Dah seminggu lepas semua benda tuh terjadi. Dan sekarang aku dan Iddiya dah kembali mulakan hidup kami macam biasa.
Syukurlah lepas semua benda tuh terjadi Iddiya janji tak nak tinggalkan aku sorang-sorang lagi dah. Risau kalau apa-apa jadi balik dekat aku. And of courselah aku sambut keputusan dia tuh dengan kebahagiaan yang tak terhingga. Giler kau tak happy.
"Oittt termenung apa tuh,"soal Iddiya menyentak lamunanku. Ceh kacau ler. Baru jer nak berkhayal jauh-jauh.
"Takdelah. Cuma tengah menikmati keindahan ciptaan Tuhan,"balasku sambil merenung ke arahnya. Iddiya kelihatan cantik mengenakan blouse biru yang baru saja aku beli.
Sebenarnya kitorang ni tengah bersiap-siap nak lepak pasar malam. Ayei nak ajak Iddiya dating tapi macam aku cakap, Iddiya tak nak tinggalkan aku sorang-sorang so dia angkut jelah aku sekali. Lagipun dia cakap Aizat ikut sama so takkan aku nak biar dia dengan dua lelaki macam tu. Tak gentle ahh bro.
"Mengada jer. By the way thanks sebab belanja akak. Cantik baju ni,"selamba sahaja Iddiya mencuit hidungku. Aku tersenyum.
"Jom kita dah lewat ni,"sekali lagi Iddiya selamba sahaja menarik tangan aku. Ehh budak nih.
"Siapa nak drives?"soalku sebelum kami tiba di kereta. Serta-merta Iddiya melepaskan tangan aku sebelum berdesup masuk ke tempat duduk penumpang. Apakah?
"Sayang Isya,"ujarnya sebaik sahaja aku duduk di seat pemandu. Tangan dilingkarkan ke leherku. Sebuah kucupan lembut singgah di pipi. Damn, jantung aku berdegup laju. Laju sangat nih. Haish sabar jelah.
Lebih kurang 20 minit kemudian, kami berdua tiba tepat jam 8:30 malam. Kelihatan Ayei dan Aizat dah sedia menanti kami di tempat parking. Sebaik sahaja kami tiba, Ayei terlebih dahulu membukakan pintu untuk Iddiya. Cehh poyo jelah mamat ni.
Kami berempat beriringan menuju ke gerai-gerai yang ada. Suasana penuh sesak buatkan aku sedikit lemas. Aku nih bukannya jenis yang minat dengan tempat-tempat sesak macam nih. Rasa macam dalam tin sardin pun ada.
"Isya okay tak ni,"soal Iddiya di sebelah. Dia memegang erat tanganku. Mungkin risau kalau aku hilang dalam keramaian orang. Aku hanya menggelengkan kepala.
"Akak nak makan apa-apa tak?"mataku melilau ke sana sini untuk mencari apa-apa sahaja yang menarik.
"Jom pergi sana. Nampak sedaplah,"balas Iddiya laju. Tangannya laju memaut lenganku sebelum ditarik ke gerai nasi ayam berdekatan. Bab makan memang nombor satu. Ayei dan Aizat hanya membontoti langkah kami. Dia ekor pak turut.
Selesai membeli, kami menuju ke sebuah gerai yang ada. Baru sahaja kami melabuhkan duduk, Ayei kembali berdiri.
"Kenapa ni sayang?"Iddiya bersuara laju. Ayei hanya tersengih. "Sayang I nak beli barang lah kejap. I lupa tadi."
"Owh nak I teman ke?"aku laju berpaling ke arah lain. Damn! sakitnya hati. Pehallah mamat nih nyanyok sangat tak beli tadi. Nak jer menyusahkan Iddiya. Dasar tak guna.
"Ehh takpe ke? Nanti susahkan you pulak,"balas Ayei teragak-agak.
Iddiya laju mengangguk sebelum mereka berdua berlalu pergi. Sakitnya hati aku. Sekarang tinggallah aku dengan Aizat jer kat sini. Haishh.
"Kau cemburu?"soal Aizat mematikan kesunyian di antara kami.
"Kau cakap dengan aku ke?".
"Taklah aku cakap dengan pakcik kat tepi tuh,"sindirnya sambil menunjuk ke arah meja di sebelah kami.
"Owh... Pakcik tudung pink tu? Teruskanlah,"aku menjawab malas. Kalau ye pun nak menyindir tengoklah dulu orang kat sekeliling. Manade pakcik kat situ. Lembap.
"Tak aku serius nih. Kau jeles ehh?"soalnya tak putus asa.
"Bukan urusan kau." Aizat kelihatan tersenyum sinis.
"Kau suka Iddiya kan?"satu lagi soalan maut dilemparkan kepadaku. Eh apa masalah dia ni? Suka hati, jantung, limpa, hempedu aku lah nk suka sapa pun. Bukan susah dengan dia pun. Aku malas nak layan terus aku abaikan sahaja soalan tuh.
