-samar tapi tak salah kalau aku siasat kan? Tak tunggu lama aku segera berlari ke arah cahaya tersebut. Dan semakin lama cahaya itu semakin membesar sebelum...

     Terdengar bunyi gelak ketawa kanak-kanak memenuhi ruang. Aku membuka mata perlahan. Silau. Tapi...sekali lagi aku nih dekat mana?

     "Cepatlah... Isya kejar akak. Siapa lambat kene belanja ais krim tau! Hahahaha,"jerit seorang kanak-kanak perempuan yang baru sahaja melewati ku. Isya tuh dia maksudkan aku ke? Baru sahaja aku berura-ura untuk memanggilnya,terdengar satu lagi jeritan kanak-kanak dari arah belakang.

     "Akak tunggulah. Penatlah Isya. Akak lari laju!".

     Wow wow wow... Apa ni? Tuh bukan aku ke? Tapi tuh aku masa budak-budak dululah. Dengan gaya potongan rambut pendek,pakai pulak baju boboiboy what the hell is going on here? Aku nih dah tercampak ke zaman silam ke cane? Tapi sapa pulak budak yang aku tengah kejar tuh? And tempat nih... Macam familiar tapi aku tak tahu... Aku tak ingat!

     Arghhh sekali lagi kepala aku rasa macam nak meletup. Umpama dihentak pada batu. Apa dah jadi ni? Apa semua ni? Sakitnya... Aku tak tahan!

     "Isya... Isya... Bangunlah. Isya jangan buat akak takut,"terdengar suara memanggil aku perlahan.  Iddiya? Ehh macam mana aku dekat bilik pulak ni? Tapi tadi aku dekat...ehh?

     "Isya, baguslah,"aku tersentak bilamana tiba-tiba sahaja tubuhku dipeluk erat. Iddiya... Setitis demi setitis air matanya tumpah mengena pipi aku. Sebab aku tengah terbaring dalam pangkuan dia.

     "Syukurlah... Syukurlah Iddiya dah sedar. Akak... Risau tahu tak! Balik-balik jer tengok Iddiya dah terbaring kat lantai. Nak jer akak panggil ambulance tapi... Tapi..." kata-kata Iddiya mulai tersekat-sekat. Aku nampak kelopak mata dia dah banjir. Aishh dia nih emosi betul. Tapi tuh maknanya dia takut kehilangan aku kan? Aku penting kan?

     "Syuhhsss, i'm here. Jangan nangis. Isya tak apa-apa. Air mata si gadis boleh buatkan si gentleman jadi sebak jugak tau,"lembut aku menyeka air matanya. Cuba mengusir tangis itu dari dia. Aku tak suka tengok dia nangis. Sebab rasa sakit dia lain macam.

     "Eiii perasan gentleman lah dia ni!"satu cubitan hinggap di lengan aku. Auchh aku tengah sakit nih lagi dia nak cubit. Nasib sayang kalau tak memang aku dah campak dari tingkat 13 nih.

     "Akak janji tak kan tinggal Isya dah lepas ni. Nanti..." tak sempat dua nak habiskan ayat aku terlebih dahulu memintas. Aku letakkan jari di bibir sebelum merenung tepat ke matanya. Aku tak nak dengar lagi dah sebarang penyesalan darinya.

     "Isya laparlah kak,"aku menggosok perut.

     "Jom, akak ada tapau makanan untuk Isya tadi. Nasi goreng USA. Isya nak?"dia merenung aku polos. Haishh comellah dia ni.

     "Suapkan Isya,please?"sengaja aku nak mengada-ngada. Aku nampak senyuman mulai terukir di bibir Iddiya.

     "Yelah... Jom, Isya tunggu dekat sofa nanti akak datang,"ujarnya sebelum berlalu pergi. Aku hanya mengiringi langkahnya dengan lirikan mata sahaja. Minda aku ligat berputar. Apa yang tengah jadi sebenarnya? Tadi tuh mimpi ke? Tapi asal macam real sangat jer aku rasa? Arghh serabutlah!

    Terdengar laungan Iddiya dari luar menyentak lamunan ku. "Ye kak, Isya datang ni!".

     Cepat-cepat aku berdiri. Tapi, baru jer nak melangkah aku terdengar suatu bisikan lembut di telinga.

    "Belum masanya..."

    Suara tuh! Macam...





Done finally! So stay at home guys lepak-lepak baca wattpad sambil mereput. Sekian😐

Salam dari dunia putih

   

Love Me To YouWhere stories live. Discover now