Aku meneliti beberapa helai nota ringkas yang aku buat.Haishh naik juling mata aku hadap semua mende nih.Huarghhhh otak aku dah tepu.
"Akak...."sapa satu suara.Aku kerling sekilas.Aku nampak Isya meletakkan cawan berisi kopi di sisiku.
"Akak nampak macam stress jer.Minumlah dulu,"ujarnya sambil tersenyum.Haishh manis budak ni.Aku menyentuh pipinya perlahan. Dah macam ikan buntal lah pulak.Comel jer.Aku tergelak perlahan.
"Akak ni,jahat!"ujar Isya merajuk.Aku tergelak lagi sebelum perlahan-lahan melepaskan pipinya.Tempat aku cubit tadi aku kucup perlahan.Wajah Isya nampak memerah.Haishhh budak ni memang takleh skinship sikit.Dah merah muka dia.
"Comellah awak ni...geram akak!"ujarku sebelum cuba untuk mencubit pipinya lagi.Isya laju angkat kaki.Aku ape lagi,bukak langkah seribu jugaklah.Maka bermulalah aksi kejar mengejar hinggalah ke biliknya.
"Dapat pun!".Aku laju memeluk pinggangnya namun tak taulah macam mana Isya boleh hilang keseimbangan.Aku yang tengah peluk dia ape lagi,join dialah jatuh sekali.
"Auchhhh..."
Untuk seketika kami terpana.Aku rasa tadi Isya yang jatuh dulu tapi asal aku yang kat bawah sekarang ni?
"Haaa dapat pun,"aku terus mencubit pipinya sambil tertawa kecil.Tapi pandangan Isya buat tawa aku jadi awkward.Dia merenung wajahku lama sebelum kedua-dua tangannya menekan tanganku ke sisi.
'Dah kenapa budak ni?Takkan turn on kot.Ehh janganlah,aku ni bakal bini orang tapi dalam keadaan macam ni kau pikir aku boleh gerak ke!'
Isya semakin merapatkan wajah kami.Aku terkedu.Nak melawan tak mampu.Asal tetiba kudrat budak ni jadi kuat semacam ni?Wajah kami semakin rapat dan...
"Hahahahahahahahahaha,tau takut.Lenkali kacaulah Isya lagi.Nanti Isya kacau akak balik,"ujarnya sambil tertawa.Ceh budak ni.Kenakan aku rupanya.Aku terus cubit pipinya lagi.
"Ishh kamu ni kan serius buat akak seriau jer tadi.Nah amik ni.Jurus hikmat sepit ketam."
"Aduh kak sakit kak sumpah pasni tak buat dah.Hahaha aduh kak."
Selepas penat bergurau kami sama-sama terbaring di atas katil Isya.Tak tau nape siling tuh tetiba nampak menarik.
"Kak,tak lama lagi akak dah nak nikah.Tak syoklah Isya duk sini sorang-sorang.Takleh dah Isya nak main gurau-gurau ngan akak.Hurm."
"Alololo Isya ni buat akak sendulah pulak.Ermm manada.Nanti akak tetap duk sini jugaklah .Lagipun abang Ayie tuh busy.Selalu jer keluar negeri.Takkan akak nak ikut dia lak.Kelas takkan nak burn.So kesimpulannya akak akan terus duk sini ngan Isya,"ujarku sambil memeluk Isya erat.
"Hurm kak,jom pi holiday.Kita celebrate zaman last Akak membujang nak?"
"Okay jugak tuh.Lagipun sekarang tengah cuti sem.Isya ade idea ke nak gi mana?"
"Ape kata kalau kita lepak PD?"
"Akak on jer.Bila nak pergi?"
"Esok?"
"Seriuslah?"
"Yelah kita pergi 3 hari nak?"
"Hurmm ok tapi Isya uruskan boleh?,"soalku dengan puppy eyes.Isya menarik muncung panjang.Aku tarik muncung itik tuh panjang-panjang.Sebiji macam itik.
Malam yang panjang dan hanya dipenuhi gelak tawa aku ngan Isya.Budak ni nakal nya Ya Ampun.Tapi geramnya aku.Kami bergurau senda sampai aku lupa terus nak ulang kaji.Hurm nasiblah.
YOU ARE READING
Love Me To You
RomanceCover by @redribbon30 Dia hanya gadis biasa. Yang tanpa sengaja terjatuh cinta pada housemate merangkap seniornya dia kolej. Iddiya,gadis cantik yang nakal telah membuatkan seorang Airisya menjadi hilang arah. Namun hasrat itu dibiar sepi kerna Iddi...