Aizat mencapai telefon bimbit sebelum melangkah keluar. Ke mana entah dia nak pergi suka hatilah.
Aku turut mengeluarkan telefon bimbit. Cuba mengalihkan perhatian untuk seketika.
"Sebanyak mana perasaan suka kau pada dia?" Aizat muncul tiba-tiba. Terkejut punya pasal nasib aku tak lempang muka dia. Eii suka-suka hati jer nak muncul macam nih. Sakit jantung aku tahu tak?!
"Kenapa kau nak sebok? Bukan masalah kau pun kan?".
"Yeah memang bukan masalah aku. Tapi aku cuma curious nak tahu. Sehebat mana Iddiya tuh sampai Ayei boleh pilih dia buat jadi isteri. Opss belum lagi... Baru bakal isteri. Sorry, my bad."
"Kau nak tahu tak, kau annoying. Lebih dari yang aku jangkakan. Expectation aku melesat tentang kau,"ujarku geram. Aizat hanya tersenyum. Dia menjongketkan kedua-dua bahunya sambil mencebik selamba.
"Banyak lagi benda yang kau tak akan expect dari aku."
Baru jer aku nak balas, Ayei meluru ke arah kami dengan tiba-tiba. Entah muncul dari mana aku tak tahu tapi keadaan Ayei agak parah. Rambutnya kusut masai serta sebelah pipinya lebam. Hujung bibir sebelah kirinya juga terlihat ada kesan darah yang masih belum kering. Kaca mata yang sering dia pakai dah entah ke mana. Baju Ayei pun diselaputi lumpur. And yang paling penting ... Mana Iddiya?!
"Apa jadi ni?"soal Aizat cemas.
"Tadi... Aku... Kami... Kene rompak. Habis duit apa semua diorang kebas. Dengan... ".
"Mana Iddiya?!"tepikku sedikit kuat. Cukup untuk buat Ayei terkedu.
"Iii... Iddiya... Kene cc...culik,"perlahan Ayei menjawab. Apakah? Iddiya aku... Berani dia biarkan Iddiya aku. Tapi nih bukan masanya untuk aku bunuh mamat nih. Ada benda yang lagi penting untuk aku selamatkan.
"Takpe aku tahu macam mana nak cari dia. Sekarang jom ikut aku. Kita pergi selamatkan Iddiya,"ajakku mulai mengatur langkah. Namun Ayei pula hanya menundukkan wajahnya.
"Pehal dengan kau ni?"
"Aa... Aku tak nak ikut."
"Wait,what?! Kau giler ke sial? Tuh tunang kau bodoh bukan batu! Otak kau dah terhantuk kuat sangat ke sampai jadi bodoh macam ni?"soalku kasar.
Kolar baju Ayei aku cekak kuat. Sebuah penumbuk aku hayun tepat ke mukanya. Namun sempat ditahan Aizat.
"Kau tak reti bahasa ke? Kan dia cakap tak nak tuh tak payah lah paksa. Kalau kau nak sangat pergilah sorang. Aku tak nak tanggung,"celah Aizat pula.
"Korang berdua memang tak guna. Dasar pengecut. Sanggup kau biarkan Iddiya macm tuh. Weh bangang dia sayang kaulah sial. Kau boleh tak jangan nak annoying sangat macam b*b*?"jerkahku kuat. Sumpah aku tak sangka diorang tak guna sampai tahap macam ni.
"Kau tahu tak, tadi pun aku dah teruk kene belasah. Silap-silap kalau aku ikut kau lepas ni masuk kubur aku jawabnya. Weyh aku tak bodoh lah nak sia-sia kan nyawa aku semata-mata untuk perempuan tuh. Banyak lagilah aku boleh..."kata-kata Ayei terhenti sebaik sahaja penumbukku melekat di pipinya. Melayang jugak budak tuh aku kerjakan. Malas aku nak dengar kata-kata dari pengecut macam mereka. Baik aku selamatkan Iddiya aku.
Tak tunggu lama aku segera memandu kereta. Telefon bimbit aku buka sebelum pengesan gps dihidupkan.
Nasib baik aku selalu letak gps pada Iddiya. Even bunyi dia macam psiko tapi aku tak peduli. Aku cuma nak pastikan Iddiya sentiasa selamat and yeah...harinilah harinya bila benda nih dapat berguna.
Dan lepas dengar apa yang Ayei katakan tadi aku sedar yang... Iddiya hanya layak untuk aku. Bukan sesiapa. Takde siapa dapat cintakan Iddiya lebih dari aku. Iddiya... Kau tunggu aku datang...
YOU ARE READING
Love Me To You
RomanceCover by @redribbon30 Dia hanya gadis biasa. Yang tanpa sengaja terjatuh cinta pada housemate merangkap seniornya dia kolej. Iddiya,gadis cantik yang nakal telah membuatkan seorang Airisya menjadi hilang arah. Namun hasrat itu dibiar sepi kerna Iddi...