Prolog : IM SO DEAD

4.1K 183 6
                                    

Tangan pantas membaluti lengan yang sudah basah dengan cecair pekat berwarna merah. Peluh merenik di dahi Ed. Rambut basah yang pendek sudah jatuh ke dahinya. Ed tarik nafas dalam-dalam sebelum menggigit hujung kain yang dikoyaknya dan sebelah tangan lagi menarik arah bertentangan untuk mengikat luka itu.

Suara tiba-tiba kedengaran dari earplug di telinga kanannya.

"Ed, kau keluar dari situ tu. Someone's coming." Beritahu suara di hujung talian.

Ed mematikan talian selepas menerima arahan dan bingkas bangun dari duduk di atas penutup mangkuk jamban. Dia tolak perlahan daun pintu bilik air. Kepalanya menerjah keluar. Clear.

Kaki bersarung but hitam pantas melangkah ke arah tingkap berdekatan. Dia lihat ke bawah dari tingkat 6.

"I'm so dead." Ujar Ed.

"Jump!" arah suara itu lagi.

Ed masih berkira-kira. Bunyi bising di kaki lima mula menerjah telinganya.

"Ed, jump!!!"

Ed toleh ke belakang bila beberapa pasukan SWAT sudah memecah masuk ke dalam bilik berkenaan. Senjata mereka cukup menggerunkan dan Ed tiada pilihan melainkan melompat dari tingkap itu.

"Shit!" salah seorang ketua pasukan SWAT menurunkan senjata dan berlari ke arah tingkap apabila Ed memilih untuk melompat dari tingkat 6 itu. Lelaki itu menjengah ke bawah.

Kelibat Ed sudah hilang. Eh mana budak tu pergi? DAMN IT.



She's My Lady [EBOOK MAY 2021]Where stories live. Discover now